Bear-tiful Medley of Veges

7:53 AM


Saya belajar nak masak mix vege ni semasa saya sekolah menengah (tak ingat tingkatan berapa). Inilah resipi yang saya rasa "ngam sungguh" kalau nak buat mix vege atau sayur campur chinese style.

Penggunaan udang yang diperap dengan bawang putih, halia, sos tiram, sedikit garam dan gula, sedikit kicap manis serta minyak bijan memang "tepat" pada taste "seafood" yg kita dapat pada kuah mix vege. Malah bau udang tidak akan hanyir.


Hari ini saya suruh anak saya Syasya (3 tahun) membantu. Payah sungguh nak suruh dia makan lobak merah, jadi saya gunakan cookie cutter bear yang saya jumpa di Tesco Extra Shah Alam untuk menarik minat dia memasak dan makan lobak tersebut. Ternyata dia teruja, melihat bear-bear tersebut bergenang dalam kuah dan sayuran sawi serta brokoli kesukaannya. Hidangan yang TEPAT juga untuk menaikkan selera anak :)

Bahan-bahan:
200 gram udang basah  (dibuang kulit tinggalkan ekor)

1 labu bawang besar holland
sayur-sayuran campur mengikut selera anda
2 sudu kecil tepung jagung dicampur dengan air
sedikit minyak untuk menumis


Bahan-bahan perap udang:
5 ulas bawang putih (ditumbuk/blender halus)
1 inci halia (ditumbuk/blender halus)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
sedikit garam
sedikit minyak bijan
sedikit lada putih

Cara-cara memasak:
Perap udang bersama-sama bahan perap selama 30 minit.
Hiris bawang besar
Sediakan sayur campur mengikut kesukaan

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis perapan udang sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar
Masukkan sayur-sayuran mengikut yang keras dahulu baru yang lembut
Tumis seketika sebelum anda masukkan tepung jagung dicampur dengan air
Garam dan perisa secukup rasa jika masih perlu.
Angkat dan hidangkan.

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images