Chinese Dishes

Penang Hokkien Mee

12:36 PM


Saya pertama kali makan Mee Udang ini bila dibuat oleh akak kantin di sekolah mak saya mengajar dulu. Mavlesnya orang Ipoh ni walaupun Melayu, tapi pandai masak makanan chinese. Ipoh memang sinonim sebegitu. So memang terima kasih tak terhingga pada akak tu kerana memperkenalkan saya pada this wonderful hawker food.

Saya juga harus berterima kasih pada DH, disebabkan dia supply Unifi, maka dapatlah saya buat self-study pasal mee ni hehehe. Banyak bahan rujukan especially the original chinese resipi seperti dia Rasamalaysia. Kena ada self study sebab saya kena buat HALAL version hehehe.

Setelah berpuluh kali buat mee ni, baru saya berani nak buat posting. Sebab this time DH kata was the best :)
Mungkin rezeki kami ada "happy hour sale" kat TESCO ketam turun harga (4 ekor dari RM8++ hanya jadi RM4++) Apa lagi, otak geliga saya sudah excited nak buat esoknya.


Kalau ada ketam bunga tak perlu pakai udang banyak sangat. Dalam 500gram pun sudah memadai (3 cawan gitu) Tapi kalau tak ada memang la kena beli banyak sikit sampai agak-agak sekilo huhuhu.

Ada yang sanggup kupas dan simpan kulit udang nak buat ni. Sampai 3kg. Ada yang sampai "import" dari rumah mak dia macam Puan Zaliana hehehe

Apapun, saya puas hati dan boleh claim ini sebagai MY OWN RECIPE - memang terangkat kata husband. Gerenti tak beli dah yang Instant Punya hehehe

Sekali tengok resipi memang nampak renyeh nak buat. Tapi once uols dah cuba buat dan makan, I gerenti you akan mengidam lagi.

OK, dah bersedia?

Sebelum tu, kena prepare bahan-bahan sampingan hidangan ni, sukatan dia ikut 4 orang nak makan  :
  • Rebus telur
  • Siang Kangkung dan celur
  • Buat bawang goreng
  • Hiris daun bawang
  • Celur tauge
  • Mee kuning dicelur (2 bag)
  • Minyak bawang putih
Bahan-bahan untuk Kuah dan Sambal:
  • 3 cawan udang basah
  • 2 biji bawang putih 
  • 1 sudu kacang tanah 
  • 2 inci belacan penang
  • Stok Ayam dari 2 rangka ayam (1 periuk)
  • 4 ekor ketam bunga 
  • Garam Gula & Perisa secukupnya
  • 1 cawan cili giling fresh
  • (dari cili kering yang direbus dan diblend)
  • 140 Cili giling Puteri 
  • 1 sudu otak udang (Petis)
  • 2 sudu udang kering (rendam dan blend)
Cara Membuat Minyak Udang:
  1. Udang dikupas kulit&kepala udang. Simpan kulit&kepala udang  jangan buang.
  2. Isi udang ketepikan.
  3. Tumis kulit&kepala udang dalam 1/2 cawan minyak.
  4. Bila sudah agak kuning masukkan 1 sudu besar kacang tanah.
  5. Tumis tapi jangan sampai kacang tanah hangus
  6. Tapiskan minyak tersebut di dalam periuk berasingan.


Cara Membuat Kuah:
  1. Asingkan kacang tanah dan kulit&kepala udang.
  2. Kulit&kepala udang diblend halus bersama-sama 2 ciub belacan penang (kurangkan belacan jika tak suka banyak)
  3. Ketepikan.
  4. Dalam periuk panaskan 3 sudu besar minyak tumisan udang tadi. Tumis ketam hingga kekuningan dan naik bau.
  5. Kemudian masukkan stok ayam atau stok daging.
  6. Masukkan kulit&kepala udang yang telah diblend bersama-sama belacan tadi.
  7. Masukkan sedikit garam, gula dan perisa secukupnya. 
  8. Biarkan mereneh (api kecil).
Cara mencelur isi udang:
  1. Isi udang yang dikopek tadi, di letak dalam satu mangkuk.
  2. Kemudian curahkan kuah yang panas (sedikit hingga menutupi) hingga agak-agak masak.
  3. Air tapisan jangan buang masukkan balik dalam periuk kuah.
  4. Ketepikan isi udang.
Cara Membuat Sambal Tumis Mee Udang:
  1. Panaskan minyak udang yang telah ditapis
  2. Tumis cili giling fresh, cili puteri dan udang kering yang telah diblend.
  3. Perlahankan api dan biarkan hingga pecah minyak. 
  4. Tambah 1 sudu petis udang
  5. Kacau hingga smooth.


Cara Menghidang Mee Udang Hokkien:
  1. Susunkan mee kuning, kangkung celur, taugeh celur, isi udang yang dah di celur. telur rebus. 
  2. Isikan dengan kuah.
  3. Taburkan bawang goreng, daun bawang.
  4. Letakkan sambal tumis & minyak bawang putih.
    *minyak bawang putih kalau nak buat refer sini ye : Pan Mee


p/s kacang tanah tadi saya masukkan balik dalam kuah. Kalau tak nak kacang tanah, then you pakai minyak kacang tanah ye hehehe

Ketam

Sup Ketam dan Jagung - Chinese Style

12:14 AM


Pucuk di cita, Ulam mendatang. My dear Shehan asyik menyebut Suweet Corn (Jagung) je dua tiga hari minggu lepas, sampai bergenang-genang jagung dalam minda saya. Kebetulan DH beli ketam. Last kopek, kecik-kecik comel - buat celah gigi kata orang huhuhu. But since nak anak-anak pun enjoy sama makan, terfikir plak tetiba Szechuan soup....but I got no Szechuan peppers lah


Ekceli dah lama tak makan chinese food macam ni. Mula la rasa ruginya bila dah stop kerja ni, takde rakan sejawat chinese yang nak kawin ke atau annual dinner yang mana company akan bagi chinese course meal. Oooo rambang mata walauwey kalau dah chinese course meal - ada dumplings, ada ikan, ada veges dan ofkos shark's fin soup or crab soup macam ni. Last sekali akan ada nasi - nasi goreng ke or butter rice.

Untuk dapatkan isi saya kukus ketam dahulu dalam 10 ke 15 minit. 


Biasanya kalau nak jadikan soup memang kena ada chicken stok. So kalau nak tahu macamana nak buat stok, refer sini ye : How to make chicken stock

Jagung yang saya guna ni ada tersedia dalam tin so senang la sikit


1 tin Jagung dalam tin Ayam Brand (Whole Kernel Corn)
6 cawan stok ayam, sebaik-baiknya buatan sendiri 
1 sudu teh parutan halia segar 
1 / 8 sudu teh serbuk lada hitam atau secukup rasa 
1 sudu teh halal garam, atau secukup rasa
Sedikit cuka 

5 ekor ketam sederhana (dikukus dan ambil isi)
5 putih dari telur yang besar, dipukul 
1 / 3 cawan dihiris nipis daun bawang

Cara Memasak :

Rebus stok ayam dalam periuk
Tambah ketam dan jagung, juga parutan halia.
Masak dengan api sederhana selama 15 minit hingga mendidih sekali lagi
Dalam mangkuk kecil, bancuh tepung jagung dengan 1 / 2 cawan air sejuk  dan kacau rata
Titiskan sedikit cuka
Tutup api dan tuang putih telur yang telah dipukul dan kacau perlahan.
Dengan api perlahan, masukkan campuran tepung dan air.

Perisakan dengan minyak bijan, lada hitam dan garam
Reneh selama beberapa minit, hingga sup pekat sedikit
Angkat dari api dan hidangkan bersama-sama hirisan daun bawang.


Sedap di makan bersama-sama Nasi Goreng Cina

Masakan Laut

Bear-tiful Medley of Veges

7:53 AM


Saya belajar nak masak mix vege ni semasa saya sekolah menengah (tak ingat tingkatan berapa). Inilah resipi yang saya rasa "ngam sungguh" kalau nak buat mix vege atau sayur campur chinese style.

Penggunaan udang yang diperap dengan bawang putih, halia, sos tiram, sedikit garam dan gula, sedikit kicap manis serta minyak bijan memang "tepat" pada taste "seafood" yg kita dapat pada kuah mix vege. Malah bau udang tidak akan hanyir.


Hari ini saya suruh anak saya Syasya (3 tahun) membantu. Payah sungguh nak suruh dia makan lobak merah, jadi saya gunakan cookie cutter bear yang saya jumpa di Tesco Extra Shah Alam untuk menarik minat dia memasak dan makan lobak tersebut. Ternyata dia teruja, melihat bear-bear tersebut bergenang dalam kuah dan sayuran sawi serta brokoli kesukaannya. Hidangan yang TEPAT juga untuk menaikkan selera anak :)

Bahan-bahan:
200 gram udang basah  (dibuang kulit tinggalkan ekor)

1 labu bawang besar holland
sayur-sayuran campur mengikut selera anda
2 sudu kecil tepung jagung dicampur dengan air
sedikit minyak untuk menumis


Bahan-bahan perap udang:
5 ulas bawang putih (ditumbuk/blender halus)
1 inci halia (ditumbuk/blender halus)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
sedikit garam
sedikit minyak bijan
sedikit lada putih

Cara-cara memasak:
Perap udang bersama-sama bahan perap selama 30 minit.
Hiris bawang besar
Sediakan sayur campur mengikut kesukaan

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis perapan udang sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar
Masukkan sayur-sayuran mengikut yang keras dahulu baru yang lembut
Tumis seketika sebelum anda masukkan tepung jagung dicampur dengan air
Garam dan perisa secukup rasa jika masih perlu.
Angkat dan hidangkan.

Laksa Johor

Laksa Johor

3:44 AM




Posting yang asal ni ada kat my old blog - Mama Mia Laksa
Posting pada 17 April 2008. A'aesyah masih dalam pewut he he he...dia mintak laksa johor!...

Masakan Laut

Sotong Goreng Rempah Ranggup Marissa

10:51 PM


Sekali lagi saya cuba menjayakan projek membawa hidangan Mamak Nasi Kandar ke ruang dapur saya. Lebih elok rasanya kerana suami (yang berasal dari Pulau Pinang) pasti gembira jika saya dapat menghidangkan masakan kegemarannya.

Sotong Goreng Rempah Ranggup kalau dipesan sepiring kecil harganya boleh mencecah RM3 ke RM4. Agak mahal jika dibandingkan kos membuatnya sendiri.

Petua nak sedap?

  1. Pilih Sotong yang sederhana dan kecil kerana rasanya lebih manis dan lembut.
  2. Tambah Soda Bikarbonat dalam adunan tepung
  3. Gunakan 3 tepung - gandum (to give texture) beras (untuk ranggup) jagung (biding flavour rempah pada sotong)
  4. Sotong mesti di tos supaya tidak berair
  5. Api mesti dijaga kerana kebarangkalian sotong meletup-letup bila digoreng memang 90% LOL
Baiklah...ini Bahan-Bahannya:

3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar rempah kari ikan Alagapas (lain tak sedap la...)
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
sedikit garam & perisa (jika suka)
1 biji telur
100-150gram Sotong putih sederhana dan kecil
Minyak untuk mengoreng (dalam 300ml)

  1. Sotong di buang kulit luar dan disiang (buang dakwat dan mata pada kepala, pakai sesunggut je)
  2. Potong dan tapis
  3. Jintan, Ketumbar & Sedikit garam & perisa di kisar dalam blender kering sehingga menjadi serbuk.
  4. Campurkan ketiga-tiga tepung, serbuk kari dan bahan kisar ke dalam mangkuk.
  5. Masukkan sotong yang telah ditapis ke dalam mangkuk berasingan. Pecahkan satu biji telur dan gaul.
  6. Perlahan2 masukkan campuran tepung, serbuk kari & bahan kisar
  7. Gaul sotong sehingga kesemua disaluti campuran tepung, serbuk kari & bahan kisar
  8. Perap selama setengah jam dan goreng dalam minyak yang banyak (pastikan minyak panas sebelum digoreng dan perlahan kan api sedikit ketiga sotong sedang digoreng.
  9. Tapis minyak dan sedia untuk dihidang (lebih elok dilapik tissue dapur untuk menyerap minyak supaya lebih ranggup)
Sotong Goreng Rempah Ranggup ini sedap di makan dengan cicah sambal cili, bawang putih dan halia

Masakan Kerang

Rendang Kerang Ala Penang Mari

9:31 PM



Hari ini DH memborong udang, kerang, sotong dan ikan dari Kuala Selangor.
Saya teringat rendang kerang yang adik ipar Ina buatkan semasa kami ke rumahnya di Kg Gajah.

Disebabkan DH buat muka pelik bila saya sebut rendang, saya tambah 1 sudu serbuk kari untuk seafood. Nak buat macamana....suami orang Penang :D

Bahan-Bahannya
1 kilo kerang (direbus dan diasing isi)
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
Kerisik secukupnya - nak sedap buat kerisik sendiri (dari satu biji kelapa)
2 keping asam keping
Daun Kunyit
Daun Limau Purut

20 biji cili kering yg dibuang biji dan direbus (petua Mak Yah saya dari Kluang - dia ada bisnes katering)
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu jintan putih dan 1 sudu ketumbar disangan (goreng tanpa minyak)
3 biji buah keras
3 batang serai
sedikit lengkuas
sedikt kunyit hidup
sedikit halia
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 inci gula melaka
garam secukup rasa

Cara:-
1.Kisar bawang merah dan putih. Kemudian kisar cili.
2. Kunyit hidup dan 1 sudu jintan putih dan 1 sudu ketumbar disangan elok ditumbuk kerana kalau di kisar kurang enak. Lengkuas, serai dan halia di titik.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 diatas dan tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk kari. Masukkan daun limau purut juga. Tumis sedikit lagi. Masukkan garam dan gula melaka.
4.Masukkan santan cair dahulu, renihkan perlahan-lahan. Masukkan asam keping. Bila agak kering masukkan santan pekat dan kacau. Keluarkan asam keping supaya tidak terlalu masam.
5. Akhir sekali masukkan kerang yg telah direbus dan daun kunyit.
6. Sedia untuk di hidang.

Sedap di makan dengan nasi lemak, lemang, pulut kuning atau roti :)

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images