Sambal Lonte Lemon

11:43 AM



Pencarian mencari pelbagai sambal. My Mama pernah suruh buat "assignment" ni. Suruh tanya Nenek resipi bermacam-macam sambal tradisi yang ada yang ramai sudah lupakan. Antaranya Sambal Gesek dan juga Sambal Lonte.

Kebelakangan ini macam suka pula rasa perahan lemon daripada limau kasturi, nipis ataupun asam jawa. Mungkin sebab wangi ianya membangkitkan selera, tapi lemon ni agak mahal juga kan huhuhu


 

OK. Berbalik pada resipi, ini...


Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (atau 5 biji bawang merah)
2 biji cili merah
10-15 biji cili padi
1 genggam ikan bilis
4 cm belacan yang sudah di bakar
Sedikit air perahan lemon
Secubit gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Goreng kesemua bahan-bahan.
Angkat
Tumbuk semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
Campurkan perahan lemon dan gula ke dalam bahan-bahan yang telah siap ditumbuk.
Tuangkan sedikit minyak yang telah digunakan untuk menggoreng jika mahu
Siap untuk dimakan.
Sedap dihidangkan bersama-sama ulam-ulaman dan nasi panas-panas

You Might Also Like

2 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images