Kari Ikan Mamak Style (tanpa Santan)

1:24 AM



Suami saya memang sedang cuba menjaga kesihatannya. Tapi dalam dietnya dia memang suka kari. Resipi ini tidak menggunakan santan tapi mestilah banyak rempah dan bawang supaya kuah pekat.

Bahan-bahan

5 ekor ikan kembung sederhana besar atau 2 ekor bawal putih sederhana besar (potong 4)
3 sudu besar rempah kari ikan Alagapas atau Cap O (yang ini sahaja yang sedap pada saya)
5 biji bwg rose dan 3 ulas bwg putih - ditumbuk/giling lumat
2 biji bawang besar dan 3 biji cili hijau - dikisar halus
3 biji bwg merah dan 2 ulas bwg putih - hiris
3 biji bwg besar - hiris
air asam jawa mencukupi untuk kuah

2 biji tomato - belah 4,
4 biji bendi,
2 biji cili hijau dibelah dua
4 batang murungakai (kalau tiada tak apa)
sedikit daun sup dipotong-potong 1 inch panjang
garam dan perisa secukup rasa

1 sudu kecil halba campur dan 2 tangkai daun kari
5 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bwg merah dan bwg putih yang telah dihiris bersama-sama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.
2. Rempah kari dicampur dengan bawang yang telah ditumbuk serta ditambah air dan sedikit air asam jawa. Masukkan 3 biji bwg besar yang telah dihiris. Tumis hingga pecah minyak
3. Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dikisar
4. Masukkan bendi dan setelah empuk, masukkan air asam jawa dan air secukupnya (dalam 500ml)
5. Apabila kuah mendidih, masukkan garam dan perisa secukup rasa.
6. Masukkan ikan dan tomato. Perlahan kan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. Tujuannya supaya isi ikan tidak pecah.
7. Apabila ikan sudah masak, masukkan daun sup dan daun bawang (yang dipotong-potong 1 inch panjang) serta cili hijau dibelah dua

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images