Biskut

My Aliya's Soft Chewy Raisin Oat & Coconut Cookie

2:49 AM


Kadang-kadang bila bukak Facebook ni, macam-macam boleh buatkan kita takut untuk beli. Itu tak halal lah, ini tak halal lah. Sebab itu kadang-kadang saya jadi GERAM, saya buat je sendiri (provided bahan-bahan yang saya beli tu HALAL juga hehehe)


Selalunya memang jarang buat biskut sendiri. Entah kenapa sejak sebulan lepas terlebih rajin. Ini attempt yang kedua. Saya tak pakai chocolate chip sebab nak snek berkhasiat untuk anak-anak - so saya pakai kismis hitam dan rolled oats. Saya tambahkan kelapa yang di sangan kejap untuk sedikit rasa lemak-lemak.


Biskut ni jenis "soft & chewy" - kegemaran anak saya Aliya hence the name hehehe

Resipi untu 1 1 / 2 dozen
Bahan-bahan :
2 cawan tepung (serbaguna/gandum biasa je contoh cap sauh)
1 / 2 sudu kecil baking soda
1 / 2 sudu teh garam
3 / 4 cawan mentega tanpa garam
1 cawan gula perang
1 / 2 cawan gula putih
1 sudu besar ekstrak vanila
1 biji telur
1 kuning telur
1 cawan rolled oats organic
1 cawan kismis hitam
1/2 cawan kelapa di sangan sekejap

Cara-cara membuatnya:
Panaskan ketuhar kepada 325 darjah F (165 darjah C).
Lapik dulang pembakar dengan kertas minyak atau baking paper.
Ayak tepung, baking soda dan garam, ketepikan (tak perlu pakai garam kalau pakai butter biasa)
Dalam mangkuk sederhana putar mentega, gula perang dan gula putih hingga sebati.
Pukul vanila, telur dan kuning telur sehingga ringan dan berkrim.
Campurkan bahan-bahan yang diayak sehingga adunan sebati.
Masukkan rolled oats, kismis dan kelapa sangan dan gaul dengan sudu kayu. Kaup dengan sudu dan jatuhkan perlahan cookie doh pada dulang pembakar yang telah disediakan. Leperkan dengan garfu jika perlu
Cookies perlu berada pada jarak kira-kira 3 inci antara satu sama lain.
Bakar selama 15 hingga 17 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu, atau sehingga tepinya nampak "terbakar" atau "toasted" sedikit.
Sejukkan atas dulang pembakar untuk beberapa minit sebelum memindahkan ke rak biskut untuk disejukkan sepenuhnya.
Simpan dalam bekas kedap udara.

sumber inspirasi : http://allrecipes.com/Recipe/best-big-fat-chewy-chocolate-chip-cookie/detail.aspx?washelp=1&rid=294874

Biskut

No Bake Flapjacks (Oat Bars)

3:31 AM


Dek kerana saya mengidam dan badan meraung-raung perlukan Flapjacks huhuhu sanggup bangun pukul 3 pagi untuk buat resipi ni supaya bila sarapan pagi besoknya gigi saya sudah membenamkan diri ke dalam all that oaty goodness in a bar ngeh ngeh ngeh

Hati terkencit-kencit lompat bila nampak resipi malam sebelumnya - Flapjacks yang tak perlu di bakar. Yahoo! ~ alas, those yang kenal saya - baking and me dont jive :D



Apatah lagi resipi ni pantas dan mudah tanpa perlu berpeluh-peluh depan oven hehehe.



Tapi awas, mereka perlu duduk dalam kadar suhu yang SEJUK (frozen) atau tempat teratas peti ais sebab mudah melt. Tak apa ~ sekali ngap tak sampai 5 saat dah habis 1 bar besar huhuhu

2 1/2 cawan rolled oat
1 1/2 cawan kacang (saya gunakan walnut dan pecans)
1/4 cawan kelapa diparut
1/2 cawan kismis
6 sudu besar butter
1 cawan gula perang
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
6 sudu besar madu
2 sudu besar golden syrup


Sangan oat, kacang dan kelapa dalam kuali dengan api yang sederhana tinggi sehingga wangi, selalu kacau.
Tuang ke dalam mangkuk besar dan kacau pula dengan kismis.
Masukkan butter, gula, serbuk kayu manis, madu dan golden syrup dalam periuk kecil.
Masak dengan api sederhana, kacau sekali-sekala, sehingga ia hampir mendidih.
Alihkan dari api dan kacau ke dalam campuran tadi campuran oat sehingga disalut sekata.
Sementara itu alaskan 7 × 11 inci pan dengan baking paper.
Sudu campuran ke dalam sambil di tekan-tekan untuk padat.
Letakkan dalam peti sejuk seberapa lama yang anda mahu (minimum 1 jam)
Perlahan-lahan potong kepada 16 bar.
Anda boleh membalutnya secara individu dalam bungkus plastik atau kertas minyak, jika dikehendaki.

Hidangan: Untuk 16 hidangan
sumber : http://kitchensimplicity.com/no-bake-granola-bars/


Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images