Masakan Jawa

Pecel Terung

6:54 PM



Ini resipi turun temurun dari bonda saya. Alternatif kepada ikan cencaru.

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

* 3 biji terung sederhana besar
* 5 bawang merah kecil (digoreng)
* 3 biji bawang putih
* 200 grams cekur (kencur)
* 50 grams ikan bilis (digoreng garing)
* 50 grams cili padi
* 1 sudu besar asam jawa (diambil jusnya agak 2 sudu besar)
* Santan pekat sahaja dr 1 biji kelapa
* garam dan serbuk perisa secukup rasa

Cara-cara membuat:
Terung di belah dua dan di potong 3. Boleh di bakar atau digoreng.




Bahan-bahan berikut adalah untuk di tumbuk : Mengikut arah jam - 200 grams akar cekur (kencur) - dibersihkan dan dibuang kulit (dengan mengikis-kikis kulit luarnya) 3 biji bawang putih 50 grams cili padi 50 grams ikan bilis (digoreng garing) 5 bawang merah kecil (digoreng)





Santan dari 1 biji kelapa di perah dan di masukkan ke dalam periuk. letakkan di atas dapur.



Masukkan ke dalam santan bahan-bahan yang digiling atau di tumbuk tadi. Biarkan sehingga mendidih sedikit tapi pastikan api kecil supaya tidak pecah santan.


Kacau dan biarkan mendidih perlahan (jgn sampai pecah santan)

Biarkan selama 3 minit. Masukkan pula daun cekur yang dihiris halus dan terung yg sudah siap digoreng/bakar. Masukkan garam dan serbuk perisa serta jus asam jawa secukupnya.



Sedap di hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Pecel ini ringkas, kadangkala tidak memerlukan lauk lain sebagai lauk sampingan. Juga sedap bersama ikan goreng

Masakan Ikan

Pecel Ikan Cencaru

11:12 AM



Ini resipi turun temurun dari bonda saya.

Daun dan buah cekur memang banyak tumbuh di belakang rumah kami di Johor. Kalau saya rindu, pasti saya buat resipi ini.

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

* 1 kilo Ikan Cencaru
* 5 bawang merah kecil (digoreng)
* 3 biji bawang putih
* 200 grams akar cekur (kencur)
* 50 grams ikan bilis (digoreng garing)
* 50 grams cili padi
* 1 sudu besar asam jawa (diambil jusnya agak 2 sudu besar)
* Santan pekat sahaja dr 2 biji kelapa
* garam dan serbuk perisa secukup rasa

Cara-cara membuat:
Ikan Cencaru hendaklah di bakar dahulu kemudian di ambil isinya sahaja.


Bahan-bahan berikut adalah untuk di tumbuk : Mengikut arah jam - 200 grams akar cekur (kencur) 3 biji bawang putih 50 grams cili padi 50 grams ikan bilis (digoreng garing) 5 bawang merah kecil (digoreng)

Santan dari 2 biji kelapa di perah dan di masukkan ke dalam periuk. letakkan di atas dapur.



Masukkan ke dalam santan bahan-bahan yang digiling atau di tumbuk tadi. Biarkan sehingga mendidih sedikit tapi pastikan api kecil supaya tidak pecah santan.



Stir well and bring to a slight boil to thicken.

Once the gravy is thick, place in the pot the ikan cencaru flesh carefully as not to break them.

Masukkan isi ikan cencaru bakar tadi. Hati-hati supaya isi ikan tidak hancur. Biarkan selama 3 minit. Masukkan garam dan serbuk perisa serta jus asam jawa secukupnya.

Sedap di hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Pecel ini ringkas, hanya perlu sayur-sayur kampung seperti pucuk paku di celur sahaja sebagai lauk sampingan

Kuah Lodeh

Kuah Lodeh Kuning Hj Durahim

9:47 AM



Kuah Lodeh biasanya di makan bersama2 lontong. Lontong itu sebenarnya adalah nasi impit yang di masak dalam daun pisang (digulung2).




Kuah Lodeh ini resipi turun-temurun dan kegemaran Ayahanda saya. Biasanya di Johor, seminggu sebelum hari raya orang sudah "menggunjung" - adat memberi ketupat, kuah lodeh, sambal goreng, ayam masak kicap - pada saudara-mara.

Bezanya kuah lodeh dan masak lemak adalah sayurnya ditumis dahulu baru di tambah santan.


Bahan-Bahan Di tumbuk:
2 sudu cili giling (cili kering direbus dan diblender atau tumbuk)
8 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia 
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar
2 biji buah keras
1 sudu besar udang kering(direndam air panas)
2 batang serai (dititik)
2 inci lengkuas (dititik)


Bahan-bahan untuk menumis:
1 cawan udang basah
4 sudu besar cili giling
2 sudu besar Minyak masak
Garam dan perisa secukup rasa

Bahan-bahan Kuah:
1 liter santan
1 sudu besar air asam jawa

Bahan-bahan dalam kuah:

Sayur-sayuran -
(mengikut kegemaran)
Kacang Panjang
Carrot
Kentang
Sengkuang
Kobis
Kentang

Bahan-bahan lain:
20 gm suhun
100 gm fucuk
3 keping tauhu (digoreng dan didadu)
1 keping tempe (digoreng dan dihiris nipis)

Cara:
Sayur-sayuran dipotong panjang2 anggaran dalam satu inci dan lebar 1cm.
Suhun dan Fucuk direndam. Eloklah Fucuk dipotong kecil2 dan suhun digunting dalam 1 inch

Tumbuk hingga lumat jintan manis dan ketumbar kemudian baru masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia , buah keras dan udang kering dalam lesung dan tumbuk lumat

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis cili giling, udang basah, lengkuas, serai dan bahan2 tumbuk sehingga naik bau.

Masukkan sayur-sayuran dan tumis lagi.

Masukkan suhun dan fucuk juga tauhu dan tempe goreng.

Tumis dalam 5 minit. Tambah garam dan perisa secukup rasa

Setelah itu masukkan santan.

Kecilkan api supaya santan tidak pecah.

Letak sedikit air asam jawa.

Bila sudah mendidih sedikit, bolehlah hidangkan bersama lontong, nasi impit atau ketupat.

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images