Homemade Murtabak

12:20 PM


Murtabak memang favourite saya dan suami terutama bila tiba bulan ramadhan. Memandangkan suami dari Penang, dah tentu murtabak sana sedap sangat. Kat mana-mana pergi pun sedap; Kassim Mustafa punya ke, atau gerai biasa pun. Kadang-kadang bila beli kat bazar ramadhan ni, tak ade menepati selera suami, saya dan anak-anak, jadi cuba jaya juga lah untuk buat sendiri.

Nasib baik ada resipi Kak Besah ni. BEST. MENJADI. Dan yang penting boleh ubah ikut citarasa sendiri.


Bahan-bahan ( lebih kurang 20 biji jika besar 30 biji jika kecil)

Bahan-Bahan untuk inti :
500gram daging lembu (mince) atau daging ayam
7 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar rempah kari daging dan 4 sudu rempah kurma-dibancuh dgn semangkuk air.
2 biji telur
1 cawan kobis dicincang

Bahan-Bahan untuk kulit :
1/2 kg tepung gandum
1 1/2 cwn air
1/2 sudu mkn penuh garam
1sudu mkn gula
1/2 cawan susu full cream

Bahan-Bahan untuk Bawang Bercuka :
2 biji bawang besar
jus dari perahan 1/2 lemon
jus dari ubi bit (beetroot) optional
(blender ubi bit, tapis untuk dapatkan airnya)

Bahan-Bahan untuk Kari Pencicah :
Daun kari dalam 10 helai
sedikit halba
1 camca besar serbuk kari
1 camca besar asam jawa (dibancuh air)
sedikit gula dan garam secukup rasa
3 biji kentang (kopek dan potong dadu)
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Buat kulit dahulu untuk direndam dalam minyak selama 7 jam
Bancuh air (biar suam senang) dengan garam dan gula sampai larut
Masukan tepung dalam mixer
Tambah susu full cream
Mix perlahan
Kemudian masukkan perlahan-lahan campuran air+garam+gula
(Jangan semuakan tapi slow-slow sampai dapat doh yg licin & kental)
Tak perlu uli/mix dengan kuat serperti nak uli donut.
Uli perlahan lebih kurang dalam 10 - 15minit.
Ikut cara Kak Besah gentel bulat-bulat sebesar penutup botol air mineral tapi I rasa cam kecik sikit so rasanya kalau double dari size penutup botol air mineral tu ok
Penutup botol air mineral besar kut ;P
Rendamkan dalam minyak hingga tenggelam.
Buat hingga habis.(jgn bimbang,minyak tak akan terjejas & boleh disimpan semula)

Saya biarkan selama 7 jam tapi Kak Besah kata at least 3 jam pun ok


Cara membuat Bawang Bercuka:
Bawang besar dihiris nipis dan kemudian direndam dalam jus beetroot
(tak nak rendam pun tak apa)
Jika direndam, ditapis.
Bawang tadi di campur dengan lemon jus, garam dan gula.
Jika mahu pedas boleh tambah hirisan cili padi
Masukkan Bawang Bercuka yang sudah siap ke dalam peti sejuk.

Cara Membuat Inti:
Tumbuk hingga lumat bawang putih, bawang merah dan halia sampai lumat.
Bancuh dengan serbuk kari dan serbuk kurma
Campurkan dengan air sampai menjadi paste.
Panaskan minyak dan tumis rempah paste ni sampai naik bau
Masukkan daging.
Tumis sekejap.
Masukkan semangkuk air dan biarkan mereneh sampai daging empuk
Jangan sampai air kering.
Biar ada air sikit (sampai kuah jadi separuh)
Kalau nak kering dan daging belum empuk tambah air lagi.
Biarkan sekejap sampai mereneh
Masukkan kobis dan masak hingga kobis lembut
Angkat perlahan-lahan inti, ketepikan untuk disejukkan tapi jangan diambil kuahnya

Cara Membuat Kari Pencicah:
Dalam kuali berasingan, panaskan 1 sudu besar minyak
Masukkan halba dan daun kari, tumis sekejap
Tambah 2 sudu serbuk kari yang sudah di bancuh air menjadi paste
Tumis hingga naik bau
Masukkan kuah kari masak inti tadi
Masukkan kentang yang sudah dikopek dan dipotong dadu
Masukkan air sehingga menutup kentang
Lepas kentang empuk, masukkan pati santan atau santan pekat
Masukkan 1 sudu asam jawa (yang telah dibancuh dgn sedikit air)
Biarkan mereneh tapi jangan sampai santan pecah
Siap dan ketepikan

Cara Membungkus murtabak:
Inti tadi di campur dengan bawang besar dipotong dadu.
Pecahkan 2 biji telur dan gaul.


Saya gunakan tudung periuk yang dilenser minyak untuk alas tepung
Ambil satu bebola tepung dari rendaman minyak
Lenyekkan atas tudung periuk dan lebarkan perlahan-lahan
Lebarkan agak-agak size murtabak yang anda mahu


Senduk inti dan letakkan
Kemudian lipat untuk membungkus murtabak.




Transfer perlahan-lahan ke tempat mengoreng
Harus sabar kerana kulit mudah koyak.
Masa tak berapa yakin, saya tekup murtabak dengan satu tangan dan terbalikkan
Kemudian saya letak perlahan ke kuali
Mengoreng murtabak harus api kecil, agar inti masak dan kulit tidak hangus.
Pastikan anda tos minyaknya betul-betul dan kemudian toskan atas kertas tisu dapur.



Buat hingga habis.
Kalau ada lebih, buatla jadi roti prata :)
Selamat mencuba!

You Might Also Like

2 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images