Quiche - Pie Custard Sayur-Sayuran
2:19 AMSaya cukup suka menyembunyikan sayur-sayuran ketika memasak untuk anak-anak saya. As usual, saya selalu mencari resipi BLW yang boleh dicuba dirumah untuk Mimi dengan memikirkan juga bahawa resipi tersebut boleh saya gunakan untuk hidangan kakak-kakak dan Daddynya juga.
Anak-anak saya memang sukakan cheese. Apa sahaja kalau boleh semua nak cheese. Maybe ini generasi cheese dan bukan belacan :P
Quiche (di sebut keesh) adalah open-faced pie yang mengandungi (biasanya) sayur-sayuran, keju dan daging, dimasak dalam bentuk kastard dalam sebuah pastry pie shell.
Resipi ni boleh letak macam-macam tapi since hari ni rasa nak rehat kejap dari makan daging dan ikan, saya buat vegetarian. Setelah saya habis buat untuk Mimi - tanpa garam dan perisa (hasilnya disini), saya buat untuk ahli keluarga yang lain.
Bahan-bahan :
2oz mentega (butter)
2 oz tepung gandum
2 oz tepung atta (whole wheat)
1 cawan keju cheddar diparut
2 biji telur
1 cawan susu
Sayur-sayuran rawak untuk diisi
(untuk filling saya letak bawang holland dipotong dadu, brokoli, kacang peas yang sudah direbus, parutan labu)
sedikit garam dan lada hitam secukup rasa
Saya buat shortcrust pastry ni biasanya kalau nak perfect..ikutlah cara Gordon Ramsey ni hehehe
Tapi kalau takde food processor, cara dia :
Potong-potong butter ke dalam tepung (saya gunakan butter knife)
Macam dalam gambar ni ada pemotong khas, tapi kena buat lebih kurang gitu lah.
source : http://culinaryarts.about.com/od/bakingdesserts/ss/pastrycut_5.htm
Kemudian, sejukkan jari-jari anda di dalam air berais. Lap. Dan "rub in" butter dengan tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.
Lepas tu campurkan dengan sedikit air berais. Uli sedikit (saya pakai spoon yang di celup dalam air ais)
Tuang sikit air, campur, ulang sehingga mempunyai doh.
Lepas tu agak-agak dah campur semua baru keluarkan
Roll keluar doh dan sama ada boleh buat satu casing besar atau menggunakan muffin tray buat kecik-kecik
Since I ni extra creative I tak guna pun pie tray or muffin tray. Biarlah henyot-benyot, janji sedap huhuhu
Ok, lepas tu you kena BLIND BAKE kata orang.
Cucuk dasar casing tu dengan garpu untuk elakkan buih dan membakar pada suhu 200 darjah sehingga keemasan (kira-kira 15 minit untuk besar, 5-10 minit untuk kecil).
Cara nak isi filling :
Ada dua cara, cara pertama mengisi casing adalah dengan keju parut yang bercampur dengan apa jua sayur yang you nak. I letak parutan labu, kacang peas yang dah di rebus dan brokoli.
Pukul 2 telur dan 100ml susu/EBM dan curahkanlah di atas pie casing yang dah ada inti sehingga sampai ke atas.
Ada juga orang, dia campurkan semua dalam bekas dengan telur dan susu tu, lepas tu tuang (ni jadi macamni sebab anak saya yang no 2 terlebih creative dia pi campur semua huhuhu) Still ok *wink*
20 minit untuk satu besar dan 5-10 lagi untuk kecil dan pisaukan keluar bersih (kalau dok dalam muffin tray).
Inti-inti lain yang boleh anda masukkan adalah ikan salmon, tuna atau bayam.
Cara saya serve pada Mimi, saya potong kecil-kecil dan bagi kat dia as finger food.
Kalau nak refer lebih lanjut, this is a good video on Quiche
0 comments