Ubi Kayu atau Ubi Keledek Di Goreng Berempah
10:47 AMLama sudah tidak publish resipi baru. Banyak dah ada dalam simpanan, masa sahaja tak mengizinkan.
Entah mengapa sejak dua menjak ni macam malasnya nak makan yang merapu meraban hehehe
Agak tegak melayu masih pekat. Teringin macam-macam yang Nenek saya dulu serve sebagai sarapan
nasi goreng pedas
cucur kelapa
and of kos...
UBI GORENG BEREMPAH
Sambal kicap pun dah lama tak bertapa dalam rumah ni. Bila makan ikan goreng, meloya tekak takde cicah. Nak beli kicap alang kepalang sebab tak galakkan anak-anak makan. Dah beli kena sorok ho ho ho
Anak nak hidup lama kan he he he
Nak kena juga cari Tamari Sauce kat Organic Food store la in the long run kalau nak makan healthy
Mula-mula saya goreng tak rebus kejap. Rasa ok-ok sahaja. Then ada kawan kat Facebook kata rebus kejap lagi wangi. Rupanya bukan sahaja wangi...mak ai...melt in your mouth je. Sedap
So anyway...ini resipi saya
Ubi Kayu atau Ubi Keledek Di Goreng Berempah
Bahan-Bahan asas:
1kg Ubi Kayu atau Ubi Keledek (di potong sederhana besar dan direbus dgn sedikit garam)
Bahan-Bahan Tumbuk
5 ulas bawang putih sederhana besar
1inch kunyit atau 2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil jintanhalus
1 sudu kecil ketumbar
(kalau tak ada gantikan dengan 1 sudu rempah kurma pun boleh)
Cara-cara menyediakan resipi ini:
Bahan-bahan tumbuk ditumbuk hingga halus dan lumat
Ubi Kayu atau Ubi Keledek di rebus tadi dipotong wedges atau panjang2 tebal sikit
Gaul dengan bahan tumbuk dan perap sekejap
Panaskan minyak dan goreng dalam minyak banyak
Pastikan minyak panas supaya luar cepat garing dalam tak serap minyak sangat
Angkap dan toskan minyak atas kertas kitchen tissue
Hidangkan dengan sambal kicap.
Resipi sambal kicap saya RESIPI DI SINI
(dan petua nak pekat, tambah gula dalam 2 sudu besar - saya pakai Country Organic Raw Sugar, dia cepat pekat dan tak manis leting)
Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang dan dihidangkan dengan green tea or chinese tea :)
0 comments