Asam Pedas Melaka Ikan Kerisi

9:14 AM


Hari ini suami beli ikan kerisi...dan pada saya ikan kerisi ni hanya sedap untuk 1 sahaja lauk, ASAM PEDAS. Hehehe

Saya cuba buat asam pedas melaka, siap telefon mama saya tanya lagi. Dia dulu masa muda belajar di Maktab Durian Daun Melaka, so dia tahu la sikit macamana rupa asam pedas melaka ni.

Ok lets try....

Bahan-bahannya :

3 ekor ikan kerisi (di siang dan dibasuh bersih)
1 sudu teh halba
(untuk digiling/tumbuk/blender)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering (yg telah direbus dan buang bijinya)
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup


2 cm lengkuas (dititik)
1 batang bungan kantan (dibelah dua)
2 batang serai - dititik
sedikit daun kesum

250ml litre air untuk kuah
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

4 batang bendi jika suka

Caranya :

  1. Sediakan bahan-bahan untuk dikisar. 
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak di dalam periuk.
  3. Masukkan halba, api jangan besar biar sederhana dulu. Apabila halba nampak sedikit kuning, masukkan bahan-bahan kisar.
  4. Masukkan juga serai dan lengkuas.
  5. Tumis sehingga bahan-bahan naik bau dan cili pecah minyak
  6. Letakkan sedikit air dahulu dan masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  7. Kacau sedikit dan tambah gula, garam dan perisa secukup rasa. 
  8. Pastikan kuah sudah cukup perisa sebelum masukkan ikan.
  9. Masukkan ikan. Tambah lagi jika masih tidak menutupi ikan
  10. Masukkan juga kacang bendi.
  11. Tutup periuk dan masak hingga ikan dan bendi empuk.
  12. Baru masukkan air asam jawa mengikut kesukaan
  13. Biarkan mereneh seketika sebelum dhidangkan.
Petua saya :
  1. Biasanya saya masak asam pedas ni pagi. Bila nak makan tengahari dah sedap sikit sebab rasanya sudah sebati.
  2. Kuah di rasa dahulu sebelum masukkan ikan, sebab dah masukkan ikan tak boleh kacau-kacau, nanti ikan pecah.
  3. Asam jawa yang paling akhir supaya sayur bendi tak "kejung". Mak saya kata asam jawa akan menyebabkan mana-mana sayur menjadi keras.
  4. Kuah biar pekat, baru sedap.
  5. Beza asam pedas melaka - orang Johor tak letak belacan, bunga kantan atau halba *wink*
Selamat Mencuba!



You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images