Nasi Minyak Hujan Panas

9:59 PM



First time dengar nasi ni masa kenduri kahwin my mother's cousin punya anak di Pontian. Colorful sungguh nasi ni. Semalam my husband senyap-senyap pergi TESCO, katanya dia teringin nak makan nasi briyani gam saya sebab dulu masa baru kawin saya selalu masak - senang kan, lauk nasi sekali hehehe.

Husband saya beli GHEE - saya kata eh sikit je pakai. Memandangkan dia jenis tak suka membazir, saya terpaksa meal plan dengan bahan-bahan nak buat nasi briyani. So teringat la pulak nasi minyak.

Dulu Mama saya selalu masak, dah tua-tua ni nak kurangkan kolestrol so dia dah lama tak masak. Tapi sempat dia ajar saya. Berbekalkan GOOGLE saya cari variasi resipi Nasi Minyak Hujan Panas dan jadikan rujukan untuk resipi versi saya ini.

BAHAN-BAHANNYA :
4 cawan beras basmathi, rendam dengan 1 sudu kecil cuka (saya rendam nak dekat sejam huhuhu)
(Pakai Beras Moghul Faiza sebab semua kata bagus dan panjaaaaaang hehehe)
1 cawan susu low fat
4 cawan air
1/4 cawan minyak jagung
4 camca besar minyak sapi

1 labu bawang besar, potong 4
5 bijih bawang ros dihiris
2 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih
4 cm halia
2 camca teh garam
Secubit gula
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning, hijau dan merah

CARA MEMBUATNYA :
Bawang putih dan halia ditumbuk
Panaskan minyak jagung dan minyak sapi.
(Saya tenggekkan aja periuk nasi atas dapur, tapi kalau tak nak boleh la juga periuk lain)
Tumis rempah tumis, hirisan bawang ros dan bawang besar hingga harum dan bawang layu.
Masukkan bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk. Tumis lagi.
Masukkan beras. Kacau tapi jgn terlalu kacau sgt nanti beras dia patah2
Tuang air dan masukkan susu low fat milk, garam dan secubit gula.
Masukkan simpulan daun pandan (kalau takde kadang2 saya titiskan essen pandan sikit - sama efek)

Masa ni dah boleh "transfer" dan tuang dalam rice cooker, kacau rata dan masak seperti biasa - kalau nak masak dalam rice cooker
Tapi saya ni ada 1 periuk nasi lama (bahagian periuk je hehehe) yang boleh saya tengek atas dapur terus (kes rice cooker dah kondem la ni dulu hahaha tetiba cam best plak boleh masak nasi atas dapur :D)
Saya tutup dengan penutup periuk zebra tu, dan atas dia saya tengek cerek air (supaya wap tak kuar)
Saya rasa penting tu kalau wap tak kuar kan? Nasi gebu je...

Cara nak dapatkan efek warna merah/hijau/kuning pada nasi
Saya tuang sedikit warna tu dalam gelas. Lepas tu celupkan chopstick dalam tu dan cucuk kat nasi tu.
Cuba juga cara "buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning, hijau dan merah" tapi cam tak berapa nak menjadi.

Cuba la 2-2 mana tau menjadi kat para pembaca pula hehehe

Selepas itu gemburkan perlahan menggunakan garfu, lagi sekali jangan terlalu kacau takut nasi patah2 tak cantik. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan daun sup/bawang dan gajus sebelum menghidang.

Husband kata sedap - so impressed walaupun 1st time baru buat hehehe. Tengok tu, kejap je dah nak licin.



Nasi Minyak ni sedap di makan dengan lauk Ayam Masak Merah dan Acar Timun.



Saya buat Acar Timun Oren Sunkist hari ni, ada masa nanti saya buat posting resipi ni ye.



Mama saya pergi kelantan hari tu ada membeli rempah kerutub tapi tak sempat nak try. Maybe lepas ni kalau buat nasi ni saya nak lawankan dengan Kerutub Daging hehehe

Selamat Mencuba!!

You Might Also Like

1 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images