I memang suka makan burger malaysia. Its one of my favourite kuih. But again, since Liya nak bawak pergi sekolah, I had to alter sikit inti dia. This calls for a bit of creativity. I guna resipi inti sardin sandwich my mother yang femes (sedap dan tidak sakit perut bila makan kerana inti sardin di masak) dan a dash of Heinz Tomato Ketchup (yelah budak2 kan suka)
Ekceli...dah lama trial and error buat karipap ni. Buat tak jadi, buat tak jadi. Tapi di sebabkan niat murni seorang ibu nak bagi guru-guru dan kawan-kawan dia makan, semalam masa pergi kedai runcit kat SS14 (Opposite SS 18 Football field) tu ada kedai kek supply. Selalu nampak tp tk pernah masuk. Owner dia recommend vegetable shortening yang dia jual (I tanya CRISCO ~ dia kata tak ada)....
BAHAN-BAHAN A
5 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
daun pandan
BAHAN-BAHAN B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 sudu kecil air kapur
CARA-CARA MEMBUATNYA:
Masak BAHAN-BAHAN A hingga mendidih dan sejukkan.
Campurkan BAHAN-BAHAN A dan BAHAN-BAHAN B.
Tapis ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Anda juga boleh tapis masuk ke dalam jug plastik dan masukkan ke dalam acuan kecil-kecil yang bertutup (bekas plastik microwave)
Kukus selama 30-40 minit.
Sejukkan. Jika di dalam loyang bolehlah potong kecil-kecil. Hidangkan bersama kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Hujan begitu lebat sekali. Perut berkeroncong lapar. Hujan dan sejuk-sejuk begini sedap makan karipap kan.
Malam tadi bila telefon Bunda, dia sedang sibuk untuk ke rumah Mak Long. Ada "rewang" katanya. Mesti karipap juga menjadi hidangan "rewang" sebagaimana ketika kenduri kahwin adinda-adinda dahulu. Teringat juga petua Kak Leha yang menjual kuih - "cairkan majerin dan minyak dulu. Panas-panas di campur tepung, pasti karipap jadi enak dan ranggup"
Kebetulan lebih buat homemade baby food anak daraku Sya-Sya, sebiji keledek sederhana besar, menanti untuk dibikin apa dalam peti ais. Juga tulang-tulang ayam lebih dari masak makaroni yang diambil isinya aje. Nah! sesuai sekali.
Utk 18-20 biji
Bahan-bahan - kulit karipap
300gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
secubit garam
sedikit air
Bahan-bahan - inti karipap
1 biji keledek sederhana besar
(dalam 2 cawan setelah dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar serbuk kari (dicampur air menjadi pes)
Tulang ayam (dalam 2-3 ketul) jika ada
garam dan sedikit perisa secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara-cara membuat inti
Tumis bawang putih (dicincang)& bawang besar (dipotong dadu) sehingga wangi. Masukkan tulang ayam dan tumis lagi.
Masukkan pes kari dan tumis lagi.
Masukkan keledek dan tuangkan satu cawan air.
Biarkan sehingga keledek masak dan air kering.
Tambah garam dan sedikit perisa secukup rasa.
Sejukkan inti sebelum menggunakannya.
Cara-cara membuat kulit
Cairkan marjerin dan minyak masak di dalam periuk kecil.
Ayakkan tepung dan masukkan dalam mangkuk mengadun.
Masukkan secubit garam
Tuangkan marjerin dan minyak masak panas tadi dan gaul dengan senduk kayu
Perlahan-lahan campurkan adunan bersama air sehingga menjadi doh.
Uli selama 10-15minit sehingga doh menjadi sedikit kenyal.
Lebih mudah dan cepat jika mempunyai pencetak karipap dan bagi mereka yang tidak mahu mengelim.
Setelah siap, goreng karipap dalam minyak yang banyak sehingga kuning keemasan.

Entah kenapa tiba-tiba mulut teringin nak makan Buah Melaka. Semalam semasa tiba di stesyen monorail, beli lah juga RM1. Tapi bila dah makan rasa tak cukup.
Singgah sekejap di kedai Taman Cahaya, beli kelapa parut. Kalau nak buah kuih macam ni petua dia minta kat pekedai tu - parut isi yang putih sahaja, cakap kat dia, "untuk buat kuih".
Sebab dia lebih besar sedikit, saya panggil buah melaka saya ini Buah Melaka Incredible Hulk LOL
Bahan-bahan (Inti)
Gula merah (gula melaka yang sudah hancur)
Bahan-bahan (Kulit)
setengah cawan tepung beras pulut
1 sudu kecil air pandan
Sedikit pewarna hijau
Bahan-bahan (Sadur)
4 sudu kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit garam
Cara memasak
Kelapa parut (putih sahaja) digaul dengan sedikit garam
Sediakan air untuk merebus: Masak air anggaran 1/2 periuk.
Campurkan setengah cawan tepung beras pulut, 1 sudu kecil air pandan, Sedikit pewarna hijau. Sedikit demi sedikit tambah air sehingga menjadi doh kental.
Ambil sedikit doh, bulatkan dan buat lubang. Masukkan gula. Tutup. Masukkan dalam air yang mendidih hingga timbul. Tus dan golekkan kuih ke dalam kelapa yang sudah bergaram.
Hidangkan.




