Penang Hokkien Mee

12:36 PM


Saya pertama kali makan Mee Udang ini bila dibuat oleh akak kantin di sekolah mak saya mengajar dulu. Mavlesnya orang Ipoh ni walaupun Melayu, tapi pandai masak makanan chinese. Ipoh memang sinonim sebegitu. So memang terima kasih tak terhingga pada akak tu kerana memperkenalkan saya pada this wonderful hawker food.

Saya juga harus berterima kasih pada DH, disebabkan dia supply Unifi, maka dapatlah saya buat self-study pasal mee ni hehehe. Banyak bahan rujukan especially the original chinese resipi seperti dia Rasamalaysia. Kena ada self study sebab saya kena buat HALAL version hehehe.

Setelah berpuluh kali buat mee ni, baru saya berani nak buat posting. Sebab this time DH kata was the best :)
Mungkin rezeki kami ada "happy hour sale" kat TESCO ketam turun harga (4 ekor dari RM8++ hanya jadi RM4++) Apa lagi, otak geliga saya sudah excited nak buat esoknya.


Kalau ada ketam bunga tak perlu pakai udang banyak sangat. Dalam 500gram pun sudah memadai (3 cawan gitu) Tapi kalau tak ada memang la kena beli banyak sikit sampai agak-agak sekilo huhuhu.

Ada yang sanggup kupas dan simpan kulit udang nak buat ni. Sampai 3kg. Ada yang sampai "import" dari rumah mak dia macam Puan Zaliana hehehe

Apapun, saya puas hati dan boleh claim ini sebagai MY OWN RECIPE - memang terangkat kata husband. Gerenti tak beli dah yang Instant Punya hehehe

Sekali tengok resipi memang nampak renyeh nak buat. Tapi once uols dah cuba buat dan makan, I gerenti you akan mengidam lagi.

OK, dah bersedia?

Sebelum tu, kena prepare bahan-bahan sampingan hidangan ni, sukatan dia ikut 4 orang nak makan  :
  • Rebus telur
  • Siang Kangkung dan celur
  • Buat bawang goreng
  • Hiris daun bawang
  • Celur tauge
  • Mee kuning dicelur (2 bag)
  • Minyak bawang putih
Bahan-bahan untuk Kuah dan Sambal:
  • 3 cawan udang basah
  • 2 biji bawang putih 
  • 1 sudu kacang tanah 
  • 2 inci belacan penang
  • Stok Ayam dari 2 rangka ayam (1 periuk)
  • 4 ekor ketam bunga 
  • Garam Gula & Perisa secukupnya
  • 1 cawan cili giling fresh
  • (dari cili kering yang direbus dan diblend)
  • 140 Cili giling Puteri 
  • 1 sudu otak udang (Petis)
  • 2 sudu udang kering (rendam dan blend)
Cara Membuat Minyak Udang:
  1. Udang dikupas kulit&kepala udang. Simpan kulit&kepala udang  jangan buang.
  2. Isi udang ketepikan.
  3. Tumis kulit&kepala udang dalam 1/2 cawan minyak.
  4. Bila sudah agak kuning masukkan 1 sudu besar kacang tanah.
  5. Tumis tapi jangan sampai kacang tanah hangus
  6. Tapiskan minyak tersebut di dalam periuk berasingan.


Cara Membuat Kuah:
  1. Asingkan kacang tanah dan kulit&kepala udang.
  2. Kulit&kepala udang diblend halus bersama-sama 2 ciub belacan penang (kurangkan belacan jika tak suka banyak)
  3. Ketepikan.
  4. Dalam periuk panaskan 3 sudu besar minyak tumisan udang tadi. Tumis ketam hingga kekuningan dan naik bau.
  5. Kemudian masukkan stok ayam atau stok daging.
  6. Masukkan kulit&kepala udang yang telah diblend bersama-sama belacan tadi.
  7. Masukkan sedikit garam, gula dan perisa secukupnya. 
  8. Biarkan mereneh (api kecil).
Cara mencelur isi udang:
  1. Isi udang yang dikopek tadi, di letak dalam satu mangkuk.
  2. Kemudian curahkan kuah yang panas (sedikit hingga menutupi) hingga agak-agak masak.
  3. Air tapisan jangan buang masukkan balik dalam periuk kuah.
  4. Ketepikan isi udang.
Cara Membuat Sambal Tumis Mee Udang:
  1. Panaskan minyak udang yang telah ditapis
  2. Tumis cili giling fresh, cili puteri dan udang kering yang telah diblend.
  3. Perlahankan api dan biarkan hingga pecah minyak. 
  4. Tambah 1 sudu petis udang
  5. Kacau hingga smooth.


Cara Menghidang Mee Udang Hokkien:
  1. Susunkan mee kuning, kangkung celur, taugeh celur, isi udang yang dah di celur. telur rebus. 
  2. Isikan dengan kuah.
  3. Taburkan bawang goreng, daun bawang.
  4. Letakkan sambal tumis & minyak bawang putih.
    *minyak bawang putih kalau nak buat refer sini ye : Pan Mee


p/s kacang tanah tadi saya masukkan balik dalam kuah. Kalau tak nak kacang tanah, then you pakai minyak kacang tanah ye hehehe

You Might Also Like

1 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images