Asam Pedas

Asam Pedas Daging

2:09 AM



Abah saya datang tempohari membawa nak dekat 5 kilo daging korban. Abah saya ada gout jadi dia tak boleh dah makan daging fresh. Rezeki kami la juga sebab duduk di bandar ni memang tak ada langsung pun dapat daging korban huhuhu

Biasanya daging ni saya memang ambik peluang masak asam pedas. Nak buat macamana, tekak orang selatan seminggu sekali mesti nak asam pedas.

Asam pedas daging sesuai di masak dengan daging yang baru dipotong sebab isi daging masih lembut, senang nak handle kata orang.

Asam pedas daging juga ada macam-macam variasi, tapi ini variasi mengikut tekak saya hehehe


Bahan-bahan:
1/2 kg daging - rebus hingga empuk, simpan air rebusan dan hiris nipis

(bahan tumis untuk diblender)
10 tangkai cili kering - rebus sehingga lembut
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 inci halia
3 biji 1/2 inci kunyit hidup (sama dengan 1 sudu besar serbuk kunyit)


10 biji halba
1/4 sudu kecil kari daging
1/4 inch lengkuas
2 batang serai

2 biji buah tomato - setiap biji potong 4
Sedikit daun kesum
1 batang bunga kantan
2 biji buah keras
3 keping besar asam keping
1/2 cawan santan
Garam dan Gula secukup rasa

Cara penyediaan:

Kisar cili kering, bawang, halia dan kunyit sehingga halus.
Serai dan lengkuas cukup dengan hanya di titik.
Panaskan minyak dan masukkan halba kemudian tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Tunggu hingga pecah minyak
Masukkan baki air rebusan daging tadi diikuti daging, buah tomato, daun kesum dan bunga kantan.
Masukkan santan dan kemudian asam keping.
Masukkan 2 biji buah keras yang sudah di tumbuk lumat.
Letakkan garam dan gula secukup rasa.
Biar ia mendidih kemudian angkat untuk disajikan

Sedap di hidang bersama-sama nasi sedikit lembik dari biasa.

Asam Pedas

Asam Pedas Melaka Ikan Kerisi

9:14 AM


Hari ini suami beli ikan kerisi...dan pada saya ikan kerisi ni hanya sedap untuk 1 sahaja lauk, ASAM PEDAS. Hehehe

Saya cuba buat asam pedas melaka, siap telefon mama saya tanya lagi. Dia dulu masa muda belajar di Maktab Durian Daun Melaka, so dia tahu la sikit macamana rupa asam pedas melaka ni.

Ok lets try....

Bahan-bahannya :

3 ekor ikan kerisi (di siang dan dibasuh bersih)
1 sudu teh halba
(untuk digiling/tumbuk/blender)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering (yg telah direbus dan buang bijinya)
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup


2 cm lengkuas (dititik)
1 batang bungan kantan (dibelah dua)
2 batang serai - dititik
sedikit daun kesum

250ml litre air untuk kuah
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

4 batang bendi jika suka

Caranya :

  1. Sediakan bahan-bahan untuk dikisar. 
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak di dalam periuk.
  3. Masukkan halba, api jangan besar biar sederhana dulu. Apabila halba nampak sedikit kuning, masukkan bahan-bahan kisar.
  4. Masukkan juga serai dan lengkuas.
  5. Tumis sehingga bahan-bahan naik bau dan cili pecah minyak
  6. Letakkan sedikit air dahulu dan masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  7. Kacau sedikit dan tambah gula, garam dan perisa secukup rasa. 
  8. Pastikan kuah sudah cukup perisa sebelum masukkan ikan.
  9. Masukkan ikan. Tambah lagi jika masih tidak menutupi ikan
  10. Masukkan juga kacang bendi.
  11. Tutup periuk dan masak hingga ikan dan bendi empuk.
  12. Baru masukkan air asam jawa mengikut kesukaan
  13. Biarkan mereneh seketika sebelum dhidangkan.
Petua saya :
  1. Biasanya saya masak asam pedas ni pagi. Bila nak makan tengahari dah sedap sikit sebab rasanya sudah sebati.
  2. Kuah di rasa dahulu sebelum masukkan ikan, sebab dah masukkan ikan tak boleh kacau-kacau, nanti ikan pecah.
  3. Asam jawa yang paling akhir supaya sayur bendi tak "kejung". Mak saya kata asam jawa akan menyebabkan mana-mana sayur menjadi keras.
  4. Kuah biar pekat, baru sedap.
  5. Beza asam pedas melaka - orang Johor tak letak belacan, bunga kantan atau halba *wink*
Selamat Mencuba!



Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images