laksam

Laksam

8:44 AM



Bahan-bahan utk adunan "kueteow Laksam":
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

Bahan-Bahan utk Kuah:
Ikan Kembung atau Mabong atau Parang
(direbus,dibuang tulang seperti kita hendak buat laksa)
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam
Santan (dalam satu biji)
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula

Bahan-bahan untuk ulam
kacang panjang dihiris halus
taugeh
daun kesum (dipotong halus)
bunga kantan (dipotong halus)

Bahan-Bahan untuk Sambal belacan:
cili merah (kalau nak pedas tambah cili padi)
belacan
garam
limau kasturi

Cara-cara Membuat

1. Cara buat "kueteow Laksam : Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.

2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

4. Untuk sambal belacan: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau 

Kerapu

Baby Kerapu Stim Asam Boi

5:31 PM

*sila abaikan title di gambar hehehe


Asal cerita beli asam boi nak buat air kedongdong. Tapi kedongdong dah nak expired, saya tak bergerak2 keluarkan juicer dari cupboard hehehe


Lega rasanya bila dah habiskan daging dalam freezer. Betapa gumbiranya hati nampak freezer penuh ikan balik *ngee*

Baby Kerapu sangat tender isi dia dan lebih manis. Yang besar-besar ni kadang rasa cam pasir je kan?

Stim adalah what I called, resipi yang you can whipped up in no time. Janji ada mangkuk tahan panas (biasanya microwave safe) dan pengukus. Voila. Makan dengan nasi panas-panas time hujan. Superb!



Bahan-bahan:
2 ekor Baby Kerapu
2 biji bawang putih dicincang
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 biji besar asam boi putih
1 sudu sos cili lingam
1 sudu kecil kicap
1 biji tomato dipotong 2
1 batang serai
sedikit hirisan cili padi
sedikit garam dan perisa secukup rasa

Cara memasak:
Ikan disiang dan direndam dalam air asam jawa selama 30 minit.
Masukkan ke dalam bekas kaca yang tahan panas
Sapu ikan dengan sos tiram
Renjis sos ikan dan kicap
Letak sos cili lingam
Bawang putih dicincang halus
Bawang besar di hiris bulat-bulat
Letakkan kedua-duanya di atas ikan
Serai dan asam boi di hiris halus juga
Taburkan
Letakkan tomato

Kukus selama 20 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya

Selamat mencuba!

Kacang Kelor

Daun Kelor Masak Rebus Asam Ikan Kembung

5:45 PM



Suami kata orang utara kalau masak asam pedas macam ini rupa dia - minus daun kelor tu. Saya suka sebab kurang minyak.


Rezeki tengahari bilamana bibik sebelah panggil. Mula-mula bibik Nor panggil nak bagi kacang kelor kat saya. Last-last saya mintak dia tunjuk ajar kat saya macamana nak petik pucuk kelor tu. Bibik pun dengan pantas ambik dan bagi. Saya tanya masak apa sedap, dia kata masak "bening"

Saya gilakan sayur ni sekarang sebab dia perbanyakkan SI saya. Tapi sebab hari ni tekak nak makan pedas, maka saya decide masukkan je sekali dengan ikan kembung dan buat je Rebus Asam.





Rebus asam saya mestilah ada dua-dua bahan ni kan...kalau tak tak ngam. Belacan Penang tu dah nak habis..kena beli lagi stok bila ke Penang Khamis ni.




Ini memang kebanggaan saya. Inilah warisan yang arwah makcik (kakak) mak saya tinggalkan. Rebus cili dulu dan kisar...cantik dan sedap.

Daun Kelor yang sudah di siang dan siap nak di basuh sebelum di masukkan ke dalam kuah bersama-sama...


Ikan termenung yang hensem-hensem belaka nih...

OK. Bahan-bahannya :

Bahan-bahannya:

Air 1 litre
2 sudu besar cili giling 
2 cm belacan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
garam, gula atau perisa secukup rasa
Beberapa batang kacang kelor yang sudah di potong dalam 2 inci.
Semangkuk pucuk kelor
4 ekor ikan kembung
Air asam jawa

Cara memasaknya:

Didihkan air rebus kacang kelor dahulu selama 20 minit. 
Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris.
Masukkan belacan (yang telah di pecah2kan)
Masukkan garam, gula atau perisa secukup rasa
Masukkan ikan kembung dan daun kelor sekali. 
Biar ikan empuk sebelum di masukkan air asam jawa.
Rebus seketika sebelum merasa samada dah cukup semua atau tak

Hidang dan makan bersama-sama nasi panas. 



Masakan Ikan

Faye's Homemade Fish & Chips - Ikan Lidah

11:44 PM


Beberapa hari lepas my DH beli ikan lidah. Hurmmm...sangat tidak ok sebab I ngeri tengok kepala dia hehehe.

sumber : google

SO - malam tu dalam kepala I decide untuk fillet isi ikan dia. Ofkos, I tak buang kepala dan tulang semua. Sayang - masih ada isi ikan yang sedikit pada kepala dan tulang tu. So I buat stok jelah since hari tu buat fish ball pakai ikan siakap ada baki kulit dan sekeping ekor yang DH beli (nak masak pun sikit sangat ekor tu - RM2 camtu)

I teringin nak buat white sos yang ada infuse rasa bawang putih. I tahu biasanya Fish & Chip memang sedap makan dengan sos tartar. Tapi for today I nak white sos juga.

Ni sebab kes hari tu tengok documentary pasal Michelin Star punya chef dan pasal Bernard Loiseau punya famous Cuisses de Grenouille - I tak pandang "kodok" dia (eee mana boleh makan, geli ah!) tapi terinterested dengan Garlic Purée tu
http://www.theworldwidegourmet.com/recipes/froglegs-garlic-parsley-loiseau/

Did you know that cara dia buat sangatlah rumit - rebus 2 minit, tapis, ulang balik cara tu 4 kali. Lepas tu buang tengah yang keras tu, dan buat balik macam di atas. 

Tade kerja kan? hahaha tu sebab la kut the late Bernard Loiseau dapat 3 Michelin Star :P

Tapi I tahu bawang putih yang dah direbus memang sedap ditambah dalam sos putih. So macam yang Mama I ajar - 1 whole garlic tu basuh dan potong "top" dia dan rebus. 





But since I rasa cam sayang plak kepala dan tulang ikan, I rebuskan sekali untuk buat stok ikan dan seafood yang simple, pakai garlic tu dengan black pepper sahaja. Stok I ketepikan dan save untuk dinner. I plan nak buat chowder je. 



I rasa the secret untuk dapatkan tepung yang ranggup adalah telur putih. I tak pernah campurkan kuning telur sebab telur putih ni akan jadikan batter ranggup. Formula kuih bangkit dan pavlova - kan dia pakai putih telur je :P


So I pukul sampai jadi cantik naik ada "peaks" baru I bancuhkan tepung. Simple. Macam tepung salut goreng pisang. Pakai Tepung dan air sahaja. Tapi this one, I bancuhkan dengan sedikit full cream milk.





Untuk hidangan sampingan saya buat simple garden salad. Letak vinegar sebab teringat zaman-zaman membesar di Brighton dan fish & chips yang sangat tasty kerana adanya vinegar yang di renjis-renjis. 


OK. Stop dah membebel dan ini bahan-bahannya

4 biji kentang besar
1 cawan tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan susu
2 biji telur putih
1 liter untuk menggoreng
4 ekor ikan lidah yang telah difillet

Cara membuatnya :

Sidedish Kentang Goreng :
Kentang saya basuh bersih-bersih dan potong wedges. Saya tak buang kulit sebab lebih berkhasiat goreng dengan kulit provided awak basuh kulit dia bersih-bersih.

Batter Tepung Untuk Goreng Fillet :
Dalam mangkuk saiz sederhana yang berasingan campurkan tepung, baking powder, dan garam. 
Pukul telur putih hinga mengembang naik.
Perlahan-lahan campurkan campuran tepung tadi. 
Masukkan susu dan kacau hingga sebati dan tiada ketulan.

Fillet ikan lidah saya "season" dengan lada hitam. 

Panaskan minyak di dalam periuk besar atau kuali elektrik kepada 350 darjah F (175 darjah C).

Celupkan fillet ikan ke dalam adunan, satu keping pada satu-satu masa, dan goreng dalam minyak panas. 
Goreng sehingga ikan kekuningan.
Toskan atas pengangkat dan juga kitchen tissue.

Untuk membuat white sauce :


Selepas itu just perah sedikit lemon, lada hitam dan perisakan dengan sikit gula dan garam.
Boleh juga campurkan jeruk timun dan daun bawang yang dicincang kalau nak. 


Boleh juga buat Sos Tartar  kalau tak nak white sauce -


2 cawan Mayonis 
1 sudu Capers
1 sudu besar Gerkins (jeruk timun) 
1 sudu besar Bawang besar kuning - dicincang
1/4 sudu kecil Bawang putih - dicincang
1 sudu kecil Jus lemon 
1 sudu kecil Serbuk lada putih 
Gula secukup rasa

Campurkan semua bahan iaitu mayonis, capers, pickle, bawang besar, gula, jus lemon, bawang putih, dan serbuk lada putih. Kacau sebati hingga gula hancur
**Tunas bunga pokok renek berduri Eropah selatan, yang dimasak dan dijeruk.

Kalau takde masa sangat, - ada cara lagi senang. Ambik kunci kereta, hidupkan enjin dan pergi ke TESCO :)

Sidedish Garden Salad :
Timun dan Tomato di potong dan digaul bersama sedikit cuka, gula dan garam.




Ini memang first time buat Fish & Chips guna Ikan Lidah ni. Tak sangka sangat sedap, isi dia sangat "mild" dan Mimi makan pun ok takde gatal-gatal


Mimi punya saya tak letak garam. Goreng pun minyak shallow (tak banyak)



Sedap memang sampai licin saya makan. Tambah pula untuk pencuci mulut ada lebihan kuih keria saya buat pagi tadi dan "wash down" dengan Kopi O panas. ALHAMDULILLAH.



Masakan Ikan

Kacang Kelor (Murungakai/Murungey/Moringa Oleifera Pods) Masak Asam

4:55 PM





Hari ini anak-anak teringin nak makan ikan rebus asam goreng.
Nak buat ikan rebus asam goreng ni senang sahaja, rebus ikan kembung dengan beberapa keping asam dan sedikit garam. Rebus sampai kering. Tapi saya tak rebus sampai habis airnya, saya simpan sikit sebab teringin nak masak rebus asam.


Masak asam kali ini saya bereksperimen dengan kacang kelor atau murungakai. Mungkin sebab dah selalu sangat masak kari, kita cuba resipi baru.

Khasiat kacang ni sangatlah banyak - baca di sini

Kacang yang sudah saya potong buat masak

Lauk ini memang sedap makan dengan nasi panas-panas dan ikan rebus asam goreng tu, atau ikan goreng biasa pun boleh.

Bahan-bahannya:

Air dari rebusan ikan rebus asam
2 sudu besar cili giling puteri
2 cm belacan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
gula atau perisa secukup rasa
Beberapa batang kacang kelor yang sudah di potong dalam 2 inci.

Cara memasaknya:

Didihkan air rebusan ikan asam rebus yang sudah diangkat ikannya dan di tapis ke dalam periuk.
Masukkan cili giling dan belacan yang dah ditumbuk dengan bawang putih.
Masukkan 1 biji bawang besar yang sudah dihiris.
Setelah mendidih masukkan kacang kelor.
Rasa dan tambah gula atau perisa secukup rasa.
Biasanya lauk sudah cukup masin tapi kalau masih tidak tambah sedikit garam.

Selamat mencuba!

Cucur

Cucur Keropok Ikan

11:23 PM


Macam yang saya cerita di personal blog saya, rupanya rumah kehabisan ikan bilis. Nak kejutkan suami, tak sampai hati. Nampak sepeket keropok ikan - hurmmm apa lagi..otak chef saya pun bergeligalah!


Bahan-bahan ( 20 biji )

200 gm tepung gandum
2 biji kentang (potong dadu kecil)
1 biji bawang besar (potong dadu kecil)
sebiji telur
1 cawan keropok (dikisar halus)
setangkai daun sup dan daun bawang (cincang)

garam dan perasa secukupnya
air panas secukupnya
minyak untuk mengoreng


Cara-cara membuatnya :

  • Telur dipukul sekejap,kemudian masukkan semua bahan tadi, kecuali garam dan perasa secukupnya, minyak dan air panas,gaul hingga sebati
  • Garam dan perasa secukupnya dibancuh dengan sedikit air panas.
  • Satukan dengan bahan-bahan tadi dan tambah air panas sehingga cukup seperti dalam video ini




  • Panaskan minyak dalam kuali, bila sudah agak panas, "jemput-jemputkan" cucur ke dalam kuali.
  • Goreng hingga kekuningan.
  • Sedap di makan bersama sos keropok :)

Asam Pedas

Asam Pedas Melaka Ikan Kerisi

9:14 AM


Hari ini suami beli ikan kerisi...dan pada saya ikan kerisi ni hanya sedap untuk 1 sahaja lauk, ASAM PEDAS. Hehehe

Saya cuba buat asam pedas melaka, siap telefon mama saya tanya lagi. Dia dulu masa muda belajar di Maktab Durian Daun Melaka, so dia tahu la sikit macamana rupa asam pedas melaka ni.

Ok lets try....

Bahan-bahannya :

3 ekor ikan kerisi (di siang dan dibasuh bersih)
1 sudu teh halba
(untuk digiling/tumbuk/blender)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering (yg telah direbus dan buang bijinya)
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup


2 cm lengkuas (dititik)
1 batang bungan kantan (dibelah dua)
2 batang serai - dititik
sedikit daun kesum

250ml litre air untuk kuah
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

4 batang bendi jika suka

Caranya :

  1. Sediakan bahan-bahan untuk dikisar. 
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak di dalam periuk.
  3. Masukkan halba, api jangan besar biar sederhana dulu. Apabila halba nampak sedikit kuning, masukkan bahan-bahan kisar.
  4. Masukkan juga serai dan lengkuas.
  5. Tumis sehingga bahan-bahan naik bau dan cili pecah minyak
  6. Letakkan sedikit air dahulu dan masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  7. Kacau sedikit dan tambah gula, garam dan perisa secukup rasa. 
  8. Pastikan kuah sudah cukup perisa sebelum masukkan ikan.
  9. Masukkan ikan. Tambah lagi jika masih tidak menutupi ikan
  10. Masukkan juga kacang bendi.
  11. Tutup periuk dan masak hingga ikan dan bendi empuk.
  12. Baru masukkan air asam jawa mengikut kesukaan
  13. Biarkan mereneh seketika sebelum dhidangkan.
Petua saya :
  1. Biasanya saya masak asam pedas ni pagi. Bila nak makan tengahari dah sedap sikit sebab rasanya sudah sebati.
  2. Kuah di rasa dahulu sebelum masukkan ikan, sebab dah masukkan ikan tak boleh kacau-kacau, nanti ikan pecah.
  3. Asam jawa yang paling akhir supaya sayur bendi tak "kejung". Mak saya kata asam jawa akan menyebabkan mana-mana sayur menjadi keras.
  4. Kuah biar pekat, baru sedap.
  5. Beza asam pedas melaka - orang Johor tak letak belacan, bunga kantan atau halba *wink*
Selamat Mencuba!



Kukus

Ikan Gerut / Gerut-Gerut Kukus Masam Manis

12:49 AM


Pertama kali mendengar nama ikan ini saya hendak tergelak. Mana tidaknya :

gerut

  1. bunyi seperti bunyi kayu dikikir dan lain-lain, bunyi bergesek
Nak tergelak kerana saya tahu anak saya kalau tidur ada sedikit bruxism (teething grinding) jadi adakah ikan ini mengalami masalah yang sama HE HE HE

Memang terkejut juga sebab seumur hidup saya, saya tak PERNAH jumpa ikan ini dan saya tak PERNAH masak ikan ini. So apa lagi...pakcik google lah kita.

Nasib baiklah juga ada femes food blogger Kak Hanieliza yang upload info memacam pasal ikan ni (boleh jadi kamus uols!) So from there I refer dan dapat tahu ikan ni sedap di masak kukus.

SO this is versi kukus ikan bruxism eh gerut-gerut saya

Bahan-bahan:
1 ekor ikan gerut-gerut sederhana
2 keping asam keping
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai (diketuk)
garam, gula dan perisa secukup rasa
sedikit kicap dan minyak bijan

untuk hiasan
potongan cili padi
daun bawang

Cara-cara memasak:
Siang ikan dan direndam dalam air asam jawa selama 1 jam
Belah belakang sedikit.
Sumbat 2 biji bawang putih yang telah ketuk
Letakkan ikan dalam pinggan untuk di kukus
Letakkan asam keping, serai, halia dan bawang putih (diketuk) serta bawang besar (dihiris)
Bubuh sedikit garam, gula dan perisa secukup rasa.
Titiskan sedikit kicap lemak manis dan minyak bijan.
Letakkan dalam penggukus dan kukus selama 15 ke 20 minit
Tabukkan cili padi dan daun bawang yang telah dihiris.
Sedia untuk di makan

Masakan Ikan

Kerapu Block Masak Taucu

10:45 PM


Masakan ini seperti mana Mama saya ajarkan. Ini resipi favourite saya dan ketika saya bersekolah di asrama penuh pun, inilah lauk yang saya rasa paling menyelerakan.

Kerapu block biasanya besar dan tak semanis kerapu yang kecil2. Jadi biasanya kalau suami beli, saya masak taucu sebab ikan ini perlu kuah yang sedikit berperisa yang menyerap ke dalam ikan, agar rasa hambar tu dikuasi dengan rasa berperisa kuah tersebut.




Satu lagi tentang ikan kerapu besar-besar ni ketika menggoreng kena "alas" dengan tepung jagung supaya isi ikan tidak hancur dan melekat pada kuali.


Dan saya paling suka menggunakan taucu yang masih kelihatan berbiji-biji daripada yang sudah agak hancur. Pada saya taucu begini lagi sedap tapi terpulang pada citarasa masing-masing :)


Bahan-bahan :

3 potong ikan kerapu (kerapu block)
sedikit serbuk kunyit
sedikit tepung jagung

3 ulas bawang putih- dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - dihiris
beberapa biji cili hijau
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan taucu
1 sudu kecil gula dan perisa secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menggoreng ikan dan menumis

Cara-cara:

Ikan di salut sedikit tepung jagung dan serbuk kunyit dan digoreng.
Setelah sedikit garing, angkat dan ketepikan.

Dalam kuali berasingan, tumis bawang putih, bawang besar, halia dengan sedikit minyak sehingga berbau harum dan bawang sedikit layu.
Masukkan taucu, kacau sebentar.
Tambahkan air mengikut banyak mana kuah yg dikehendaki
Masukkan air asam jawa, gula dan perisa secukup rasa.
Tidak perlu garam kerana taucu sudah cukup masin.
Masukkan ikan beserta cili hijau...biarkan kuah mendidih
Setelah itu bolehlah diangkat


Kari Ikan Susu Segera TESCO

Ikan Susu Masak Kari Segera TESCO

3:40 AM


Since dah start masak untuk homemade baby food Mimi, masa untuk masak hidangan utama keluarga perlu di pendekkan, so as usual saya cari shortcut.

Walaupun ada setengah chef tidak bersetuju sangat dengan short cut, bagi saya, the ends justify the means - suatu hidangan yang lazat dan cepat.

Mengapa segera? Sebab takde sibuk-sibuk nak kopek bawang banyak sangat dan sebagainya. Hanya sedikit preparation pada ikan dan bahan-bahan sampingan.

Sebenarnya saya tak PERNAH seumur hidup masak Ikan Susu dan setelah puas berdating dengan pakcik Gugel, ternyata Ikan Susu hanya good for :

  1. Asam Pedas
  2. Kari
  3. Tomyam
Maka dengan jelas saya memilih KARI :)

Bahan-bahannya :

Ikan Susu sederhana besar
1 biji bawang merah besar
Sedikit halba
1 tangkai daun kari
Santan dari 1 biji kelapa
2 keping asam keping
1/2 paket rempah kari ikan adabi
Sedikit garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara memasaknya:

Ikan Susu di siang dan buang sisik, potong pada 4 bahagian.
Bawang besar di hiris.

Tumiskan sedikit halba dan daun kari sekejap dan kemudian masukkan bawang.
Masukkan rempah segera Kari Ikan TESCO - rempah ini basah dan agak berminyak sedikit jadi minyak menumis tak boleh banyak.

Jika ada sayuran seperti terung bulat dan bendi boleh la tambah ketika  dan letak sedikit air.
Tunggu higga sayur empuk
Masukkan ikan dan santan pekat
Tunggu sebentar hingga ikan masak
Masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa.

Makan dengan nasi panas-panas, telur goreng mata dan kicap - mesti terangkat!!

Kari Ikan Mamak Style (tanpa Santan)

Kari Ikan Mamak Style (tanpa Santan)

1:24 AM



Suami saya memang sedang cuba menjaga kesihatannya. Tapi dalam dietnya dia memang suka kari. Resipi ini tidak menggunakan santan tapi mestilah banyak rempah dan bawang supaya kuah pekat.

Bahan-bahan

5 ekor ikan kembung sederhana besar atau 2 ekor bawal putih sederhana besar (potong 4)
3 sudu besar rempah kari ikan Alagapas atau Cap O (yang ini sahaja yang sedap pada saya)
5 biji bwg rose dan 3 ulas bwg putih - ditumbuk/giling lumat
2 biji bawang besar dan 3 biji cili hijau - dikisar halus
3 biji bwg merah dan 2 ulas bwg putih - hiris
3 biji bwg besar - hiris
air asam jawa mencukupi untuk kuah

2 biji tomato - belah 4,
4 biji bendi,
2 biji cili hijau dibelah dua
4 batang murungakai (kalau tiada tak apa)
sedikit daun sup dipotong-potong 1 inch panjang
garam dan perisa secukup rasa

1 sudu kecil halba campur dan 2 tangkai daun kari
5 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bwg merah dan bwg putih yang telah dihiris bersama-sama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.
2. Rempah kari dicampur dengan bawang yang telah ditumbuk serta ditambah air dan sedikit air asam jawa. Masukkan 3 biji bwg besar yang telah dihiris. Tumis hingga pecah minyak
3. Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dikisar
4. Masukkan bendi dan setelah empuk, masukkan air asam jawa dan air secukupnya (dalam 500ml)
5. Apabila kuah mendidih, masukkan garam dan perisa secukup rasa.
6. Masukkan ikan dan tomato. Perlahan kan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. Tujuannya supaya isi ikan tidak pecah.
7. Apabila ikan sudah masak, masukkan daun sup dan daun bawang (yang dipotong-potong 1 inch panjang) serta cili hijau dibelah dua

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images