Dairy Free

Karipap Dairy & Planta Free

9:41 PM



Majority kengkawan knows yang I terpaksa pantang dairy untuk Mimi. Mimi alah protein susu lembu jadinya I tak boleh la buat dah resipi karipap butter dan vege shortening. Tapi nasib baik teringat sembang2 makcik masa rewang kenduri kawin my brother dulu. Ada makcik tu cakap, pakai minyak masak pun boleh. Dia memang berniaga karipap so logik la jugak kan. Minyak masak tu murah. I tak nak pakai marjerin atas sebab-sebab tertentu. Rasanya elok la pakai minyak masak, minyak jagung or minyak zaitun kalau mampu kan hehehe

So resipi kulit karipap dairy and planta free adalah below :

(Untuk 20-30 biji karipap)
Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum.
150ml minyak masak
220ml air

Cara-cara mengaul doh :

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk sehingga betul panas. 
  2. Tuang tepung gandum dalam bancuhan
  3. Kacau perlahan dengan senduk. 
  4. (Saya ada mixer, so saya guna dengan "kaki" dia yang sesuai untuk bancuh roti)
  5. Campurkan dengan air suam (tak letak garam sebab untuk anak-anak makan)
  6. Setelah menjadi doh, tutupkan dengan tuala basah atau masukkan dalam ziplock bag. 
  7. Biarkan to rest untuk 15minit

Cara menerap menjadi bentuk love




  1. Terap tepung menjadi bentuk square. Ketebalan tepung ikut suka, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Divide into two
  2. Ambil terap biskut berbentuk love (better size besar). Tekan untuk buat impression atas one side of the tepung. Impression ni sebagai guide bila letak inti nanti.
  3. Using a small spoon, letakkan inti perlahan dan jangan sampai keluar dari impression line tu
  4. Ambil bentuk square yang sebelah lagi tu dan tutup atas inti. Tekan corners alongside inti tu perlahan-lahan
  5. Pastikan anda ingat impression bentuk love anda, dan gunakan terap tadi sebagai "cutter" 
  6. Tekan perlahan-lahan sehingga bentuk love tu di terap. Cara ni macam cara orang buat raviolli.
  7. Setelah di terap bersama-sama inti, satukan dan kemaskan dengan mengepil bucu-bucu bentuk supaya bercantum. 
Lepas tu baru kelim. Saya start dari atas and stop kat bucu bawah. Then only continue dari bucu bawah ke atas. Untuk Mimi saya buatkan inti sayur raja tumis dengan bawang besar. Sayur raja is New Zealand Spinach. Alhamdulillah bayam jenis ni Mimi boleh makan dan tak naik rashes (bayam biasa kadang-kadang menyebabkan sembelit dan kandungan nitrate tinggi menyebabkan rashes for eczema kids)



Kalau nak mengoreng, start dengan api sederhana panas, then masukkan. Once thing untuk dapat karipap cantik tak berjerawat sangat adalah goreng dengan api perlahan. This karipap freezes well. But keluarkan dari freezer to room temp baru goreng, takut melekat tepung pada tupperware, habis rosak.

Karipap

Epok-Epok Labu, Lobak Merah & Kacang Peas

3:47 PM


Ini cerita bila DH beli labu yang besar tapi anak-anak tak suka labu :P

Jadi mak dia main sembunyi-sembunyi lah apa lagi.
Yang penting semua orang suka kari dan karipap :) 

Terima Kasih lah kepada penolong setia saya Cik A'aesyah Marissa yang pagi-pagi dah macam broken record "Mama nak kipap...nak kipap. Syasya nak kipap"
Motif bukan untuk makan tapi untuk tolong memasak sama (mode : sebenarnya tolong kecah sama :P)



Owh..janganlah terpedaya dengan senyuman mesra Cik Chah kita tu, kalau buat karipap memang mak dia kena cukai segumpal barang dua.

Di sebabkan Cik Chah dah bagi idea yang sangat bernas, saya mula la menumis inti. Rasa macam tak confident masukkan labu jadi masukkan sikit sahaja. Biar rasa kacang peas dan lobak merah serta kari tu overpower the labu (vah...macam judge Masterchef je saya berkomen :P)


Sekali tengok memang macam inti vege biasa hehehe.


Dan ofkos kalau epok-epok, my southern roots kata mesti BOLAT macam ni...



Sebab maybe dalam kotak fikiran saya, imej-imej dari zaman kanak-kanak makcik saya buat epok-epok mesti bulat...but who knows :)


OK resipi kulit epok-epok macam resipi kulit karipap, cuma dia bulat 2 keping, isi inti di tengah-tengah dan cantumkan. Kelim kemas. Itu sahaja perbezaan dia.

Resipi kulit karipap ada di SINI. Sila rujuk.

Bahan-bahan inti:
2 biji bawang putih
2 sudu kecil udang kering (direndam dan tumbuk)
1/2 cawan labu manis (buang kulit, cincang dadu)
1 cawan kacang peas
1 cawan lobak merah di cincang
1 sudu besar kari daging cap O
sedikit garam, perisa secukup rasa
1/2 cawan hirisan daun sup dan daun bawang
1 tangkai daun kari
1/2 camb kecil halba

Cara membuat:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis halba dan daun kari (yg telah dilurut dari tangkai)
Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk dan udang kering. 
Tumis sekejap. Masukkan lobak merah dah labu manis.
Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air menjadi pes. 
Tumis hingga naik bau dan masukkan kacang peas.
Bubuh sedikit garam, perisa secukup rasa.
Masukkan satu cawan air dan masak sehingga air surut dan seterusnya kering sedikit 
Sebelum di gunakan, tabur dengan hirisan daun sup dan daun bawang. 
Biarkan sejuk sebelum di bubuh sebagai inti.




Labu manis sebenarnya sangat bagus. Untuk maklumat lanjut baca di SINI.

Inti Karipap

Tutorial Bergambar - Karipap

2:43 AM

Aduhai gigihnya!!
Ni bukan apa - untuk pelaburan di masa akan datang. Manalah tau, si Aliya Maisarah dapat belajar kat luar negeri macam Yan dengan Ziha (amin....) Kalau dia BBM (haruslah BBM kan - zaman dia entah-entah BB pun dah kira jurassic. yikkk!!) "Mama, camne nak buat karipap ye??"

Jawapan saya, - sila bukak blog Mama :P

OK, first things first. 

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI 
8 biji kentang sederhana 
5 ulas bawang putih 
1 inci halia
2 biji bawang besar 

2 cmb besar udang kering (direndam)
200gram isi ayam  atau daging (lebihkan kalau mahu)

1 paket rempah kari daging (guna babas la sedap)
1 tangkai daun kari
1/4 camca halba (kalau suka)
1/4 camca jintan  (kalau suka)

Daun sup 1 pokok (kalau suka nk lebih pun boleh)
3 sudu besar sos tomato (kalau suka)
Air (kalau boleh air panas)
Minyak utk tumis (dlm 2 sudu besar - jgn banyak nanti inti berminyak)



Bawang putih dan halia di tumbuk. Bawang besar dicincang. Udang kering direndam air panas dan ditumbuk lumat.


Daun kari dibasuh dan dilerai dari tangkainya.


Daging juga di cincang halus.

Serbuk kari daging di bancuh air. 



Panaskan minyak dalam kuali. 
Masukkan daun kari dan halba. 
Tumis dahulu lada kering. Setelah itu masukkan bahan tumbuk tadi (udang kering+bawang putih). Tumis hingga bau wangi daun kari naik.
Masukkan bawang besar. Tumis lagi.
Masukkan pes kari dan tumis.
Kemudian baru masukkan isi ayam. Tumis hingga isi ayam agak2 masak sikit.
Barulah masukkan kentang dan gaul semua rata, kemudian masukkan air panas sehingga menutup keseluruhan inti. Kalau hendak cepat empuk, tutup kuali dgn tudung kuali.

Setelah inti hampir empuk (dan air hampir separuh kering) masukkan sos tomato, garam dan perisa (jika suka)
Masukkan gula sikit jika mahu (gula merah kalau boleh utk rasa lemak2)
Masak pada api perlahan hingga air kering. Masukkan daun sup yang telah dihiris halus. Angkat dan sejukkan sebelum menjadi inti.
Inti Kentang

Inti Keledek

CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP :


(Utk 18-20 biji)
300gram tepung gandum
50gram butter
3 sudu besar vegetable shortening
secubit garam
sedikit air

CARA MEMBUAT DOH :
Butter dan shortening di cairkan. Satukan dengan tepung dan tambah air (garam dibancuh dalam air) perlahan-lahan sehingga sebati menjadi doh.


Rehatkan doh selama 15 minit sebelum di uli.


Sila uli leper ye...


Pakai acuan jika nak senang.


Letakkan atas acuan tepung yang sudah di leperkan tadi..

Isikan dengan inti

Sama ratakan inti dalam karipap itu sebelum menekapnya

Sapukan air di tepi sebagai "pelekat"

Terap acuan dan tekan (press) kuat-kuat.


Buang sisa tepung ditepinya


Buka acuan penerap untuk mengeluarkan karipap.


Karipap sedia untuk di goreng.


Goreng dalam api sederhana panas FIRST, supaya karipap tak berjerawat.

Inti Karipap

Karipap Pusar dan Inti Budget :)

4:14 PM



Ekceli...dah lama trial and error buat karipap ni. Buat tak jadi, buat tak jadi. Tapi di sebabkan niat murni seorang ibu nak bagi guru-guru dan kawan-kawan dia makan, semalam masa pergi kedai runcit kat SS14 (Opposite SS 18 Football field) tu ada kedai kek supply. Selalu nampak tp tk pernah masuk. Owner dia recommend vegetable shortening yang dia jual (I tanya CRISCO ~ dia kata tak ada)....

Karipap

Karipap Simple versi Farah

6:00 PM



Hujan begitu lebat sekali. Perut berkeroncong lapar. Hujan dan sejuk-sejuk begini sedap makan karipap kan.

Malam tadi bila telefon Bunda, dia sedang sibuk untuk ke rumah Mak Long. Ada "rewang" katanya. Mesti karipap juga menjadi hidangan "rewang" sebagaimana ketika kenduri kahwin adinda-adinda dahulu. Teringat juga petua Kak Leha yang menjual kuih - "cairkan majerin dan minyak dulu. Panas-panas di campur tepung, pasti karipap jadi enak dan ranggup"

Kebetulan lebih buat homemade baby food anak daraku Sya-Sya, sebiji keledek sederhana besar, menanti untuk dibikin apa dalam peti ais. Juga tulang-tulang ayam lebih dari masak makaroni yang diambil isinya aje. Nah! sesuai sekali.


Utk 18-20 biji
Bahan-bahan - kulit karipap
300gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
secubit garam
sedikit air
Bahan-bahan - inti karipap
1 biji keledek sederhana besar
(dalam 2 cawan setelah dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar serbuk kari (dicampur air menjadi pes)
Tulang ayam (dalam 2-3 ketul) jika ada
garam dan sedikit perisa secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara membuat inti
Tumis bawang putih (dicincang)& bawang besar (dipotong dadu) sehingga wangi. Masukkan tulang ayam dan tumis lagi.
Masukkan pes kari dan tumis lagi.
Masukkan keledek dan tuangkan satu cawan air.
Biarkan sehingga keledek masak dan air kering.
Tambah garam dan sedikit perisa secukup rasa.
Sejukkan inti sebelum menggunakannya.

Cara-cara membuat kulit
Cairkan marjerin dan minyak masak di dalam periuk kecil.
Ayakkan tepung dan masukkan dalam mangkuk mengadun.
Masukkan secubit garam
Tuangkan marjerin dan minyak masak panas tadi dan gaul dengan senduk kayu
Perlahan-lahan campurkan adunan bersama air sehingga menjadi doh.
Uli selama 10-15minit sehingga doh menjadi sedikit kenyal.

Lebih mudah dan cepat jika mempunyai pencetak karipap dan bagi mereka yang tidak mahu mengelim.

Setelah siap, goreng karipap dalam minyak yang banyak sehingga kuning keemasan.


Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images