Sambal

Sambal Lonte Lemon

11:43 AM



Pencarian mencari pelbagai sambal. My Mama pernah suruh buat "assignment" ni. Suruh tanya Nenek resipi bermacam-macam sambal tradisi yang ada yang ramai sudah lupakan. Antaranya Sambal Gesek dan juga Sambal Lonte.

Kebelakangan ini macam suka pula rasa perahan lemon daripada limau kasturi, nipis ataupun asam jawa. Mungkin sebab wangi ianya membangkitkan selera, tapi lemon ni agak mahal juga kan huhuhu


 

OK. Berbalik pada resipi, ini...


Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (atau 5 biji bawang merah)
2 biji cili merah
10-15 biji cili padi
1 genggam ikan bilis
4 cm belacan yang sudah di bakar
Sedikit air perahan lemon
Secubit gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Goreng kesemua bahan-bahan.
Angkat
Tumbuk semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
Campurkan perahan lemon dan gula ke dalam bahan-bahan yang telah siap ditumbuk.
Tuangkan sedikit minyak yang telah digunakan untuk menggoreng jika mahu
Siap untuk dimakan.
Sedap dihidangkan bersama-sama ulam-ulaman dan nasi panas-panas

Masakan Jawa

Terung Bulat Masak Sambal

3:30 PM



Selalu mak saya masak resipi ni pakai terung panjang, tapi since husband beli terung bulat ni banyak dan since terung ni tak elok simpan lama-lama maka selepas guna masak kari dan ada baki, saya guna buat masak resipi kegemaran saya.

Terung masak sambal ni saya rasa, rata-rata siapa yang dari Johor (dan mungkin jawa) selalu masak resipi ni. Jadi setelah bertahun masak resipi ni, saya olah sikit-sikit supaya menepati citarasa suami yang sukakan pedas.



Saya tak tambah asam jawa, sebaliknya saya gantikan dengan sos tomato supaya rasa sedikit lemak masak.

Bahan-bahannya :

4 biji terung bulat

4 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1/2 genggam cili kering
*4 biji cili padi hijau siam
2 sudu tomato sos
1 carton kecil cili giling jenama puteri
2 inci gula kerek/nissan
garam dan perisa secukup rasa

minyak untuk menggoreng terung dan menumis


photo from : http://www.thaitable.com/thai/ingredient/thai-chili-pepper

*Bagi yang tertanya-tanya apa dia cili padi hijau siam, nah lihat di atas - yg paling tepi sebelah atas tu saya panggil cili padi hijau siam.

Ini cili giling puteri yang saya pakai..sedap ni

Terung bulat dipotong menjadi 4 wedges dan digoreng hingga lembut. Ketepikan dan letak atas pinggan hidangan.
Ciling kering di rebus dan di kisar bersama-sama 4 ulas bawang putih dan 4 biji cili padi hijau. Kurangkan cili padi jika tidak mahu terlalu pedas.
Bawang besar di hiris bulat-bulat (macam onion ring)

Panaskan minyak dalam 1 sudu besar dan tumis bahan-bahan kisar tersebut.
Kemudian masukkan cili giling jenama puteri.
Masukkan bulan bawang besar yang telah dihiris.
Biarkan cili masak untuk seketika.
Kemudian masukkan gula nissan dan tomato sos.
Tumis untuk seketika.
Masukkan garam, gula dan perisa secukup rasa.

Setelah sambal masak, tuangkan ke atas terung yang telah digoreng.

Sedap di makan bersama-sama nasi panas yang agak lembut sedikit bersama-sama ikan goreng dan sup sayur bening :)

Selamat mencuba!



Sambal

Sambal Kicap atau Sambal Hitam

10:52 AM

Sue mentioned in her previous comment asking me how to make the Sambal Hitam.

Sambal kicap ke Sue?

Usually the resipi is sangat simple :
Cili Padi segenggam kalau nak truly pedas, if not half of it
Kicap Jalen
Bawang Putih 3 ulas
2 sudu besar gula (organic raw sugar)
sedikit garam

..tu je

The best cili padi I rasa untuk buat sambal kicap is this one below :


Tak tahu la orang lain macamana, but this one rocks hahaha (sedap la tu)


Make sure you rendam dalam air panas dulu sebelum tumbuk (this one I buat lama dah untuk tutorial bergambar buat Soto - tu yang pakai cili padi yang jenis lain) Tangkai cili padi ditumbuk sekali, nenek I kata dalam tangkai tu ada ubat untuk sakit perut makan cili padi...betul kut sebab I jarang sakit perut tiap kali makan sambal kicap kalau ditumbuk dgn batang2 nye sekali



Yang ini pulak kicap TERBAEK kalau nak buat sambal kicap....nothing compares to this. Kilang membuatnya pun dekat my parent's place in Johor hahaha ofkos la terbaek wok!



Lesung batu juga harus tumbuk itu cili ok...no blender2...tak sedap. Masa nak tumbuk tu tambah la sikit garam...bukan apa, senang nak lumat bila ada garam.


Lepas tumbuk, tambah la kicap. Kalau rajin, buat banyak sekali sebab makin lama di simpan makin sedap sebenarnya.


Simpan tu biarla "earthy" atau kaca punya bekas (bukan tupperware) supaya rasa dia tak berubah. Kalau I buat sikit dalam mangkuk ni la I simpan, tutup (dgn sandwich wrapper) masukkan dalam peti ais, kalau kicap kurang, tambah lagi...comot kan hahaha comot tapi sedap!!

Cubalah...

Masakan Kekacang

Kuah Kacang Sate

11:18 AM




Bumbu cili.
( sambal cili)

2 gengam cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 cawan air
sedikit asam air asam jawa
minyak menumis


kuah kacang

1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga masak (buang kulit ari dan bahagi dua. Satu bahagian di kisar halus, satu bahagian dikisar kasar)
8 ulas bawang merah.
5 ulas bawanh putih
3 inchi halia
2 batang serai
1 sudu makan jintan manis dikisar halus
1 sudu makan jintan putih dikisar halus
1 sudu makan udang kering ditumbuk
1 cawan santan cair
1 cawan air asam jawa.
minyak menumis
garam dan gula

Cara:
bumbu cili:

Bawang merah dan Bawang putih diblender atau ditumbuk. Cili dikisar. Serai dititik.
Goreng kesemua bahan ini dgn sedikit minyak hingga kekuningan dan tuangkan air kedalam kuali..renihkan sehingga cili kembali kembang dan kisar bahan ini halus.

Panaskan minyak dan goreng bumbu cili sehingga pecah minyak. Warna cili akan keperangan. Masukkan air asam jawa. setelah masak simpan bumbu cili semalaman. Cili akan bertukar menjadi merah keesokan harinya

Kuah kacang :
Blender bawang merah,bwg putih halia, jintan manis ,putih dan udang kering. Serai dititik. Goreng bahan2 ini dgn minyak yang banyak selama 10 minit.

Masukkan 1/3 bumbu cili dan kacang tanah yang dikisar halus dan kacau sebati. Tambahkan cili lagi jika ingin pedas.

Masukkan santan dan air asam jawa.dan perasakan dengan garam dan gula (seeloknya gula merah)

Sambal

Sambal Tumis Telur

5:52 PM




Ini kegemaran saya semasa kecil. Resipi ini berasaskan sambal tumis yg biasa saya buat untuk nasi lemak.

Bahan kisar
8 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 biji buah keras
sedikit belacan

Bahan-bahan lain
Cili giling sebanyak mana yang mahu (hendak pedas ke tidak)

Satu cawan ikan bilis

6 biji telur rebus

2 camb besar air asam jawa

1 labu bawang besar holland (dihiris)

Minyak untuk menumis

1 camb gula merah

sedikit garam dan perisa sesedap rasa.

Cara-cara memasak:

Telor rebus dikopek kulit dan digoreng bulat2

Kisar semua bahan-bahan kisar dalam blender.

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sebentar. Angkat

Tumis cili giling dahulu sampai masak.

Masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sampai naik bau.

Masukkan bawang besar holland yang dihiris.

Masukkan kembali ikan bilis.

Masukkan satu cawan air. Biarkan mendidih.

Masukkan 2 camb besar air asam jawa

Tambah 1 camb gula merah dan sedikit garam dan perisa sesedap rasa.

Kemudian masukkan Telur Rebus Goreng.

*petua..kalau mahu sambal tumis sedap, eloklah di buat malam sebelumnya. Keesokkan boleh di perhangatkan dan di tambah Telur Rebus Goreng.



Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images