Donut Pedas Bersira (Donut Using Water Roux Starter)
4:27 AMWow. Betul-betul suka la dough bila pakai water roux starter ni. Serius dah goreng lama pun doh masih lembut dan tak keras. The best part was, dough tak berminyak macam donut yang selalu I beli kat makcik jual kuih tu huhuhu
Aliya dah beberapa kali menyebut, dia rindukan donut sira yang selalu dia beli kat previous school dia kat Johor dulu.
I ni bukan tak nak buat, memang selalu buat donut FAIL huhuhu
Since water roux starter untuk pau hari tu ada lagi and malam ni macam family tak nak makan nasi, I decided untuk buat pau lagi tapi doubled the recipe and bahagi dua (satu untuk pau dan satu untuk donut)
Frankly I never use shortening dalam my resipi (coz malas nak ke kedai bakery supply kt depan tu huhuhu) I just tambah minyak jagung je dalam 2 sudu besar. This time around as well, tak pakai pun tepung superfine or pau, just normal tepung gandum sahaja (again penyakit M melanda) But sometimes I pun frustrated juga tengok resipi bila calls for benda tak selalu ada kat rumah kan and my dear darling husband memang rajin beli tepung gandum hehehe..so it was an experiement of sort la. But with water roux starter nothing is impossible hehehe
There are also resipi yang calls for guna potato, hurmmm maybe next time we try and see texture dia ok ke tak ek?
But for now masih gunakan rosmarlina @ jintanmanis.com punya wonderful water roux starter pau resipi sebagai doh cuma I ganti tepung dan guna minyak jagung instead. I also tambah 1 biji telur.
Kalau pakai measurement ni dapat banyak donut, dalam 20 biji lebih rasanya.
DONUT GORENG - menggunakan resipi Pau Gebu ( water roux) resepi II
Sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahannya
550 gram tepung gandum
2 sudu besar minyak jagung
220ml susu segar
3 sudu besar gula
2 sudu kecil double action baking powder
4 sudu besar water roux
11g yis
1 biji telur gred A
Minyak untuk menggoreng
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
Cara-caranya
Bancuh yis dengan 3 sudu besar gula dengan sedikit air suam. Tunggu hingga naik berbuih-buih.
Masukkan semua bahan termasuklah water roux starter tu dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
Torak doh menjadi leper dan potong menggunakan donut cutter. Biarkan sehingga dia double in size dan kemudian goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
Goreng sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.
RESIPI SAMBAL SIRA
Sumber Resipi : noorsha.blogspot.com
Bahan² untuk sira
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
garam secubit rasa
10 -15 biji Donut yang telah digoreng
Cara2 untuk sira sambal:
1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba
Puas hati jadi kena berterima kasih balik pada noorsha.blogspot.com & rosmarlina@jintanmanis.com yang siarkan resipi memasing untuk saya gabungkan jadi yang terbaek hehehe
Now dah berangan nak buat sausage roll goreng la pulak sebab yang kosong Syasya makan sampai 4 biji hehehe (dia suka tu sausage) tapi tu kemudian eh?
0 comments