My Very Own Pan Mee (板麺, Ban Mian)

5:04 PM



Hari ini mengidam sambal belacan tapi tak mahu makan nasi. Even my DH pun kena diet sebab takut tak lepas kalau dia ke pergi offshore, jadi we all opt for something low in calories.

Tetiba teringat stok ayam dan lebihan ayam rebus semalam banyak lagi. Maka otak geliga pun teringat Pan Mee (板麺, Ban Mian) jadi pagi tadi cepat-cepat cakap kat DH saya nak ke kedai sayur depan nak tengok ada cekur manis tak...

Huh :( hampa tak adalah - tanya budak Indon tu pun "ini hari tak ada la akak" - kalaulah kat rumah Mak di Parit Sulong, mesti dah boleh petik belakang rumah

Sebab tanyalah mana-mana kawan tiong hwa, Pan Mee mesti ada pucuk manis/cekur manis - macam kat Sun Seng Fatt @ Jalan Leong Sin Nam, Ipoh ni hah.

sumber : http://www.j2kfm.com/ipoh-food-pan-mee-sun-seng-fatt-jalan-leong-sin-nam/

Asalnya orang Tionghoa pakai "jyū" untuk sup dia. Tapi saya pakai "gāi" la - ayam hehehe orang melayu islam mana boleh - Ngóh m̀h'sihk jyū maaa hehehe

Bahan-bahan lain untuk stok cuma ikan bilis. Ikan bilis kena banyak - kalau tak rajin kopek bilis, boleh letak kiub bilis tu.


Tapi nak buat hidangan ni kena buat mee dia waktu pagi. Ye - mee dia buat sendiri - sebab itu I kata hidangan ni sangat healthy sebab mee kuning tu pun kan dia buat guna air kapur, sebab tu ada orang makan kadang-kadang boleh tercirit2 dan kembung perut.

Bahan-bahan untuk buat Mee Homemade :
3 cawan tepung gandum
3 biji telur grade A
1/2 cawan air (tambah jika perlu)
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar minyak jagung
secubit garam

Lauk Topping Daging :
250gram daging ayam (dicincang)
10 keping Cendawan Shitake kering (direndam sehingga lembut dan cincang)
4 biji bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh kicap pekat
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu kecil gula
200ml air
2 sudu kecil tepung jagung
garam dan lada putih secukup rasa

Untuk Hiasan :
Ikan Bilis (saya bakar instead of goreng)
Daun Bawang (dihiris)
Minyak Bawang Putih
Sawi (dicelur)

Sambal Tumis :
1 biji bawang merah (cincang)
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar petis/otak udang
sedikit garam, gula, perisa secukup rasa
sedikit cuka

Sambal Belacan :
Segenggam cili padi
2 keping belacan penang
1 biji limau kasturi
sedikit garam, gula, perisa secukup rasa

Kuah :
3 litre stok ayam*
200g ikan bilis (siang dan rendam)
sedikit lada putih, garam dan perisa secukup rasa

Cara membuat Kuah:
Renehkan stok ayam dam tambah ikan bilis serta sedikit lada putih, garam dan perisa secukup rasa
Biarkan mereneh perlahan

Cara membuat Mee:
Letakkan tepung dan secubit garam di dalam mangkuk pembancuh.
Buat lubang di tengah-tengah supaya dia jadi macam satu telaga.
Pecahkan telur di tengah-tengah.




Kacau perlahan-lahan dengan chopstik sehingga semua telur dan tepung sebati perlahan-lahan.



Selepas sebati seperti di bawah ini, tambah air sedikit demi sedikit sehingga doh lembut.
Tambah minyak. Dan uli sekali lagi.
Rehatkan doh dengan ditutup dengan kain lembab selama kurang-kurang 30 minit


Kalau ada mesin pasta tu lagi cepat.
Tapi kalau takde tak apa.

Selepas doh direhatkan - torak senipis yang boleh, alas semua peralatan dengan tepung jagung supaya tidak melekat.




Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong agak-agak sebesar kueh teow.





Perlahan-lahan tarik-tarik supaya menjadi panjang tapi jangan sehingga putus.
Kalau ada mesin pasta tu lagi cepat. Tapi kalau takde tak apa.





Letakkan di dalam pinggang dan gaulkan dengan sedikit tepung jagung dan gembur-gemburkan.



Boleh dicelur dalam air panas mendidih seperti mencelur mee. Elok celur sebaik sahaja bila hendak makan.





Cara membuat topping daging cincang:
Bawang putih cincang di tumis hingga naik bau.
Masukkan daging cincang ayam dan cendawan.
Masak sehingga ayam masak.
Tambah ke dalam sos tiram, gula, kicap dan minyak bijan.
Teruskan kacau sehingga daging kisar ayam  masak.
Campurkan tepung jagung yang dibancuh dengan air dan masukkan ke dalam campuran daging cincang.
Masak sehingga sos memekatkan.
Perasakan dengan garam dan lada. Diketepikan.





Sambal Tumis:
Panaskan minyak (1/2 cawan)
Masukkan bawang dan tumis.
Masukkan cili kisar
Tumis hingga pecah minyak
Masukkan sedikit garam, gula, perisa secukup rasa
Perlahankan api
Tambah petis udang dan kacau.
Biarkan seketika tapi jangan sampai hangit.
Ketepikan (boleh simpan dalam botol bila dah betul2 sejuk)

Sambal Belacan:
Tumbuk Segenggam cili padi, belacan penang dan 2 biji bawang putih.
Perahkan 1 biji limau kasturi
Tambah sedikit garam, gula, perisa secukup rasa
Ketepikan

Minyak Bawang Putih:
10-15biji bawang putih dicincang halus.
Panaskan 1/2 cawan minyak masak - goreng bawang putih.
Bila bawang putih keemasan, angkat.
Sejukkan minyak.
Letakkan bawang putih di dalam bekas (berkaca) dan masukkan minyak tapi make sure minyak dah betul-betul sejuk ya!

Cara Dihidangkan:
Letakkan Pan Mee yang sudah dicelur dalam mangkuk
Letak sawi celur.
Letak kuah sup.
Kaup 2 sudu besar topping daging.
Letak bilis goreng.
Kaup 1 sudu kecil minyak bawang
Tabur daun sup yang dah di cincang
Boleh letak dalam pinggan sos, sambal tumis dan sambal belacan.



Makan panas-panas. Even untuk sarapan pun boleh dan begitu juga untuk minum petang. Lebih sedap kalau ada kopi O panas :)

You Might Also Like

2 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images