Masakan Ayam

Ayam Percik Fancy Grill - Review Resipi Kak Liza

12:32 AM

Fancy Grill ni dah lama terima dari my good mommy fren from Sabah - Fara Kertina

Tapi mungkin sebab belum sampai seru nak buat masak apa, so tak guna lagi. Terperuklah dia selama sebulan. Cuma sekali je rak grill atas dia tu kaler hitam I pakai buat sejukkan kuih keria LOL - aiyok derhaka sungguh.


Since parents I datang hari ni, good timing la nak buat ayam percik. Resipi dari Kak Liza (Hanieliza) ni very very easy. Mudah sangat.

Since ayam tu di potong besar, I think it was best sebelum apa-apa ayam dikelar-kelar especially dekat sendi-sendi dan kat drumstik tu. Sebab my mother kata ini akan menyebabkan rempah menyerap masuk.


Ayam ni macam biasa, kena basuh dengan tepung untuk hilangkan bau dia. Saya biasanya basuh dengan tepung jagung atau tepung gandum (mana yang ada) Petua ni saya belajar dari adik ipar saya Roslina. Sekarang semua pun basuh dengan tepung, daging la, udang la hehehe

Kak Liza menggunakan sedikit halba. Kebetulan this is a family favourite. Kat dapur memang senantiasa ada. Maklumlah orang suka makan kari.


Bahan mesin halus ni ringkas sangat. I told my mother, patutlah sepupu my mother berniaga ayam percik tu boleh siap beli kereta. Huhuhu



Rupanya masak ayam percik ni di rebus. Tak pernah tahu pun. Semua bahan mesin dan bahan sampingan dimasukkan dalam santan untuk rebus ayam tu, sebelum kita grill.


I tambah 1 cawan kacang tanah dan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah...maybe sebab dah terpengaruh dengan kuah ayam percik yang macam tu bila balik kampung hehehe (my mom's cousin nye style kuah ler)


So here is the resipi :
sumber from here http://hanieliza.blogspot.com/2008/02/ayam-percik.html

Ayam Percik

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/b halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

*as for me

  • I masukkan asam jawa last sekali bila ayam dah empuk - my mother punya petua, takut ayam kejung
  • I grill my ayam atas Fancy Grill tu sahaja....satu rumah berasap macam kat pasar malam hehehe
  • I tambah 1 cawan kacang tanah, dibakar dan dikisar halus dan 1 sudu besar tepung jagung di bancuh air untuk pekatkan kuah..maybe santa I banyak sangat kut masa rebus tu
Thanks Kak Liza. This resipi was GREAT!!

Chinese Dishes

My Very Own Pan Mee (板麺, Ban Mian)

5:04 PM



Hari ini mengidam sambal belacan tapi tak mahu makan nasi. Even my DH pun kena diet sebab takut tak lepas kalau dia ke pergi offshore, jadi we all opt for something low in calories.

Tetiba teringat stok ayam dan lebihan ayam rebus semalam banyak lagi. Maka otak geliga pun teringat Pan Mee (板麺, Ban Mian) jadi pagi tadi cepat-cepat cakap kat DH saya nak ke kedai sayur depan nak tengok ada cekur manis tak...

Huh :( hampa tak adalah - tanya budak Indon tu pun "ini hari tak ada la akak" - kalaulah kat rumah Mak di Parit Sulong, mesti dah boleh petik belakang rumah

Sebab tanyalah mana-mana kawan tiong hwa, Pan Mee mesti ada pucuk manis/cekur manis - macam kat Sun Seng Fatt @ Jalan Leong Sin Nam, Ipoh ni hah.

sumber : http://www.j2kfm.com/ipoh-food-pan-mee-sun-seng-fatt-jalan-leong-sin-nam/

Asalnya orang Tionghoa pakai "jyū" untuk sup dia. Tapi saya pakai "gāi" la - ayam hehehe orang melayu islam mana boleh - Ngóh m̀h'sihk jyū maaa hehehe

Bahan-bahan lain untuk stok cuma ikan bilis. Ikan bilis kena banyak - kalau tak rajin kopek bilis, boleh letak kiub bilis tu.


Tapi nak buat hidangan ni kena buat mee dia waktu pagi. Ye - mee dia buat sendiri - sebab itu I kata hidangan ni sangat healthy sebab mee kuning tu pun kan dia buat guna air kapur, sebab tu ada orang makan kadang-kadang boleh tercirit2 dan kembung perut.

Bahan-bahan untuk buat Mee Homemade :
3 cawan tepung gandum
3 biji telur grade A
1/2 cawan air (tambah jika perlu)
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar minyak jagung
secubit garam

Lauk Topping Daging :
250gram daging ayam (dicincang)
10 keping Cendawan Shitake kering (direndam sehingga lembut dan cincang)
4 biji bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh kicap pekat
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu kecil gula
200ml air
2 sudu kecil tepung jagung
garam dan lada putih secukup rasa

Untuk Hiasan :
Ikan Bilis (saya bakar instead of goreng)
Daun Bawang (dihiris)
Minyak Bawang Putih
Sawi (dicelur)

Sambal Tumis :
1 biji bawang merah (cincang)
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar petis/otak udang
sedikit garam, gula, perisa secukup rasa
sedikit cuka

Sambal Belacan :
Segenggam cili padi
2 keping belacan penang
1 biji limau kasturi
sedikit garam, gula, perisa secukup rasa

Kuah :
3 litre stok ayam*
200g ikan bilis (siang dan rendam)
sedikit lada putih, garam dan perisa secukup rasa

Cara membuat Kuah:
Renehkan stok ayam dam tambah ikan bilis serta sedikit lada putih, garam dan perisa secukup rasa
Biarkan mereneh perlahan

Cara membuat Mee:
Letakkan tepung dan secubit garam di dalam mangkuk pembancuh.
Buat lubang di tengah-tengah supaya dia jadi macam satu telaga.
Pecahkan telur di tengah-tengah.




Kacau perlahan-lahan dengan chopstik sehingga semua telur dan tepung sebati perlahan-lahan.



Selepas sebati seperti di bawah ini, tambah air sedikit demi sedikit sehingga doh lembut.
Tambah minyak. Dan uli sekali lagi.
Rehatkan doh dengan ditutup dengan kain lembab selama kurang-kurang 30 minit


Kalau ada mesin pasta tu lagi cepat.
Tapi kalau takde tak apa.

Selepas doh direhatkan - torak senipis yang boleh, alas semua peralatan dengan tepung jagung supaya tidak melekat.




Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong agak-agak sebesar kueh teow.





Perlahan-lahan tarik-tarik supaya menjadi panjang tapi jangan sehingga putus.
Kalau ada mesin pasta tu lagi cepat. Tapi kalau takde tak apa.





Letakkan di dalam pinggang dan gaulkan dengan sedikit tepung jagung dan gembur-gemburkan.



Boleh dicelur dalam air panas mendidih seperti mencelur mee. Elok celur sebaik sahaja bila hendak makan.





Cara membuat topping daging cincang:
Bawang putih cincang di tumis hingga naik bau.
Masukkan daging cincang ayam dan cendawan.
Masak sehingga ayam masak.
Tambah ke dalam sos tiram, gula, kicap dan minyak bijan.
Teruskan kacau sehingga daging kisar ayam  masak.
Campurkan tepung jagung yang dibancuh dengan air dan masukkan ke dalam campuran daging cincang.
Masak sehingga sos memekatkan.
Perasakan dengan garam dan lada. Diketepikan.





Sambal Tumis:
Panaskan minyak (1/2 cawan)
Masukkan bawang dan tumis.
Masukkan cili kisar
Tumis hingga pecah minyak
Masukkan sedikit garam, gula, perisa secukup rasa
Perlahankan api
Tambah petis udang dan kacau.
Biarkan seketika tapi jangan sampai hangit.
Ketepikan (boleh simpan dalam botol bila dah betul2 sejuk)

Sambal Belacan:
Tumbuk Segenggam cili padi, belacan penang dan 2 biji bawang putih.
Perahkan 1 biji limau kasturi
Tambah sedikit garam, gula, perisa secukup rasa
Ketepikan

Minyak Bawang Putih:
10-15biji bawang putih dicincang halus.
Panaskan 1/2 cawan minyak masak - goreng bawang putih.
Bila bawang putih keemasan, angkat.
Sejukkan minyak.
Letakkan bawang putih di dalam bekas (berkaca) dan masukkan minyak tapi make sure minyak dah betul-betul sejuk ya!

Cara Dihidangkan:
Letakkan Pan Mee yang sudah dicelur dalam mangkuk
Letak sawi celur.
Letak kuah sup.
Kaup 2 sudu besar topping daging.
Letak bilis goreng.
Kaup 1 sudu kecil minyak bawang
Tabur daun sup yang dah di cincang
Boleh letak dalam pinggan sos, sambal tumis dan sambal belacan.



Makan panas-panas. Even untuk sarapan pun boleh dan begitu juga untuk minum petang. Lebih sedap kalau ada kopi O panas :)

Masakan Ayam

Ayam Goreng Rempah Upin Ipin

1:24 AM


Resipi ni saya amalkan kalau masak nasi ayam atau kalau anak dalam mood tak mahu makan. Syasya saya kata ini resipi "ayam toyeng" hehehe

Biasanya ayam kena rebus dahulu jadi bila kita goreng tak lama so lebih sesuailah untuk anak-anak kita makan.. Tekturs yang crispy membangkitkan selera mereka dan boleh dicincang untuk dihidangkan bersama-sama bubur. Saya sarankan hidangkan bersama-sama sup sayur supaya hidangan tidak "kering" jika di makan bersama-sama nasi.

Bahan-bahan
4 keping ribs ayam (bahagian dada)
2 ulas bawang putih (dibasuh jangan buang kulit dan diketuk)

..utk rempah tumbuk
6 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil ketumbar
sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit.
sedikit garam dan perisa (saya suka guna Secukup Rasa)

minyak untuk mengoreng

Cara-cara memasak:
  1. Rebus ayam bersama-sama 2 ulas bawang putih (dibasuh jangan buang kulit dan diketuk)
  2. Setelah ayam empuk, angkat dan toskan.
  3. Perapkan bersama-sama rempah tumbuk selama sejam
  4. Goreng dalam minyak yang panas sehingga garing
  5. Boleh di cincang kecil-kecil sebelum dihidangkan bersama-sama nasi, bubur atau di tambah dalam nasi goreng.
  6. Sedap juga jika di makan bersama-sama cicah sambal kicap
Air rebusan ayam jangan dibuang - boleh dibuat Sup Ayam Sawi Dan Carrot Bening :)

Selamat Mencuba!

Masakan Ayam

Ayam Masak Ungkep versi Mak Mah

5:49 PM



Mak Mah tu mak saya la ~ sebab saya belajar masak Ungkep ni dari dia hehehe
Biasanya resipi ni turun-temurun, jadi macam-macam variasi ada.

Pada saya resipi ni best sebab fully utilize ayam tu - "cakar", leher semualah hehehe

Ada orang kata Ayam Masak Ungkep ni dalam bahasa melayunya Ayam Masak Jintan. Entah betul atau tidak, tak tahu ler, tapi kalau Mak atau Nenek masak memang ada pakai jintan. Lauk ni memang lauk favourite kalau kenduri kendara (sebelah malam nye kenduri macam kenduri doa selamat ke...)

AYAM MASAK UNGKEP VERSI MAK MAH

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

1 ekor ayam (dipotong 12, lebih elok sekiranya ayam tua@ayam kampung)
5 biji kentang sederhana besar (dipotong dadu)

Bahan A (untuk dikisar)
5 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
Segenggam cili kering (direbus)

Bahan B (untuk dikisar kering/tumbuk)
2 sudu kecil jintan
2 sudu kecil ketumbar

Bahan C
2 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)

1 liter air
Santan dari 1 biji kelapa
Minyak untuk menumis
sedikit asam jawa (dibancuh dengan 5 sudu besar air)
Garam secukup rasa

Cara-Cara :


  1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan Bahan A. Kemudian masukkan Bahan B dan Bahan C
  3. Tumis sehingga naik minyak.
  4. Setelah naik minyak, masukkan ayam. 
  5. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
  6. Masukkan air dan garam secukup rasa. 
  7. Tutup periuk supaya ayam empuk.
  8. Setelah ayam empuk masukkan kentang. 
  9. Biarkan seketika supaya kentang pula empuk.
  10. Akhir sekali masukkan santan dan kecilkan api supaya santan tidak pecah.
  11. Masukkan air asam jawa dan biarkan masak seketika.
  12. Kemudian bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.

petua : cili kering mesti kena rebus, baru sedap :)

Masakan Ayam

Popiah Kulit Roti

10:55 PM


Inspirasi membuat Popiah Kulit Roti datangnya dari Sheila Rusly punya resipi Sardine Roll dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadan tahun lepas. Saya gantikan Inti dengan Inti Popiah sebab pagi baru lepas makan lontong, so agak muak kalau makan sardine. Saya juga bakar Popiah ini memandangkan saya sekarang tengah menjaga pemakanan :) jadi ianya kurang kalori sikit kalau di bakar.

Inti Popiah :



Bahan-bahannya
1 labu bawang besar dicincang dadu
3 biji bawang putih

1 cawan Kobis Beijing (dihiris dadu kecil2)
1/2 cawan Kacang Panjang (dihiris halus)
1/2 cawan Carrot (di sagat)
1 biji cili merah (dibuang biji dan dicincang)

3 ekor udang besar (dicincang)
1/4 cawan isi ayam (dicincang)
sedikit garam + perisa secukup rasa
1 sudu sos tiram

2 biji telur (dipukul, digoreng dadar dan dihiris halus)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat Inti
Tumis dengan sedikit minyak bawang putih, udang yang dicincang dan ayam.

Masukkan satu sudu sos tiram dan tumis lagi.
Masukkan kacang panjang dan cili merah
Masukkan kobis
Goreng seketika
Masukkan garam + perisa secukup rasa
Akhir sekali setelah semua masak dan sebati masukkan carrot dan telur dadar yang telah dicincang.
Goreng sekejap sahaja dan angkat. Sejukkan

Kulit popiah roti :

Roti biasa dibuang tepi dan digelek dengan rolling pin


Cara mengulung.
Letakkan inti di tengah (jgn terlalu banyak) untuk di gulung seperti sardin roll.
Letakkan tepung gandum dicampur air sebagai "gam" di salah satu hujung kulit roti.
Gulung kulit roti perlahan.
Kemaskan dan tekan/picit tepi gulungan itu supaya inti tidak keluar.

Popiah Roti siap untuk digoreng. Kalau mahu bakar, sapukan kuning telur yang sudah dipukul supaya nampak sedikit menarik selepas dibakar.



Sos cicah
3 biji cili merah
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih
sedikit garam
2 sudu besar gula merah
sedikit cuka
sedikit sos ikan Nampla
sedikit minyak utk tumis
sedikit air panas

cili merah, biji cili padi dan bawang putih ditumbuk bersama sedikit garam hingga lumat.
panaskan sedikit minyak di dalam kuali kecil, dan tumis (namun api jangan besar) masukkan cuka dan sedikit air (jgn banyak). Tumis seketika sahja. Angkat. Tambah gula merah, sos ikan Nampla dan air panas jika masih pekat. Hidangkan bersama Popiah Kulit Roti.






*tujuan cili ditumis supaya ia masak bagi mengelak sakit perut.

Masakan Ayam

Ayam Masak Kicap Jawa (Semur Ayam)

11:08 AM


1 ekor ayam (saiz sederhana)
10 biji kentang (saiz sederhana)
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 cawan manis JALEN
1 ulas bawang besar
Asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dengan 6 sudu besar air
Garam secukup rasa
1/2 cawan santan pekat
Minyak untuk menggoreng ayam dan kentang.

Rempah Ratus untuk menumis:


1 @ 2 kumtum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih

Cara:
Ayam dipotong 16 bahagian dan dicuci.
Digaul dengan garam dan kunyit serta digoreng. Jangan tos minyak, angkat dan letakkan dalam mangkuk.
Kentang dipotong 4 dan digoreng. Jangan tos minyak, angkat dan letakkan dalam mangkuk.

Bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan halia dihiris

Panaskan minyak dalam periuk untuk memasak, masukkan bawang putih yang telah dihiris, diikuti dengan bawang kecil. Tumis sekejap. Biarkan sedikit garing,
Masukkan Rempah Ratus untuk menumis. Tumis sekejap dan kemudian masukkan bawang besar.

Masukkan kicap. Kacau sedikit. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Minyak dan sedikit air yang menitis dari ayam ke mangkuk dimasukkan juga. Kacau sedikit. Kemudian masukkan santan. Api mesti sederhana dan senantiasa kacau. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh pada api kecil selama 10 minit. Sedia untuk dihidangkan.

Chicken Noodle Soup

Chicken Noodle Soup

10:51 AM



Saya memang suka tengok AFC especially rancangan Chef at Home. Dalam satu episod ni, Chef Micheal Smith ajar macamana nak buat Chicken Noodle Soup. Kebetulan hari itu hujan dan saya demam, tak lalu nak makan nasi.


photos from - http://www.evalu8.org

Resipi dia memang senang dan memang sesuai untuk orang yang tengah demam dan tak ada selera makan. Yang penting, ianya berkhasiat, tidak berminyak dan kurang lemak. Saya ubas suai sedikit mengikut citarasa saya (sebab nak simple...yelah orang tengah tak sihat...nak masak pun tak lalu)

Bahan-bahan yang diperlukan:

Ayam separuh ekor. Dibuang kulit



Sayur-sayuran:

Carrot, Daun Seleri dan Bawang Holland



Daun Bay (Bay Leave)
Macaroni atau Elbow pasta.

Cara-cara memasak:

Ayam direbus dengan 1 litre air
Tambahkan daun bay



Sayur-sayuran dipotong dadu. Masukkan



Setelah ayam empuk, keluarkan dan asingkan daging dan tulang.
Carik-carikkan daging ayam.

Masukan semula ke dalam periuk.



Masukkan macaroni (atau elbow pasta) sehingga al-dente.



Tutup api dan hidangkan panas2.

Masakan Ayam

Soto Ayam Hajah Marfo'a

10:40 AM




Soto Ayam sememangnya kegemaran saya. Variasi ini tidak mempunyai santan. Kadangkala ada di antara kita yang sememangnya "Sebu" jika makan makanan bersantan.

Untuk 3 hidangan

Bahan-Bahan A
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil ketumbar
8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil garam (lebih elok garam kasar)
sedikit serbuk perisa (jika mahu)

Bahan-bahan B
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia



Bahan-bahan C
1 ekor ayam sederhana dipotong 6
2 sudu besar minyak masak
1 jug air panas

Bahan-bahan Hiasan
Hirisan Daun Sup/Daun Bawang
Bawang Goreng
Taugeh
Kacang Tanah Goreng (jika suka)
Soohun Goreng (jika suka)

Cara-Cara Memasak Nasi Impit
Saya suka guna ketupat segera Adabi.
Gunakan 3 bag sahaja. Masak mengikut arahan dari beg tersebut.
Supaya Nasi Impit lembut, setelah masak, biarkan terendam di dalam air rebusan selama 1/2 jam sebelum di tos.


Cara-cara Memasak Kuah Soto
Bahan-Bahan A ditumbuk hingga lumat.


Bahan-bahan B dititik sahaja.

Ayam di basuh dan elok jika dibuang kulitnya.


Gabungkan Bahan-bahan A dan digaul bersama ayam tadi. Perap selama 1 jam.



Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam periuk. Sederhanakan api. Pelan-pelan masukkan ayam yang diperap tadi, satu per satu. Jangan lupa masukkan juga lebihan dan Bahan-bahan B. Gaul dan balikkan selama 10 minit.


Masukkan sedikit air hingga menutupi ayam. Pastikan air panas kerana kuah lebih enak jika air panas digunakan.



Tutup periuk dan biarkan ayam masak hingga empuk (dalam masa 20 minit). Kecilkan api dan masukkan selebih air panas yang ada.

Keluarkan ayam yang sudah embuk dari periuk, biarkan kuah. Setelah ayam sejuk, daging ayam dicarik-carik. Tulang yang tertinggal bolehlah di masukkan semula ke dalam kuah.

Cara Menghidang.
Nasi impit dipotong kiub
Taburkan bahan-bahan hiasan dan hirisan ayam.
Tuangkan kuah.
Sedap dimakan bersama begedil dan sambal kicap


Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images