Syasya's Big Choc Chunk Cookies

1:48 AM


Memang tak menang tangan melayan seorang anak yang aktif. Setiap hari pasti terpancul ayat "Mama nak mamam!" tak kira pagi, tengahari atau tengah malam sekali pun.

Macam itulah Syasya. Di rumah mesti ada buah. Mesti ada biskut atau roti. Kadang-kadang kalau Daddynya keluar membeli sarapan sebelum ke tempat kerja, semesti dia "cukai" sekeping milk chocolate bersaiz kecil.

Oleh kerana saya menjadi kurang senang melihat dia hanya menikmati chocolate bar sahaja, saya sarankan suami supaya membeli sedikit bahan untuk membuat biskut chocolate chip ini. Husband berasa binggung sebab saya tidak meminta chocolate chip. Bila di tanya saya kata - "heemm adalah!" sambil senyum seperti ingin menakluk dunia!



Memang saya rasa ini kerja gila - bila digigit sekeping milk chocolate yang besar dan hebat menanti anda! Tapi bila saya godek-godek pakcik google....rupanya bukan saya seorang yang gilakan chocolate begini (check out Petra's Gorgeous Chocolate Cookies)...opppsss!! ~ hehehe nakal ye saya, gunakan Syasya sebagai alasan HA HA HA

Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan Quaker Oat (segera)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu teh garam
1 cawan mentega dilembutkan
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh essen vanila
2 biji telur Gred A
1 bar besar Milk Chocolate

Cara-cara membuatnya
Panaskan oven kepada 176°C

Milk Chocolate saya cincang hingga bersaiz kecil
Boleh refer resipi Gorgeous Chocolate Cookies untuk melihat besar mana nak cincang chocolate tu

Ayak dan gabungkan tepung, baking soda dan garam ke dalam mangkuk kecil.
Pukul mentega, gula pasir, gula perang dan ekstrak vanila di dalam mangkuk pengadun yang besar sehingga berkrim.
Tambah telur, satu persatu, dengan memastikan ia telah adun betul-betul sebelum anda tambah sebiji lagi.
Secara beransur-ansur adunkan pula campuran tepung dan oatmeal ke dalam.
Masukkan milk chocolate yang telah dicincang.
Alas baking tray dengan baking paper dan letakkan adunan tepung ke atasnya. Pastikan setiap cookie 2 inci berjauhan antara satu sama lain.

Bakar selama 9 hingga 11 minit atau sehingga perang keemasan.
Biarkan sejuk pada rak biskut selama 2 minit.

Selamat Mencuba!!

You Might Also Like

1 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images