Kek Rice Cooker ( Rice Cooker Cake)
6:55 PM
Projek seminggu saya ini memang membuahkan hasil. Dengan sedikit "study" dan trial & error akhirnya saya temui beberapa resipi yang saya rasa kalau-kalau teringin nak makan kek sebiji kek atau ada keperluan "mengunjung" ke rumah adik atau sanak saudara atau kawan-kawan, adalah sedikit juadah bersama cerita menarik boleh saya hulurkan hehehe
...of course, mana ada orang pernah dengar sangat masak kek dalam rice cooker. Tentu bagus menjadi starter perbualan untuk beramah mesra kan?
Resipi yang saya rasa paling berjaya ialah bancuhan dari blogger Ong Siew Tin - Marble Butter Cake. Saya cuma kurangkan sedikit gula dan tambah dalam 80ml perahan jus limau Navel segar.
Setelah beberapa kali mencuba Rice Cooker cake, saya dapati beberapa tips yang berguna untuk mendapatkan kek yang menjadi
1. Alas sekurang-kurangnya 3 helai greeseproof paper untuk mengelakkan bawah kek menjadi hangus
2. Setelah anda tutup periuk nasi, alaskan atasnya dengan satu tuala bersih supaya wap panas tidak terkeluar dan haba pada tutup periuk membantu memasakkan kek lagi
3. SABAR. Masak kek dalam periuk nasi tidak boleh dilakukan dengan tergesa2 dan ia memakan masa. Saya biasa masak in between buat kerja rumah. Sangat penting untuk sabar supaya kek masak. Jangan buka tutup periuk sehingga at least 40 ke 60 minit. Apabila suis "cook" naik ke "warm" biarkan seketika dan cuba tekan balik. Kalau tak boleh jangan paksa, jangan sendal dengan apa-apa sebab besar kemungkinan kek akan hangus jika anda buat begitu.
Rice Cooker Marble Butter Cake
Bahan-Bahan :
250g mentega
250g tepung self raising
220g gula kastor (saya pakai 180g sahaja sebab tak suka manis)
5 biji telur gred A
1 sudu kecil double action baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
2 sudu besar serbuk koko
80ml jus oren segar
1 sudu besar kulit limau (orange zest)
Cara-caranya :
Lapik periuk nasi (bekas sebelah dalam) dengan baking paper or greeseproof paper sebanyak 3 keping (terpulang, jika nipis 3, jika tebal 2)
Lenser tepi tepung dengan minyak atau butter. Ketepikan
Tambah telur, sebiji demi sebiji dan gaulkan hingga mesra
Masukkan tepung yang sudah di ayak dan dicampur baking powder dan garam tadi sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga mesra. Bahagikan kepada 2 adunan dengan mengaup 2-3 sudu besar bancuhan dan masukkan dalam mangkuk berasingan.
(Vanilla Batter)
Adunan dalam bekas besar lebihan yang telah dikaup ditambah esen vanilla. Ketepikan
(Chocolate Batter)
Bancuh serbuk koko bersama jus oren dan masukan juga parutan kulit limau oren sekali. Tuang bancuhan ke dalam bekas kecil batter yang diketepikan tadi. Gaul hingga mesra.
Kaup dan selang selikan batter ke dalam periuk nasi. Boleh refer video di bawah ini...
Tekan dan biarkan masak. Sila ikut petua di atas, dimana apabila sudah naik tunggu sebentar dan cuba tekan lagi selepas itu.
Cara nak keluarkan kek.
Biarkan kek sejuk sebentar. Lapikkan atas periuk nasi dengan 1 pinggan yang ringgan dan terbalikkan.
Ketika terbalik anda boleh buka alas lapik kertas.
Kemudian letakkan satu lagi pinggan di atas kek dan terbalikkan semula.
Ok selamat mencuba :)
5 comments