My Mum's Cinnamon Pineapple Drink (with Royal Gala Apples)

5:49 AM


Ibu mertuaku yang baik hati telah menitipkan sebiji nenas madu ketika melawat adik ipar last weekend. Since nak makan nenas mentah tak berani sangat, so I buat Nenas Godok macam mak saya buat selalu (atau nama glamernya Cinnamon Pineapple Drink). Since nak buat sikit kelainan - I tambah what they call as tart apples - Royal Gala. Minum dengan ais...fuhh memang sedap. Sirap dan nenas serta apple ni tahan di simpan di dalam peti ais (provided letak dalam bekas bertutup)



BAHAN-BAHAN
1 Biji Nenas Madu (kalau masak dia kaler oren)
2 biji royal gala apple
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang (brown sugar)
1 batang kulit kayu manis
sehelai daun pandan
secubit garam
1 litre air
Ais ketul

PENYEDIAANNYA
Nenas dibuang kulit dan empulurnya kemudian di potong dadu.
Apple juga dibuang kulit dan bahagian tengah dan di potong dadu.
Rebus dengan daun pandan dan air secukupnya sehingga kuantiti air berkurangan menjadi 3/4.
Tambahkan Gula dan secubit garam secukupnya
Kacau sehingga gula larut,
Tutup api dan biarkan sejuk.
Sedia dihidang bersama ketulan ais

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images