Desert

Puding Roti Sya dengan Strawberri Korea

12:14 PM



Seingat-ingat saya, bunda Marfo'a yang rajin membuat puding roti semasa saya kecil. Paling tidak dilupakan, adalah sos kastard yang enak dan berkrim itu.

Kebetulan berkunjung ke pasar pagi di Pandan Indah, Apek Cina jual buah sudah mahu pulang dan melelong Buah Strawberri Korea sekotak RM6.

Mulanya saya tidak tahu apa yang harus saya buat dengan borongan tersebut. Tapi dek kerana teringat Bunda...maka sudah tentu petang nanti "Puding Roti Sya dengan Strawberri Korea" membuatkan saya menjilat jari!

(Hidangan untuk 2 orang)
Bahan-bahan A
6 keping roti
200ml susu segar
Sedikit serbuk kulit kayu manis

Bahan-bahan B
3 sudu besar gula halus
1 sudu besar butter (yang dicairkan)
1 biji telur ayam
sedikit esen vanilla

untuk hiasan
Strawberri Korea & Sos Kastard

Cara-cara
Roti di koyak-koyak dan di rendam dalam susu dalam sejam.
Setelah susu meresap habis, susukan roti didalam bekas pembakar sederhana
Bancuh Bahan-bahan B hingga sebati. Tuangkan ke dalam ke dalam bekas pembakar berisi roti tersebut.
Bakar dalam suhu 180'C selama 20-30 minit.
Boleh dihidangkan panas atau sejuk

Cara menghidang
Hiris sedikit Strawberri Korea dan letakkan disebelah sekeping puding roti. Tuangkan sedikit Sos Kastard. Sedia untuk di makan.




Desert

Tubby Custard Aliya

11:59 AM




Anak saya Aliya ketika kecil suka menonton Teletubbies. Antara makanan kegemaran mereka ialah Tubby Custard. Untuk menggalakkan anak-anak makan buah-buahan, bolehlah mencuba resipi ini.

Bahan-Bahan
2 Sudu Besar Penuh Tepung Kastard
2 Sudu Besar Penuh Gula
250ml Susu Segar
sedikit esen vanilla

Cara Membuatnya:

Tepung Kastard dan Gula di bancuh dengan 1-2 camb Susu Sejuk dari 250ml Susu Segar di dalam mangkuk.
Panaskan Susu selebihnya di dalam periuk.
Pastikan api perlahan
Tuangkan Tepung Kastard dan Gula yang di bancuh dan dilarutkan tadi ke dalam periuk.
Masak hingga didih dengan tidak berhenti daripada mengacau.
Jika campuran menjadi pekat tambah susu lagi.

Sesuai dihidangkan bersama-sama buah-buahan segar atau puding roti.

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images