Makaroni Goreng

Simple Makaroni versi Farah

5:41 PM



Hari ini malas rasanya untuk memasak tengahari. Jadi pagi-pagi lagi saya sudah merebus Makaroni untuk digoreng sebagai "Brunch" - breakfast campur lunch

Bahan-bahan
2 cawan makaroni (direbus sehingga al dente)
100gram udang basah
100gram isi ayam
5 biji bawang putih
100gram sayur sawi
1 batang carrot
100gram taugeh
3 biji telur
1 sudu besar cili boh/kisar
1 sudu besar otak udang
1 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap pekat
sedikit minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
sedikit garam dan perisa


untuk hiasan
hirisan daun bawang, cili merah dan sedikit bawang goreng.

Cara-Cara Memasak
Udang di buang kepala. Biarkan ekor sahaja
Isi ayam di potong kecil2
Sawi di potong 2 inci
Carrot di potong dadu
Bawang putih dicincang

Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang putih.
Kemudian masukkan 1 sudu besar cili boh/kisar (lebihkan kalau mahu pedas)
Tumis seketika dan kemudian masukkan udang dan ayam.
Masukkan sawi dan carrot. Tumis lagi.
Kemudian masukkan 1 sudu besar otak udang, 1 sudu besar oyster sauce dan 1 sudu besar kicap pekat.
Tumis seketika.
Masukkan sedikit garam dan perisa.
Tumis seketika lagi.
Masukkan makaroni dan gaul sehingga sebati.
Pecahkan 3 biji telur dan gaul sehingga telur masak.
Masukkan taugeh dan gaul, tumis sehingga masak.

Hidangkan bersama-sama hirisan daun bawang, cili merah dan sedikit bawang goreng.

Nasi

Nasi Lemak Sri Sulong

5:29 PM


Bahan Bahan:
2 cawan Beras
2 ulas bawang besar(dimayang)
1 inci halia (dihiris halus)
sedikit halba (optional)
2 helai daun pandan
4 cawan santan pekat
garam dan perisa secukup rasa

Basuh beras dan rendam selama sejam supaya lebih empuk.
Campurkan semua bahan, rasa dulu cukup tak masin manis semua lah dan masak seperti biasa dalam periuk nasi.
Bila lampu dah bertukar reheat tu, gemburkan nasi perlahan-lahan dengan senduk nasi dan tutup biarkan dia masak dalam stim dia.

Nak sedap hidangkan dalam mangkuk beralas daun pisang.

Nasi Lemak Sri Sulong saya selalu dihidangkan dengan telur dadar, sambal goreng jawa dan sambal tumis.

Petua air dia : tambah 2 cawan pada bilangan cawan untuk beras. Contoh : Kalau 3 cawan beras, jadi 5 cawan santan. Kalau 4 cawan, maka 6 cawan santan.


Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images