Sambal Goreng Jawa Simple versi Farah

8:00 PM



Rasanya sambal goreng ini rata-rata seantero internet di panggil sambal goreng jawa. Tapi Sambal Goreng Jawa Johor dengan Sambal Goreng Jawa Singapore pun ada perbezaannya. Sambal Goreng Jawa Singapore nampak lebih merah kerana menggunakan cili kisar.

Resipi ni memang rasmi kalau ada kenduri di kampung - terutama sekali kalau ada orang buat ambeng (nasi ambeng). Variasinya pun berbeza. Semasa Acara Selamatan Potong Jambul Syasya, Bunda kata teringin nak buat Sambal Goreng Jawa dengan kacang tolo (black eye peas - bukan group tu ye)



Ni versi simple sebab nak makan dengan nasi lemak. Tapi yang penting mesti ada udang basah, mesti ada tempe, mesti ada tauhu, mesti ada kacang panjang (snake beans). Kalau nak tahu kenapa asal hari raya sahaja mesti harga kacang panjang naik.....haaaaa inilah sebabnya!

Sambal Goreng Jawa Simple versi Farah
(untuk 2 orang makan)
Bahan-bahan
8 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 keping tempe
2 keping tauhu
7 ekor udang basah
1 sudu besar ikan bilis
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit soo-hoon
1 biji cili merah
sedikit garam dan perisa
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)

Penyediaan
Tauhu dan tempe harus digoreng terlebih dahulu dalam minyak yang banyak.
Biarkan sejuk sebelum dipotong dadu

Carrot dihiris panjang2
Kacang panjang dihiris serong panjang2
Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili dihiris.

Udang basah dikopek kulit. Jika suka boleh hiris kepada dua bahagian.

Soo-Hoon direndam sehingga lembut. Lebih baik di gunting (dlm 2 inci -2 inci)

Ikan bilis di kopek dan basuh.

Cara Memasak
Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali.
Tumis dahulu Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili.
Masukkan bilis dan kemudian udang.
Tumis selama 5 minit.

Masukkan Carrot, Kacang Panjang. Kacau seketika
Kemudian masukkan Tauhu dan Tempe goreng yang telah di potong dadu tadi.

Tumis selama 5 minit.

Masukkan Soo-Hoon yg telah lembut dan di potong2.

Kacau seketika.

Masukkan sedikit garam dan perisa.

Tumis selama 5 minit dan angkat.

Sesuai dihidangkan bersama nasi lemak. Lebih sedap jika ditambah petai (tapi kat pasar tadi tak ada petai :P)



You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images