Karipap Simple versi Farah

6:00 PM



Hujan begitu lebat sekali. Perut berkeroncong lapar. Hujan dan sejuk-sejuk begini sedap makan karipap kan.

Malam tadi bila telefon Bunda, dia sedang sibuk untuk ke rumah Mak Long. Ada "rewang" katanya. Mesti karipap juga menjadi hidangan "rewang" sebagaimana ketika kenduri kahwin adinda-adinda dahulu. Teringat juga petua Kak Leha yang menjual kuih - "cairkan majerin dan minyak dulu. Panas-panas di campur tepung, pasti karipap jadi enak dan ranggup"

Kebetulan lebih buat homemade baby food anak daraku Sya-Sya, sebiji keledek sederhana besar, menanti untuk dibikin apa dalam peti ais. Juga tulang-tulang ayam lebih dari masak makaroni yang diambil isinya aje. Nah! sesuai sekali.


Utk 18-20 biji
Bahan-bahan - kulit karipap
300gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
secubit garam
sedikit air
Bahan-bahan - inti karipap
1 biji keledek sederhana besar
(dalam 2 cawan setelah dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar serbuk kari (dicampur air menjadi pes)
Tulang ayam (dalam 2-3 ketul) jika ada
garam dan sedikit perisa secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara membuat inti
Tumis bawang putih (dicincang)& bawang besar (dipotong dadu) sehingga wangi. Masukkan tulang ayam dan tumis lagi.
Masukkan pes kari dan tumis lagi.
Masukkan keledek dan tuangkan satu cawan air.
Biarkan sehingga keledek masak dan air kering.
Tambah garam dan sedikit perisa secukup rasa.
Sejukkan inti sebelum menggunakannya.

Cara-cara membuat kulit
Cairkan marjerin dan minyak masak di dalam periuk kecil.
Ayakkan tepung dan masukkan dalam mangkuk mengadun.
Masukkan secubit garam
Tuangkan marjerin dan minyak masak panas tadi dan gaul dengan senduk kayu
Perlahan-lahan campurkan adunan bersama air sehingga menjadi doh.
Uli selama 10-15minit sehingga doh menjadi sedikit kenyal.

Lebih mudah dan cepat jika mempunyai pencetak karipap dan bagi mereka yang tidak mahu mengelim.

Setelah siap, goreng karipap dalam minyak yang banyak sehingga kuning keemasan.


You Might Also Like

1 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images