Panna Cotta Vegan Non Dairy dengan Stew Berries Campuran

5:11 PM


Ada kawan posting flavor ice cream Baskin Robbins untuk bulan August kat facebook - Panna Cotta Blueberry, haih terus kecur air liur. Tapi masalahnya, kalau makan mesti nanti ada effect pada Mimi (sebab dia masih menyusu dan sangat allergic pada susu lembu kalau tak kena gaya). Maka berkuburlah hasrat saya, sampailah semalam bila pergi pasar mini tempat biasa shopping tu, chinese boy tu kasi offer (sebab last box), fikir punya fikir, hurmmm apa nak buat dengan berries ni...maka otak pun mula la mengeliga teringat Panna Cotta.

Panna Cotta ni resipi asal adalah resipi Itali bermasuk cream yang dimasak dengan gelatin. Tapi since takde gelatin halal dan tak boleh makan susu, maka saya buat versi Vegan dan Non Dairy (pakai agar-agar dan pakai santan) - kalau ikut istilah mat salleh la hehehe

Jadi ini bahan-bahan dia :
Bahan-bahan untuk stew campuran berries.
¼ cawan gula perang
¼ cawan air
300 gram campuran blackberry, strawberry dan bluberry
1 kacang vanila, dibelah (vanila bean, kalau tak ada setitis esen vanila)
secubit garam

Bahan-bahan untuk Panna Cotta Santan:
200ml pati santan
400ml air
16gram agar-agar bertali
secubit garam
2 sudu besar gula organic (gantikan dgn gula putih jika tiada)

Cara-cara membuatnya :


1. Panaskan periuk atas api sederhana rendah, masukkan campuran berries, kacang vanila, gula, dan air. Masak perlahan selama 10 hingga 15 minit, atau sehingga cecair pekat sedikit tetapi tidak kesemuanya sejat. Biarkan ia sejuk dan buang kacang vanila.

2. Di dalam periuk lain dan di atas api sederhana rendah, didihkan air dan kemudian masukkan agar-agar. Tunggu sehingga agar-agar hancur. Kemudian baru masukkan gula dan pati santan. Pastikan anda sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.

3. Bahagikan campuran panna cotta santan sama rata di antara 4 cawan. Sejukkan cawan sekurang-kurangnya 2 jam, atau sehingga campuran mempunyai keras kepada konsistensi gelatin.

4. Kemudian tambah campura berries serta sirupnya, di atas setiap cawan. Tutup cawan dengan plastic clingfoil dan sejukkan untuk 1 atau 2 jam tambahan sebelum dihidangkan.



Syrup berries ni sangat sedap and you know what it reminds me of....RIBENA!!! Hehehe tapi saya cakap kat anak-anak Ribena homemade ni dah sama dengan harga monavie jus ye huhuhuhu


Dan my girl yang sangat genius itu telah menggunakan lebihan syrup daripada berries campuran yang dah di stew ini untuk dijadikan berri bandung....huhuhu 


Boleh tengok je la tak boleh minum >.<
Selamat mencuba!!

You Might Also Like

2 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images