Pecel Terung
6:54 PMIni resipi turun temurun dari bonda saya. Alternatif kepada ikan cencaru.
Bahan-bahan ( 3 orang makan )
* 3 biji terung sederhana besar
* 5 bawang merah kecil (digoreng)
* 3 biji bawang putih
* 200 grams cekur (kencur)
* 50 grams ikan bilis (digoreng garing)
* 50 grams cili padi
* 1 sudu besar asam jawa (diambil jusnya agak 2 sudu besar)
* Santan pekat sahaja dr 1 biji kelapa
* garam dan serbuk perisa secukup rasa
Cara-cara membuat:
Terung di belah dua dan di potong 3. Boleh di bakar atau digoreng.
Bahan-bahan berikut adalah untuk di tumbuk : Mengikut arah jam - 200 grams akar cekur (kencur) - dibersihkan dan dibuang kulit (dengan mengikis-kikis kulit luarnya) 3 biji bawang putih 50 grams cili padi 50 grams ikan bilis (digoreng garing) 5 bawang merah kecil (digoreng)
Santan dari 1 biji kelapa di perah dan di masukkan ke dalam periuk. letakkan di atas dapur.
Masukkan ke dalam santan bahan-bahan yang digiling atau di tumbuk tadi. Biarkan sehingga mendidih sedikit tapi pastikan api kecil supaya tidak pecah santan.
Kacau dan biarkan mendidih perlahan (jgn sampai pecah santan)
Biarkan selama 3 minit. Masukkan pula daun cekur yang dihiris halus dan terung yg sudah siap digoreng/bakar. Masukkan garam dan serbuk perisa serta jus asam jawa secukupnya.
Sedap di hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Pecel ini ringkas, kadangkala tidak memerlukan lauk lain sebagai lauk sampingan. Juga sedap bersama ikan goreng
0 comments