Masakan Ikan

Kacang Kelor (Murungakai/Murungey/Moringa Oleifera Pods) Masak Asam

4:55 PM





Hari ini anak-anak teringin nak makan ikan rebus asam goreng.
Nak buat ikan rebus asam goreng ni senang sahaja, rebus ikan kembung dengan beberapa keping asam dan sedikit garam. Rebus sampai kering. Tapi saya tak rebus sampai habis airnya, saya simpan sikit sebab teringin nak masak rebus asam.


Masak asam kali ini saya bereksperimen dengan kacang kelor atau murungakai. Mungkin sebab dah selalu sangat masak kari, kita cuba resipi baru.

Khasiat kacang ni sangatlah banyak - baca di sini

Kacang yang sudah saya potong buat masak

Lauk ini memang sedap makan dengan nasi panas-panas dan ikan rebus asam goreng tu, atau ikan goreng biasa pun boleh.

Bahan-bahannya:

Air dari rebusan ikan rebus asam
2 sudu besar cili giling puteri
2 cm belacan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
gula atau perisa secukup rasa
Beberapa batang kacang kelor yang sudah di potong dalam 2 inci.

Cara memasaknya:

Didihkan air rebusan ikan asam rebus yang sudah diangkat ikannya dan di tapis ke dalam periuk.
Masukkan cili giling dan belacan yang dah ditumbuk dengan bawang putih.
Masukkan 1 biji bawang besar yang sudah dihiris.
Setelah mendidih masukkan kacang kelor.
Rasa dan tambah gula atau perisa secukup rasa.
Biasanya lauk sudah cukup masin tapi kalau masih tidak tambah sedikit garam.

Selamat mencuba!

Masakan Kekacang

Parpu Telur Mama Zahra

5:02 AM


Sebelum saya kawin saya tak pernah sedar pun wujudnya resipi ini - sama kes macam suami saya tak sedar yang wujudnya resipi pecel lele hehehe

Apapun saya harus berterima kasih pada Daddy in Law saya yang sanggup luangkan masa SMS kat saya resipi ni - masa tu 1st year kawin dan suami teringin nak makan (sebab itu dinamakan Parpu Telur Mama Zahra)

Memandangkan saya dah lama tak buat sampai suami pun lupa saya pandai buat, hehehe saya pun buatlah untuk dia since dia sekarang rajin juga makan lunch kat rumah. Saya buat tak banyak sebab saya lebih suka Masalodeh kalau bab menggunakan kacang dal ni.

Resipi ni simple sangat. Siapa tak pandai masak pun boleh cuba masak dan impress husband LOL

Bahan2
½ cawan kacang gram dhal (rendam 2 ~ 3 jam)
1 cawan santan pekat
3 biji ubi kentang ~ kopek & belah 4
2 biji telur
garam
serbuk kunyit
sedikit air untuk rebus kacang dal dan kentang

Bahan2 Tumis Darat
Minyak masak
½ biji bwg besar ~mayang nipis
6 helai daun kari


Cara Memasak
Rebus kacang dhal hingga empuk dalam sedikit air di campur serbuk kunyit.
Masukkan kentang dan rebus hingga kentang empuk.
Masukkan santan & sedikit air untuk kuah.
Biar mendidih sambil dikacau-kacau.
Pecahkan telur sebiji-sebiji.. slowkan api.. jangan kacau sangat.
Biar telur masak.
Tutup api.

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis darat hingga wangi.
Curahkan semua bahan2 tumis tadi ke dalam kuah dhal tadi lalu ditutup periuk.
Sedia untuk dihidangkan.

p/s saya lupa letak kentang tapi takpe, dah simpan kat sini next time saya ingat hehehe

Masakan Kekacang

Kuah Kacang Sate

11:18 AM




Bumbu cili.
( sambal cili)

2 gengam cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 cawan air
sedikit asam air asam jawa
minyak menumis


kuah kacang

1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga masak (buang kulit ari dan bahagi dua. Satu bahagian di kisar halus, satu bahagian dikisar kasar)
8 ulas bawang merah.
5 ulas bawanh putih
3 inchi halia
2 batang serai
1 sudu makan jintan manis dikisar halus
1 sudu makan jintan putih dikisar halus
1 sudu makan udang kering ditumbuk
1 cawan santan cair
1 cawan air asam jawa.
minyak menumis
garam dan gula

Cara:
bumbu cili:

Bawang merah dan Bawang putih diblender atau ditumbuk. Cili dikisar. Serai dititik.
Goreng kesemua bahan ini dgn sedikit minyak hingga kekuningan dan tuangkan air kedalam kuali..renihkan sehingga cili kembali kembang dan kisar bahan ini halus.

Panaskan minyak dan goreng bumbu cili sehingga pecah minyak. Warna cili akan keperangan. Masukkan air asam jawa. setelah masak simpan bumbu cili semalaman. Cili akan bertukar menjadi merah keesokan harinya

Kuah kacang :
Blender bawang merah,bwg putih halia, jintan manis ,putih dan udang kering. Serai dititik. Goreng bahan2 ini dgn minyak yang banyak selama 10 minit.

Masukkan 1/3 bumbu cili dan kacang tanah yang dikisar halus dan kacau sebati. Tambahkan cili lagi jika ingin pedas.

Masukkan santan dan air asam jawa.dan perasakan dengan garam dan gula (seeloknya gula merah)

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images