Resipi Asam Laksa Penang

4:39 PM



Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

1 paket besar laksa beras (yang licin)

Bahan-bahan untuk kuah laksa
1 kg ikan kembung atau ikan sardin

7-10 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
3 cm belacan penang

3-4 ulas asam keping
1/2 cawan air asam jawa
1/2 labu bawang besar

5-6 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ulam laksa
4 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
beberapa biji cili padi - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1 batang timun yang dihiris panjang-panjang
4-5 helai daun salad yang dihiris
sedikit daun pudina dan daun kesum
petis udang

Cara-cara memasak

Ikan direbus bersama lengkuas, bawang putih dan sedikit garam.
Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan
Ikan rebus diperisikan lalu dikisar.
Tulang dan kepala ikan turut dikisar. Digaul dengan air dan kemudian ditapis ke dalam ramuan
Tumbuk bawang merah, cili kering yang dah direbus dan belacan.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan tumbuk Kemudian masukkan air dari tulang dan kepala ikan yang dah dikisar.
Masukkan juga semua air rebusan ikan.
Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
Kacau perlahan-lahan.
Masak hingga mendidih.
Masukkan asam keping dan air asam jawa.
Masukkan isi ikan.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Hidangkan laksa bersama-sama ulam dan bahan sampingan dan kuah laksa tadi.

You Might Also Like

2 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images