Cucur Pisang Table Sugar Free (tanpa sebarang gula makan)

3:10 PM


Berjaya buat table sugar free cucur pisang using Mazafati Dates dari Iran. Kurma ni manis keting kata orang. Memang macam madu. Tapi sekotak mencecah nak dekat RM10. Buat anything for more natural flavors.

Bahan-bahan :

10 biji pisang emas
15 biji kurma madu Iran (Mazafati)
1 1/2 cup tepung gandum

Minyak masak untuk mengoreng

Cara membuatnya :
Lenyek pisang sampai hancur
Buang biji dalam kurma dan masukkan dalam bekas untuk diputar dengan mixer
Masukkan pisang dan putar bahan2 on high speed
Lepas tu masukkan tepung
Putar on high untuk "masukkan udara" biar dia gebu sikit

Lepas tu "jemput" dan goreng dalam minyak yang betul2 panas.
Lepas golden dark brown, angkat dan terap minyak dalam kitchen tissue

Menariknya resipi ini sebab manis kurma sekata maka tak perlu tambah secubit garam yang seperti kebiasaan mak-mak dan makcik-makcik kita buat utk kuih muih yang pakai gula. Tektur dan warna cucur pun macam letak brown sugar. Manis dia tak keterlaluan and sangat2 SEDAP walaupun orang dewasa makan

Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images