Karipap Pusar dan Inti Budget :)

4:14 PM



Ekceli...dah lama trial and error buat karipap ni. Buat tak jadi, buat tak jadi. Tapi di sebabkan niat murni seorang ibu nak bagi guru-guru dan kawan-kawan dia makan, semalam masa pergi kedai runcit kat SS14 (Opposite SS 18 Football field) tu ada kedai kek supply. Selalu nampak tp tk pernah masuk. Owner dia recommend vegetable shortening yang dia jual (I tanya CRISCO ~ dia kata tak ada)....

But anyway, ni dia resipi yang berjaya juga akhirnya. In my opinion tak berminyak ~ but then depends on the shortening yang you pakai juga kan?

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI
8 biji kentang sederhana
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 camb besar lada kering(yg telah direbus dan dikisar)

2 cmb besar udang kering (direndam)
200gram isi ayam (lebihkan kalau mahu)

1 paket rempah kari daging (guna babas la sedap)
1 tangkai daun kari
1/4 camca halba

Daun sup 1 pokok (kalau suka nk lebih pun boleh)
3 sudu besar sos tomato (kalau suka)
Air (kalau boleh air panas)
Minyak utk tumis (dlm 2 sudu besar - jgn banyak nanti inti berminyak)

CARA-CARA MEMASAK INTI

Kentang, bawang merah dan isi ayam dicincang dadu kecil. Tepikan.

Bawang Putih dan Udang Kering ditumbuk.

Campur serbuk kari dengan 2 camb besar air hingga jadi pes.

Daun kari dipetik dari tangkainya.

Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan daun kari dan halba.
Tumis dahulu lada kering. Setelah itu masukkan bahan tumbuk tadi (udang kering+bawang putih). Tumis hingga bau wangi daun kari naik.
Masukkan bawang besar. Tumis lagi.
Masukkan pes kari dan tumis.
Kemudian baru masukkan isi ayam. Tumis hingga isi ayam agak2 masak sikit.
Barulah masukkan kentang dan gaul semua rata, kemudian masukkan air panas sehingga menutup keseluruhan inti. Kalau hendak cepat empuk, tutup kuali dgn tudung kuali.
Setelah inti hampir empuk (dan air hampir separuh kering) masukkan sos tomato, garam dan perisa (jika suka)
Masukkan gula sikit jika mahu (gula merah kalau boleh utk rasa lemak2)
Masak pada api perlahan hingga air kering. Masukkan daun sup yang telah dihiris halus. Angkat dan sejukkan sebelum menjadi inti.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT KULIT

DOH MINYAK
300 gram tepung gandum
150 gram vegetable shortening + margerine

DOH GARAM (or SALT DOUGH)
700 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam
Air (dalam 2 cawan - tambah lagi kalau doh masih pekat)

CARA-CARA MEMBUAT

Bancuh dan uli doh minyak sampai licin (tk payah letak air kalau ikutkan) Bahagikan menjadi 6 biji bebola kecil.

Bancuh dan uli doh garam sampai licin dan tidak melekat (kalau terlebih letak air, tambah tepung sikit) Bahagikan menjadi 6 biji bola yang besar.

Masukkan 1 bebola kecil doh minyak ke dalam 1 biji bebola besar doh garam.

Kemudian di canai leper (senipis yang boleh).

Setelah di canai, di buat slit di tengah dan digulung berlawan arah jam. Tepung akan membentuk satu kon. Canaikan flat kon tersebut dan kemudian gulung lagi.

Setelah digulung bolehlah dihiris (dalam ketebalan setengah cm).

Hirisan tadi sudah boleh dicanai flat mengikut saiz dan ketebalan kulit yang anda suka.

Cara menggulung yang saya rasa paling efektif ini saya ikut dari blog ini (boleh rujuk gambar)


Ini hasilnya :

You Might Also Like

2 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images