Loh Pak Koh

10:30 PM


Hari tu DH beli Lobak Putih sedangkan dalam peti ais ada satu lagi yang I beli sebelum tu. So, da terlebih banyak ni, teringat la pulak kat Loh Pak Koh.
 Saya ni memang suka chinese food sebab 10 tahun duduk Ipoh. Tapi nak cari Halal Chinese food ni susah sikit...faham-faham je la kadang-kadang ada bahan yang kita muslim tak boleh makan atau ragu-ragu.

Resipi yang ini I ambil dari kuali.com (Fried White Radish CakeRecipe by Amy Beh). I rasa dah banyak sangat orang tulis resipi ni dalam English, tak ada yang tulis dalam bahasa melayu kan?

I punya ni versi Halal sebab takde Lap Cheong (Sausage Oink Oink). I pernah makan halal Loh Pak Koh ni di satu food court di Midvalley tak silap tapi tu versi putih. Saya buat ni untuk versi goreng style pasar malam macam kueteow goreng la.

Ok. Mula-mula kita kena buat Loh Pak Koh atau kek lobak putih dulu

Bahan-bahan:
550g Lobak Putih yang telah di sagat
125ml air
25g udang kering, direndam dan ditumbuk halus

Campuran Batter Tepung
300g Tepung Beras
50g Tepung Tung Mien (kalau tak ada pun tak apa)
650ml air

Bahan-bahan untuk perisa:
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk ayam maggie (atau chicken granules)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Bawang goreng dari 4 biji bawang rose

Cara Memasak:
Lobak Putih yang telah di sagat di masak dengan air dalam kuali (kalau boleh yang tak melekat) pada api kecil untuk 10 hingga ke 15 minit (Agak-agak sehingga air dia kering)



Kemudian masukkan udang kering dan campuran batter tepung






Masukkan pula bahan-bahan perisa dan kacau selama 2 hingga 3 minit sehingga menjadi pes yang pekat.

Lensakan loyang dengan minyak masak dan masukkan pes tersebut. Ratakan dengan sudu atau spatula.


(yang ni lebih dari yang kat loyang saya he he he)


Kukus selama 35 hingga ke 45 minit atas api yang besar.

Biarkan sejuk (dalam 1 ke 2 jam) sebelum potong dadu.





Loh Pak Koh ini biasanya orang akan salut dengan tepung jagung dan digoreng. Tapi saya suka style yang berikut:

Loh Pak Koh style Pasar Malam

Bahan-bahan:
4 biji telur
5 biji bawang putih dicincang
6 cawan taugeh
1 cawan daun bawang dihiris
2 sudu besar minyak masak
4 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap pekat (atau kicap mee/kicap ABC)
2 sudu besar chili boh


Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan cili boh.

Kemudian masukkan Loh Pak Koh atau kek lobak putih yang telah dipotong dadu. Goreng untuk 2-3 minit. Api kalau boleh besar tapi kena hati-hati supaya tak bahan-bahan tak hangus.

Ketepikan dan masukkan telur yang telah di kacau. Kemudian kacau kesemua bahan dan goreng lagi untuk 2-3minit.

Masukkan kicap cair, kicap pekat.

Goreng lagi selama 2-3 minit.

Tambahkan taugeh dan daun bawang dan goreng selama seminit.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!




You Might Also Like

1 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images