Buah Melaka Incredible Hulk

11:38 AM


Entah kenapa tiba-tiba mulut teringin nak makan Buah Melaka. Semalam semasa tiba di stesyen monorail, beli lah juga RM1. Tapi bila dah makan rasa tak cukup.

Singgah sekejap di kedai Taman Cahaya, beli kelapa parut. Kalau nak buah kuih macam ni petua dia minta kat pekedai tu - parut isi yang putih sahaja, cakap kat dia, "untuk buat kuih".

Sebab dia lebih besar sedikit, saya panggil buah melaka saya ini Buah Melaka Incredible Hulk LOL

Bahan-bahan (Inti)
Gula merah (gula melaka yang sudah hancur)

Bahan-bahan (Kulit)
setengah cawan tepung beras pulut
1 sudu kecil air pandan
Sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan (Sadur)
4 sudu kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit garam

Cara memasak
Kelapa parut (putih sahaja) digaul dengan sedikit garam
Sediakan air untuk merebus: Masak air anggaran 1/2 periuk.
Campurkan setengah cawan tepung beras pulut, 1 sudu kecil air pandan, Sedikit pewarna hijau. Sedikit demi sedikit tambah air sehingga menjadi doh kental.
Ambil sedikit doh, bulatkan dan buat lubang. Masukkan gula. Tutup. Masukkan dalam air yang mendidih hingga timbul. Tus dan golekkan kuih ke dalam kelapa yang sudah bergaram.

Hidangkan.




You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images