Rendang Kerang Ala Penang Mari

9:31 PM



Hari ini DH memborong udang, kerang, sotong dan ikan dari Kuala Selangor.
Saya teringat rendang kerang yang adik ipar Ina buatkan semasa kami ke rumahnya di Kg Gajah.

Disebabkan DH buat muka pelik bila saya sebut rendang, saya tambah 1 sudu serbuk kari untuk seafood. Nak buat macamana....suami orang Penang :D

Bahan-Bahannya
1 kilo kerang (direbus dan diasing isi)
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
Kerisik secukupnya - nak sedap buat kerisik sendiri (dari satu biji kelapa)
2 keping asam keping
Daun Kunyit
Daun Limau Purut

20 biji cili kering yg dibuang biji dan direbus (petua Mak Yah saya dari Kluang - dia ada bisnes katering)
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu jintan putih dan 1 sudu ketumbar disangan (goreng tanpa minyak)
3 biji buah keras
3 batang serai
sedikit lengkuas
sedikt kunyit hidup
sedikit halia
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 inci gula melaka
garam secukup rasa

Cara:-
1.Kisar bawang merah dan putih. Kemudian kisar cili.
2. Kunyit hidup dan 1 sudu jintan putih dan 1 sudu ketumbar disangan elok ditumbuk kerana kalau di kisar kurang enak. Lengkuas, serai dan halia di titik.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 diatas dan tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk kari. Masukkan daun limau purut juga. Tumis sedikit lagi. Masukkan garam dan gula melaka.
4.Masukkan santan cair dahulu, renihkan perlahan-lahan. Masukkan asam keping. Bila agak kering masukkan santan pekat dan kacau. Keluarkan asam keping supaya tidak terlalu masam.
5. Akhir sekali masukkan kerang yg telah direbus dan daun kunyit.
6. Sedia untuk di hidang.

Sedap di makan dengan nasi lemak, lemang, pulut kuning atau roti :)

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images