Inspirasi membuat Popiah Kulit Roti datangnya dari Sheila Rusly punya resipi Sardine Roll dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadan tahun lepas. Saya gantikan Inti dengan Inti Popiah sebab pagi baru lepas makan lontong, so agak muak kalau makan sardine. Saya juga bakar Popiah ini memandangkan saya sekarang tengah menjaga pemakanan :) jadi ianya kurang kalori sikit kalau di bakar.
Inti Popiah :
1 labu bawang besar dicincang dadu
3 biji bawang putih
1 cawan Kobis Beijing (dihiris dadu kecil2)
1/2 cawan Kacang Panjang (dihiris halus)
1/2 cawan Carrot (di sagat)
1 biji cili merah (dibuang biji dan dicincang)
3 ekor udang besar (dicincang)
1/4 cawan isi ayam (dicincang)
sedikit garam + perisa secukup rasa
1 sudu sos tiram
2 biji telur (dipukul, digoreng dadar dan dihiris halus)
Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuat Inti
Tumis dengan sedikit minyak bawang putih, udang yang dicincang dan ayam.
Masukkan satu sudu sos tiram dan tumis lagi.
Masukkan kacang panjang dan cili merah
Masukkan kobis
Goreng seketika
Masukkan garam + perisa secukup rasa
Akhir sekali setelah semua masak dan sebati masukkan carrot dan telur dadar yang telah dicincang.
Goreng sekejap sahaja dan angkat. Sejukkan
Kulit popiah roti :
Roti biasa dibuang tepi dan digelek dengan rolling pin
Cara mengulung.
Letakkan inti di tengah (jgn terlalu banyak) untuk di gulung seperti sardin roll.
Letakkan tepung gandum dicampur air sebagai "gam" di salah satu hujung kulit roti.
Gulung kulit roti perlahan.
Kemaskan dan tekan/picit tepi gulungan itu supaya inti tidak keluar.
Popiah Roti siap untuk digoreng. Kalau mahu bakar, sapukan kuning telur yang sudah dipukul supaya nampak sedikit menarik selepas dibakar.
Sos cicah
3 biji cili merah
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih
sedikit garam
2 sudu besar gula merah
sedikit cuka
sedikit sos ikan Nampla
sedikit minyak utk tumis
sedikit air panas
cili merah, biji cili padi dan bawang putih ditumbuk bersama sedikit garam hingga lumat.
panaskan sedikit minyak di dalam kuali kecil, dan tumis (namun api jangan besar) masukkan cuka dan sedikit air (jgn banyak). Tumis seketika sahja. Angkat. Tambah gula merah, sos ikan Nampla dan air panas jika masih pekat. Hidangkan bersama Popiah Kulit Roti.
*tujuan cili ditumis supaya ia masak bagi mengelak sakit perut.