Laksa Johor

3:44 AM




Posting yang asal ni ada kat my old blog - Mama Mia Laksa
Posting pada 17 April 2008. A'aesyah masih dalam pewut he he he...dia mintak laksa johor!...

Since ada member suruh buat siaran ulangan saya buat la. Sebab sekarang adik A'aesyah pulak dalam pewut mintak laksa johor he he he

Publish Post

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

Bahan-Bahan A
      (Isi Ikan Kembung)
      1kg Ikan Kembung
      3 lawang Bawang putih
      3 hirisan lengkuas
      2-3 hirisan halia
      Sedikit garam
      3 cawan air

Bahan-Bahan B
      (Tambahan pada isi ikan - giling halus)
      100gram Udang (dicelur sekejap dgn air panas)
      100gram Ikan Kurau Masin (direndam semalaman)

Bahan-Bahan C - Bumbu (Bahan untuk menumis)
      7 lawang Bawang Kecil
      3 lawang Bawang putih
      1 sudu kecil jintan
      1 sudu kecil ketumbar
      1 inci kunyit
      3 inci Lengkuas
     100gram Cili Kering

Bahan-Bahan D
      1kg santan (atau dari 2 ½ biji kelapa)
      100grams Daun Kesum
      1 btg Bunga Kantan
      1 sdkecil Gula Merah
      5 sdbesar  kerisik kelapa
      3 sdbesar Asam Jawa


Bahan Hidangan A
      100grams Kacang Panjang
      ½ Bawang Besar
      2 biji Timun
      100 gram Daun Pudina
      100 grams Daun Kesum
      6-7 biji Limau Kasturi

Bahan Hidangan B – Sambal Belacan
      2 inch Belacan
      50grams Cili Padi
      3 lawang Bawang putih
      Jus dr 4 biji Limau Kasturi

Bahan-Bahan Lain
      3 sudubsr minyak
      1 Paket Linguine/Spagetti
      Garam and perisa seckup rasa


PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN A

  • Siang dan bersihkan ikan kembung.
  • Masukkan ke dalam periuk.
  • Masukkan air agak-agak sehingga menutup ikan
  • Masukkan bawang putih dan hirisan lengkuas dan halia.
  • Masukkan sedikit garam.
  • Rebus ikan hingga lembut.
  • Tapis tapi jangan buang stok ikan.



Siang dan ambil isinya. Tumbuk atau giling hingga lumat.



Jika mahu, boleh juga diambil kepala ikan yang di rebus dan tumbuk hingga lumat juga. Nanti letak air dan tapis. Air stok dari ni, dimasukkan dalam kuah



PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN B
  •       Siang udang (lebih elok celur dulu kalau tak nak bergumpal) dan tumbuk lumat.
  •       Tumbuk hingga lumat.






  • Rendam ikan Kurau masin semalaman
  • Tumbuk hingga lumat.




PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN C – BUMBU
  •       Tumbuk cili kering hingga lumat berasingan.
  •       Titik lengkuas.
  •       Tumbuk bahan-bahan C yang lain.




Panaskan minyak dan masukkan cili dahulu dan tumis hingga naik bau.



Kemudian baru bahan-bahan yang lain. Masukkan Ikan Kurau Masin yang telah di tumbuk.


Kemudian masukkan isi udang yang telah ditumbuk.



Kemudian masukkan bunga Kantan.



Tumis selama 3 minit. Masukkan stok ikan.






Masukkan santan.



Simpul daun kesum dan masukkan.


Masukkan isi ikan kembung yg di tumbuk.



Masukkan gula merah dan kerisik kelapa jika suka.



Masukkan asam jawa, garam dan serbuk perisa.

PENYEDIAAN HIDANGAN A
*cara menyediaan bahan2 ulam untuk laksa johor berbeza. Terpulang la pada masing2 nak ikut cara traditional ke tak he he he. Kalau rumit sangat potong macam laksa biasa pun tak apa.

Kupas kulit timun dan potong pada 4 bahagian kemudian hiris perlahan-lahan sekeliling.



Kemudian hiris halus


  • Hiris bawang.
  • Hiris Kacang Panjang.
  • Potong Limau Kasturi dua.
  • Daun Kesum dan daun Pudina, ambil daun sahaja.
  • Hidangkan di dalam pinggal bujur, sedia untuk di hidangkan.



PENYEDIAAN SAMBAL BELACAN

Semua bahan-bahan untuk sambal belacan di tumbuk hingga lumat.


PENYEDIAAN THE LINGUINE

Rebus Linguine sehingga masak (agak-agak selama 18 minit)


BAGAIMANA UNTUK DI HIDANGKAN

Masukkan Linguine dahulu ke dalam mangkuk


*Linguine boleh digantikan dengan spaghetti atau fettucini jika suka



Tambah bahan-bahan hidangan A dan sambal belacan.



Tambah Kuah. Sedia untuk di makan.



*Linguine boleh digantikan dengan spaghetti atau fettucini jika suka. Biasanya ada orang letak taugeh, tp saya tak suka letak sebab kalau makan masa pregnant angin lah :)

You Might Also Like

1 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images