Masakan Daging

Homemade Murtabak

12:20 PM


Murtabak memang favourite saya dan suami terutama bila tiba bulan ramadhan. Memandangkan suami dari Penang, dah tentu murtabak sana sedap sangat. Kat mana-mana pergi pun sedap; Kassim Mustafa punya ke, atau gerai biasa pun. Kadang-kadang bila beli kat bazar ramadhan ni, tak ade menepati selera suami, saya dan anak-anak, jadi cuba jaya juga lah untuk buat sendiri.

Nasib baik ada resipi Kak Besah ni. BEST. MENJADI. Dan yang penting boleh ubah ikut citarasa sendiri.


Bahan-bahan ( lebih kurang 20 biji jika besar 30 biji jika kecil)

Bahan-Bahan untuk inti :
500gram daging lembu (mince) atau daging ayam
7 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar rempah kari daging dan 4 sudu rempah kurma-dibancuh dgn semangkuk air.
2 biji telur
1 cawan kobis dicincang

Bahan-Bahan untuk kulit :
1/2 kg tepung gandum
1 1/2 cwn air
1/2 sudu mkn penuh garam
1sudu mkn gula
1/2 cawan susu full cream

Bahan-Bahan untuk Bawang Bercuka :
2 biji bawang besar
jus dari perahan 1/2 lemon
jus dari ubi bit (beetroot) optional
(blender ubi bit, tapis untuk dapatkan airnya)

Bahan-Bahan untuk Kari Pencicah :
Daun kari dalam 10 helai
sedikit halba
1 camca besar serbuk kari
1 camca besar asam jawa (dibancuh air)
sedikit gula dan garam secukup rasa
3 biji kentang (kopek dan potong dadu)
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Buat kulit dahulu untuk direndam dalam minyak selama 7 jam
Bancuh air (biar suam senang) dengan garam dan gula sampai larut
Masukan tepung dalam mixer
Tambah susu full cream
Mix perlahan
Kemudian masukkan perlahan-lahan campuran air+garam+gula
(Jangan semuakan tapi slow-slow sampai dapat doh yg licin & kental)
Tak perlu uli/mix dengan kuat serperti nak uli donut.
Uli perlahan lebih kurang dalam 10 - 15minit.
Ikut cara Kak Besah gentel bulat-bulat sebesar penutup botol air mineral tapi I rasa cam kecik sikit so rasanya kalau double dari size penutup botol air mineral tu ok
Penutup botol air mineral besar kut ;P
Rendamkan dalam minyak hingga tenggelam.
Buat hingga habis.(jgn bimbang,minyak tak akan terjejas & boleh disimpan semula)

Saya biarkan selama 7 jam tapi Kak Besah kata at least 3 jam pun ok


Cara membuat Bawang Bercuka:
Bawang besar dihiris nipis dan kemudian direndam dalam jus beetroot
(tak nak rendam pun tak apa)
Jika direndam, ditapis.
Bawang tadi di campur dengan lemon jus, garam dan gula.
Jika mahu pedas boleh tambah hirisan cili padi
Masukkan Bawang Bercuka yang sudah siap ke dalam peti sejuk.

Cara Membuat Inti:
Tumbuk hingga lumat bawang putih, bawang merah dan halia sampai lumat.
Bancuh dengan serbuk kari dan serbuk kurma
Campurkan dengan air sampai menjadi paste.
Panaskan minyak dan tumis rempah paste ni sampai naik bau
Masukkan daging.
Tumis sekejap.
Masukkan semangkuk air dan biarkan mereneh sampai daging empuk
Jangan sampai air kering.
Biar ada air sikit (sampai kuah jadi separuh)
Kalau nak kering dan daging belum empuk tambah air lagi.
Biarkan sekejap sampai mereneh
Masukkan kobis dan masak hingga kobis lembut
Angkat perlahan-lahan inti, ketepikan untuk disejukkan tapi jangan diambil kuahnya

Cara Membuat Kari Pencicah:
Dalam kuali berasingan, panaskan 1 sudu besar minyak
Masukkan halba dan daun kari, tumis sekejap
Tambah 2 sudu serbuk kari yang sudah di bancuh air menjadi paste
Tumis hingga naik bau
Masukkan kuah kari masak inti tadi
Masukkan kentang yang sudah dikopek dan dipotong dadu
Masukkan air sehingga menutup kentang
Lepas kentang empuk, masukkan pati santan atau santan pekat
Masukkan 1 sudu asam jawa (yang telah dibancuh dgn sedikit air)
Biarkan mereneh tapi jangan sampai santan pecah
Siap dan ketepikan

Cara Membungkus murtabak:
Inti tadi di campur dengan bawang besar dipotong dadu.
Pecahkan 2 biji telur dan gaul.


Saya gunakan tudung periuk yang dilenser minyak untuk alas tepung
Ambil satu bebola tepung dari rendaman minyak
Lenyekkan atas tudung periuk dan lebarkan perlahan-lahan
Lebarkan agak-agak size murtabak yang anda mahu


Senduk inti dan letakkan
Kemudian lipat untuk membungkus murtabak.




Transfer perlahan-lahan ke tempat mengoreng
Harus sabar kerana kulit mudah koyak.
Masa tak berapa yakin, saya tekup murtabak dengan satu tangan dan terbalikkan
Kemudian saya letak perlahan ke kuali
Mengoreng murtabak harus api kecil, agar inti masak dan kulit tidak hangus.
Pastikan anda tos minyaknya betul-betul dan kemudian toskan atas kertas tisu dapur.



Buat hingga habis.
Kalau ada lebih, buatla jadi roti prata :)
Selamat mencuba!

Masakan Daging

Pau Daging Ala Char Siew Gebu (Water Roux Starter)

10:32 AM


Anak saya Aliya memang sangat sukakan Pau. Tak kisahlah pau apa, janji pau. Biasanya kalau dia minta buatkan, dia kata "Susah tak nak buat pau?". Saya selalu kata tak susah, tapi kalau nak buat gebu macam yang selalu beli tu agak susah sikit lah. 

Tapi mungkin kadang-kadang bila anak minta, Allah SWT murahkan rezeki dan rezeki itu kadangkala berupa ilmu. Semasa browsing untuk memahami istilah Char Siew yang sebenar dan juga variasi resipi pau, saya terjumpa petua oleh jintanmanis.com yang menggunakan water roux untuk resipi Pau Gebu Water Roux.

Water Roux Starter atau Tangzhong mengikut kata-kata The Wandering Gourmet 

Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. Just poke your finger against the bun, you’ll see it is springy – causing people young-at-heart to go, “Whee!” *ahem*
To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water. For example, 50g flour, 250g water.
1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.
When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.
Untuk inti saya gunakan resipi yang saya belajar dari housemate saya sebelum saya kahwin yang berasal dari Sarawak. Beliau seorang Malay mix Chinese dan suka sangat char siew bun(pau) kebetulan mak dia pandai buat halal version. Memanglah biasanya Char Siew itu dari daging ba-alip-ba-ya, tapi maksudnya adalah roasted. Jadi just gantikan daging non halal tu dengan daging ayam atau lembu. Saya juga pakai oyster sos yang base dia mushroom (vegetarian)


As usual saya memang gemar beli Tepung Pau Bluekey. Senang sebab biasanya ada free 2 packet yis kering


Bahan-bahan Inti:
3 ulas bawang putih (cincang)
2 labu bawang holland (dicincang dadu)
500gm daging lembu (rebus dan kisar)
1 batang lobak merah (potong dadu)
1 sudu kecil sos tiram 
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil sos tomato
sedikit minyak bijan
2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dalam 1 cawan air
minyak untuk menumis
sedikit lada hitam (kisar)
Garam dan perisa secukup rasa.

Cara-cara memasak Inti:
Tumis bawang putih sekejap kemudian tumis bawang holland
Masukkan daging lembu dan lobak merah
Kemudian masukkan sos tiram, kicap lemak manis, sos tomato dan minyak bijan
Tumis sekejap dan kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. 
Tambah garam dan perisa secukup rasa. 
Pastikan inti tidak berair sebelum angkat. 
Sejukkan sebelum diguna

Pau Gebu ( water roux) resepi II

Bahan-bahannya
550 gram tepung pau ( low protein flour)
2 sudu besar marjerin planta ( kalau guna shortening lagi bagus, saya guna minyak jagung)
220ml susu segar atau bancuhan susu tepung+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula 
2 sudu kecil double action baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis (tapi saya pakai 11g yis)

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

Cara-caranya
  1. Bancuh yis dengan 3 sudu besar gula dengan sedikit air suam. Tunggu hingga naik berbuih-buih.
  2. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sedikit dan masukkan sedikit  inti daging char siew, tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
  4. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
Selepas sahaja siap pau ni bila suami makan, dia sendiri pun kata ada perbezaan sungguh bila campur dengan Water Roux Starter atau Tangzhong, jadi terima kasih banyak-banyak pada rosmarlina sebab share resipi ni.



Asam Pedas

Asam Pedas Daging

2:09 AM



Abah saya datang tempohari membawa nak dekat 5 kilo daging korban. Abah saya ada gout jadi dia tak boleh dah makan daging fresh. Rezeki kami la juga sebab duduk di bandar ni memang tak ada langsung pun dapat daging korban huhuhu

Biasanya daging ni saya memang ambik peluang masak asam pedas. Nak buat macamana, tekak orang selatan seminggu sekali mesti nak asam pedas.

Asam pedas daging sesuai di masak dengan daging yang baru dipotong sebab isi daging masih lembut, senang nak handle kata orang.

Asam pedas daging juga ada macam-macam variasi, tapi ini variasi mengikut tekak saya hehehe


Bahan-bahan:
1/2 kg daging - rebus hingga empuk, simpan air rebusan dan hiris nipis

(bahan tumis untuk diblender)
10 tangkai cili kering - rebus sehingga lembut
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 inci halia
3 biji 1/2 inci kunyit hidup (sama dengan 1 sudu besar serbuk kunyit)


10 biji halba
1/4 sudu kecil kari daging
1/4 inch lengkuas
2 batang serai

2 biji buah tomato - setiap biji potong 4
Sedikit daun kesum
1 batang bunga kantan
2 biji buah keras
3 keping besar asam keping
1/2 cawan santan
Garam dan Gula secukup rasa

Cara penyediaan:

Kisar cili kering, bawang, halia dan kunyit sehingga halus.
Serai dan lengkuas cukup dengan hanya di titik.
Panaskan minyak dan masukkan halba kemudian tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Tunggu hingga pecah minyak
Masukkan baki air rebusan daging tadi diikuti daging, buah tomato, daun kesum dan bunga kantan.
Masukkan santan dan kemudian asam keping.
Masukkan 2 biji buah keras yang sudah di tumbuk lumat.
Letakkan garam dan gula secukup rasa.
Biar ia mendidih kemudian angkat untuk disajikan

Sedap di hidang bersama-sama nasi sedikit lembik dari biasa.

Bebola Daging IKEA

Bebola daging IKEA

11:25 AM



Kalau ke IKEA memang tidak lepas untuk makan Köttbullar - Bebola daging orang Sweden

Saya duduk di Ampang dan IKEA agak jauh untuk pergi selalu, jadi saya cari alternatif lain - cuba masak sendiri. Haaa jimat kos dan selamat duit minyak

Kebetulan saya memang beli lingonberry-jam kalau-kalau lah berpeluang untuk buat sendiri.

Saya susun cara-cara memasak dengan side dishes mengikut turutan supaya bila dihidangkan masih sedap dan panas.

Bebola Daging

Bahan-bahan
Bebola Daging Instant Azmi
1 Sudu besar butter untuk mengoreng
Sedikit Worshire sauce




AZMY Bebola Daging ni saya beli di TESCO.

Goreng bersama sedikit minyak sehingga brown.



Saya tambahkan Worshire sauce untuk flavouring and lkemudiannya untuk membuat gravy.



Once brown, angkat.

Gravy
Bahan-bahan
Lebihan "dripping" dari mengoreng
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum.
Satu cawan susu penuh krim
garam dan perisa secukup rasa dan sedikit lada hitam.

Gracy ni sebenarnya dibuat dari "dripping" minyak dan jus daging yang digoreng atau diroast. Juga dari air rebusan daging.

Bila kita angkat bebola daging dari kuali akan ada sedikit dripping.
Tambah satu sudu butter.
Biarkan cair.
Setelah cair, tambahkan 2 sudu tepung gandum.
Kacau sehingga naik bau.
Tambah 1cawan air rebusan daging
I akan tambahkan susu penuh krim selepas ini.
Jangan lupa untuk mengacau atau whisk supaya susu tidak pecah.
Bolehlah tambah garam dan perisa secukup rasa dan sedikit lada hitam.



The Mash Potatoes
Saya tahu di IKEA Malaysia bebola daging ini dihidangkan dengan french fries. Tapi suami saya suka makanan kurang minyak. Saya hidangkan dengan kentang lenyek - mash potatoes.


Bahan-bahan
8 biji Kentang
Satu sudu besar butter
Sedikit Susu Penuh Krim
garam dan perisa secukup rasa

Kopek kulit kentang dan potong dadu.
Rebus sehingga empuk



Toskan.
Lenyek bersama-sama butter dan susu segar.






Side dish - Brokoli Kukus

Kukus adalah cara yang paling elok untuk mengekalkan vitamin di dalam brokoli. Kukus selama 5 minit sahaja, jgn lebih supaya tidak lodoh



Lingonberry-jam




Jam ini hanya sesuai untuk dimakan bersama masakan daging.
Orang Sweden makan macam makan kicap la..

My ättiksgurka



ättiksgurka ni sebenarnya jeruk timun. Boleh di dapati di Cold Storage

Hasilnya?





Silalah makan ye...



Saya juga sisipkan video instruction di You Tube untuk membuat bebola daging dari scratch




Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images