Chapati Homemade

12:28 AM



Beberapa minggu yang lepas abah saya tolong bawakan kuali leper iron cast yang dia buatkan untuk mama saya. Kisahnya - sebab dulu mama saya memang suka masak, tapi bila dah duduk berdua ni dia dah tak berapa rajin nak masak (sebab lebih jimat beli katanya, yalah dah tinggal berdua)

Saya memang dah lama cari kuali leper ni sebab saya suka buat roti jala. Suami pula suka beli roti prata instant dan chapati instant dari Careffour, so bila pakai iron cast pan tu cam tak sesuai je.

Nak dijadikan cerita, semasa sidang masak-memasak berjemaah di kampung hari tu untuk hari raya, ada ketika gas kat dapur mak saya habis. Adik saya pun bukalah tempat simpan gas tu - TADA - saya kata "eh APA TU???" excited la sebab tak pernah nampak. Terus abah saya announce kata mama saya simpan je tak pernah pakai, penat2 dia buatkan hehehe.

Sebenarnya suami dah ambik satu kuali leper kat TESCO (sebab sibuk mengemas lepas raya saya lupa langsung inciden kuali leper kat kampung tu) Bila terus teringat saya SMS abah saya supaya tolong bawakkan sebab dia memang ada plan nak datang.

Selepas dah dapat, kenalah di "minyakkan" atau "season" sebab nanti tak melekat. Cara-cara nak buat ni ada di sini :http://chinesefood.about.com/cs/cookingbasics/ht/seasonwokhowto.html
Inilah cara terbaik kalau tak nak kuali melekat bila goreng telur dadar, buat roti jala dan sebagainya.

Jadi sebagi experiment pertama, saya buat roti kegemaran suami saya - Chapati

Bahan-bahan

1 cawan tepung atta capati
¼ sudu teh garam
½ cawan air suam
3 sudu teh minyak sapi (cair)
¼ cawan tepung atta capati untuk digunakan ketika meleperkan

Cara-cara membuat:

Dalam mangkuk besar, campurkan Tepung Atta Chapati dan garam.
Tambah minyak dan campuran sehingga semua sebati.
Tambah air suam sedikit pada satu-satu masa untuk membentuk bola doh yang lembut sederhana. Jangan terlalu lenyekkan doh.
Tambah beberapa titik minyak ke atas doh dan licinkan di atas doh. Tutup dan biarkan ia rehat selama 5-10 minit.
Panaskan kuali leper atas api sederhana.
Uli doh sekali lagi dan bahagikan kepada beberapa biji bebola saiz bola golf.
Debu satu bola doh dengan tepung dan leperkan hingga nipis.
Teruskan mencelup ke dalam tepung kering untuk mengelakkan dari melekat kepada permukaan yang digunakan untuk meleper.
Panaskan kuali leper.
Tepiskan tepung berlebihan dari doh yang leper tadi dan dan letak di atas kuali
Terbalikkan kepada bahagian lain sebaik sahaja anda melihat buih timbul di permukaan roti. Biarkan ia masak selama 10-15 saat.

Anda kemudian bolehlah letakkan roti ke atas api terbuka.

boleh refer sini - http://nainasrecipes.blogspot.com/2007/12/perfect-phulka-indian-whole-wheat.html

Roti tadi akan membelon. Terbalikkan dan masak di sisi lain.

Tempatkan roti yang telah dimasak ke dalam bekas kedap haba dan sapukan dengan Ghee atau mentega (supaya tidak menjadi keras).
Ulangi proses itu untuk baki doh yang lainnya


You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images