Sekali lagi saya cuba menjayakan projek membawa hidangan Mamak Nasi Kandar ke ruang dapur saya. Lebih elok rasanya kerana suami (yang berasal dari Pulau Pinang) pasti gembira jika saya dapat menghidangkan masakan kegemarannya.
Sotong Goreng Rempah Ranggup kalau dipesan sepiring kecil harganya boleh mencecah RM3 ke RM4. Agak mahal jika dibandingkan kos membuatnya sendiri.
Petua nak sedap?
- Pilih Sotong yang sederhana dan kecil kerana rasanya lebih manis dan lembut.
- Tambah Soda Bikarbonat dalam adunan tepung
- Gunakan 3 tepung - gandum (to give texture) beras (untuk ranggup) jagung (biding flavour rempah pada sotong)
- Sotong mesti di tos supaya tidak berair
- Api mesti dijaga kerana kebarangkalian sotong meletup-letup bila digoreng memang 90% LOL
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar rempah kari ikan Alagapas (lain tak sedap la...)
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
sedikit garam & perisa (jika suka)
1 biji telur
100-150gram Sotong putih sederhana dan kecil
Minyak untuk mengoreng (dalam 300ml)
- Sotong di buang kulit luar dan disiang (buang dakwat dan mata pada kepala, pakai sesunggut je)
- Potong dan tapis
- Jintan, Ketumbar & Sedikit garam & perisa di kisar dalam blender kering sehingga menjadi serbuk.
- Campurkan ketiga-tiga tepung, serbuk kari dan bahan kisar ke dalam mangkuk.
- Masukkan sotong yang telah ditapis ke dalam mangkuk berasingan. Pecahkan satu biji telur dan gaul.
- Perlahan2 masukkan campuran tepung, serbuk kari & bahan kisar
- Gaul sotong sehingga kesemua disaluti campuran tepung, serbuk kari & bahan kisar
- Perap selama setengah jam dan goreng dalam minyak yang banyak (pastikan minyak panas sebelum digoreng dan perlahan kan api sedikit ketiga sotong sedang digoreng.
- Tapis minyak dan sedia untuk dihidang (lebih elok dilapik tissue dapur untuk menyerap minyak supaya lebih ranggup)
Hari ini DH memborong udang, kerang, sotong dan ikan dari Kuala Selangor.
Saya teringat rendang kerang yang adik ipar Ina buatkan semasa kami ke rumahnya di Kg Gajah.
Disebabkan DH buat muka pelik bila saya sebut rendang, saya tambah 1 sudu serbuk kari untuk seafood. Nak buat macamana....suami orang Penang :D
Bahan-Bahannya
1 kilo kerang (direbus dan diasing isi)
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
Kerisik secukupnya - nak sedap buat kerisik sendiri (dari satu biji kelapa)
2 keping asam keping
Daun Kunyit
Daun Limau Purut
20 biji cili kering yg dibuang biji dan direbus (petua Mak Yah saya dari Kluang - dia ada bisnes katering)
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu jintan putih dan 1 sudu ketumbar disangan (goreng tanpa minyak)
3 biji buah keras
3 batang serai
sedikit lengkuas
sedikt kunyit hidup
sedikit halia
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 inci gula melaka
garam secukup rasa
Cara:-
1.Kisar bawang merah dan putih. Kemudian kisar cili.
2. Kunyit hidup dan 1 sudu jintan putih dan 1 sudu ketumbar disangan elok ditumbuk kerana kalau di kisar kurang enak. Lengkuas, serai dan halia di titik.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 diatas dan tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk kari. Masukkan daun limau purut juga. Tumis sedikit lagi. Masukkan garam dan gula melaka.
4.Masukkan santan cair dahulu, renihkan perlahan-lahan. Masukkan asam keping. Bila agak kering masukkan santan pekat dan kacau. Keluarkan asam keping supaya tidak terlalu masam.
5. Akhir sekali masukkan kerang yg telah direbus dan daun kunyit.
6. Sedia untuk di hidang.
Sedap di makan dengan nasi lemak, lemang, pulut kuning atau roti :)