Ros Mantou Berinti Kelapa

11:42 AM



Resipi ini berinspirasikan dari blog Wendy Table for 2. Pada asalnya resipi ini memang tiada inti. Saya teringin pula nak makan but at the same time nak juga berinti. Jadi untuk eksperimen kali ini, saya cuba masukkan inti kelapa dan mencuba teknik yang sama. Alhamdulillah jadi the first time buat.

Kalau ikutkan resipi Wendy, dia pakai keledek purple, saya tak pakai cuma guna resipi pau biasa dan tambah coloring yellow (yellow egg) The result lebih kurang sama.


Resipi pau saya guna resipi oleh rosmarlina @ jintanmanis.com dari posting saya sebelum ini, menggunakan Water Roux Starter.

I really had fun buat pau ni. Sangat inspirational. Even my daughter pun teruja sebab first time nampak pau yang begitu cantik. Inti kelapa was a good choice sebab bila sekali imbas memang ada macam debunga ros hehehe



Mari kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya

Bahan-bahan untuk Inti Kelapa:
1 cawan kelapa parut (ambil kelapa muda kalau boleh)
secubit garam
2 sudu besar soft brown sugar
sedikit air

Cara membuat Inti:
Dalam periuk masukkan kelapa, campurkan gula dan secubit garam dan sedikit air.
Kacau atas api sederhana sehingga sebati.
Sejukkan sebelum guna.

Kulit Mantou - menggunakan resipi Pau Gebu ( water roux) resepi II

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya
550 gram tepung pau ( low protein flour)
2 sudu besar marjerin planta ( kalau guna shortening lagi bagus, saya guna minyak jagung)
220ml susu segar atau bancuhan susu tepung+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil double action baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis (tapi saya pakai 11g yis)

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

Cara-caranya
Bancuh yis dengan 3 sudu besar gula dengan sedikit air suam. Tunggu hingga naik berbuih-buih.

Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

Bahagi doh pada beberapa bebola kecil seberat 50gm dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sehingga membentuk seperti kulit karipap. Anda akan memerlukan 6 biji bebola untuk 2 kuntum.


Kulit pau agak melekit jadi selalu sapu dengan sedikit tepung ketika menguli. Setelah dileperkan ke enam-enam doh yang telah di canai perlulan di susun bertindih-tindih seperti di dalam gambar. Setelah dileperkan ke enam-enam doh yang telah di canai perlulan di susun bertindih-tindih seperti di dalam gambar.


Letakkan inti kelapa di doh pertama di canai yang berada di sebelah bawah seperti di dalam gambar.
Gulungkan doh. Kemudian doh digulung hingga hujung.



Kemudian potong menggunakan pemotong doh atau pisau tajam di tengah-tengahnya. Dasar bunga ros akan berlubang dan nampak inti, jadi kita harus tutup dan bentuk menjadi seolah-olah bunga ros.


Setelah dibentuk bolehlah letakkan dalam paper cup atau kertas minyak.  Dari sini doh akan direhatkan dan dibiarkan naik 2 kali ganda sebelum di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 10-12 minit


Kuih ni memang sedap makan panas-panas bersama kopi-o kurang manis. Selamat mencuba :)

You Might Also Like

3 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images