Daun Kelor Masak Rebus Asam Ikan Kembung
5:45 PMSuami kata orang utara kalau masak asam pedas macam ini rupa dia - minus daun kelor tu. Saya suka sebab kurang minyak.
Rezeki tengahari bilamana bibik sebelah panggil. Mula-mula bibik Nor panggil nak bagi kacang kelor kat saya. Last-last saya mintak dia tunjuk ajar kat saya macamana nak petik pucuk kelor tu. Bibik pun dengan pantas ambik dan bagi. Saya tanya masak apa sedap, dia kata masak "bening"
Saya gilakan sayur ni sekarang sebab dia perbanyakkan SI saya. Tapi sebab hari ni tekak nak makan pedas, maka saya decide masukkan je sekali dengan ikan kembung dan buat je Rebus Asam.
Rebus asam saya mestilah ada dua-dua bahan ni kan...kalau tak tak ngam. Belacan Penang tu dah nak habis..kena beli lagi stok bila ke Penang Khamis ni.
Ini memang kebanggaan saya. Inilah warisan yang arwah makcik (kakak) mak saya tinggalkan. Rebus cili dulu dan kisar...cantik dan sedap.
Daun Kelor yang sudah di siang dan siap nak di basuh sebelum di masukkan ke dalam kuah bersama-sama...
Ikan termenung yang hensem-hensem belaka nih...
OK. Bahan-bahannya :
Bahan-bahannya:
Air 1 litre
2 sudu besar cili giling
2 cm belacan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
garam, gula atau perisa secukup rasa
Beberapa batang kacang kelor yang sudah di potong dalam 2 inci.
Semangkuk pucuk kelor
4 ekor ikan kembung
Air asam jawa
Cara memasaknya:
Didihkan air rebus kacang kelor dahulu selama 20 minit.
Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris.
Masukkan belacan (yang telah di pecah2kan)
Masukkan garam, gula atau perisa secukup rasa
Masukkan ikan kembung dan daun kelor sekali.
Biar ikan empuk sebelum di masukkan air asam jawa.
Rebus seketika sebelum merasa samada dah cukup semua atau tak
Hidang dan makan bersama-sama nasi panas.
0 comments