Soto Ayam Hajah Marfo'a

10:40 AM




Soto Ayam sememangnya kegemaran saya. Variasi ini tidak mempunyai santan. Kadangkala ada di antara kita yang sememangnya "Sebu" jika makan makanan bersantan.

Untuk 3 hidangan

Bahan-Bahan A
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil ketumbar
8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil garam (lebih elok garam kasar)
sedikit serbuk perisa (jika mahu)

Bahan-bahan B
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia



Bahan-bahan C
1 ekor ayam sederhana dipotong 6
2 sudu besar minyak masak
1 jug air panas

Bahan-bahan Hiasan
Hirisan Daun Sup/Daun Bawang
Bawang Goreng
Taugeh
Kacang Tanah Goreng (jika suka)
Soohun Goreng (jika suka)

Cara-Cara Memasak Nasi Impit
Saya suka guna ketupat segera Adabi.
Gunakan 3 bag sahaja. Masak mengikut arahan dari beg tersebut.
Supaya Nasi Impit lembut, setelah masak, biarkan terendam di dalam air rebusan selama 1/2 jam sebelum di tos.


Cara-cara Memasak Kuah Soto
Bahan-Bahan A ditumbuk hingga lumat.


Bahan-bahan B dititik sahaja.

Ayam di basuh dan elok jika dibuang kulitnya.


Gabungkan Bahan-bahan A dan digaul bersama ayam tadi. Perap selama 1 jam.



Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam periuk. Sederhanakan api. Pelan-pelan masukkan ayam yang diperap tadi, satu per satu. Jangan lupa masukkan juga lebihan dan Bahan-bahan B. Gaul dan balikkan selama 10 minit.


Masukkan sedikit air hingga menutupi ayam. Pastikan air panas kerana kuah lebih enak jika air panas digunakan.



Tutup periuk dan biarkan ayam masak hingga empuk (dalam masa 20 minit). Kecilkan api dan masukkan selebih air panas yang ada.

Keluarkan ayam yang sudah embuk dari periuk, biarkan kuah. Setelah ayam sejuk, daging ayam dicarik-carik. Tulang yang tertinggal bolehlah di masukkan semula ke dalam kuah.

Cara Menghidang.
Nasi impit dipotong kiub
Taburkan bahan-bahan hiasan dan hirisan ayam.
Tuangkan kuah.
Sedap dimakan bersama begedil dan sambal kicap


You Might Also Like

1 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images