Sotong Goreng Rempah Ranggup Marissa

10:51 PM


Sekali lagi saya cuba menjayakan projek membawa hidangan Mamak Nasi Kandar ke ruang dapur saya. Lebih elok rasanya kerana suami (yang berasal dari Pulau Pinang) pasti gembira jika saya dapat menghidangkan masakan kegemarannya.

Sotong Goreng Rempah Ranggup kalau dipesan sepiring kecil harganya boleh mencecah RM3 ke RM4. Agak mahal jika dibandingkan kos membuatnya sendiri.

Petua nak sedap?

  1. Pilih Sotong yang sederhana dan kecil kerana rasanya lebih manis dan lembut.
  2. Tambah Soda Bikarbonat dalam adunan tepung
  3. Gunakan 3 tepung - gandum (to give texture) beras (untuk ranggup) jagung (biding flavour rempah pada sotong)
  4. Sotong mesti di tos supaya tidak berair
  5. Api mesti dijaga kerana kebarangkalian sotong meletup-letup bila digoreng memang 90% LOL
Baiklah...ini Bahan-Bahannya:

3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar rempah kari ikan Alagapas (lain tak sedap la...)
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
sedikit garam & perisa (jika suka)
1 biji telur
100-150gram Sotong putih sederhana dan kecil
Minyak untuk mengoreng (dalam 300ml)

  1. Sotong di buang kulit luar dan disiang (buang dakwat dan mata pada kepala, pakai sesunggut je)
  2. Potong dan tapis
  3. Jintan, Ketumbar & Sedikit garam & perisa di kisar dalam blender kering sehingga menjadi serbuk.
  4. Campurkan ketiga-tiga tepung, serbuk kari dan bahan kisar ke dalam mangkuk.
  5. Masukkan sotong yang telah ditapis ke dalam mangkuk berasingan. Pecahkan satu biji telur dan gaul.
  6. Perlahan2 masukkan campuran tepung, serbuk kari & bahan kisar
  7. Gaul sotong sehingga kesemua disaluti campuran tepung, serbuk kari & bahan kisar
  8. Perap selama setengah jam dan goreng dalam minyak yang banyak (pastikan minyak panas sebelum digoreng dan perlahan kan api sedikit ketiga sotong sedang digoreng.
  9. Tapis minyak dan sedia untuk dihidang (lebih elok dilapik tissue dapur untuk menyerap minyak supaya lebih ranggup)
Sotong Goreng Rempah Ranggup ini sedap di makan dengan cicah sambal cili, bawang putih dan halia

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images