Kerapu Block Masak Taucu
10:45 PMMasakan ini seperti mana Mama saya ajarkan. Ini resipi favourite saya dan ketika saya bersekolah di asrama penuh pun, inilah lauk yang saya rasa paling menyelerakan.
Kerapu block biasanya besar dan tak semanis kerapu yang kecil2. Jadi biasanya kalau suami beli, saya masak taucu sebab ikan ini perlu kuah yang sedikit berperisa yang menyerap ke dalam ikan, agar rasa hambar tu dikuasi dengan rasa berperisa kuah tersebut.
Satu lagi tentang ikan kerapu besar-besar ni ketika menggoreng kena "alas" dengan tepung jagung supaya isi ikan tidak hancur dan melekat pada kuali.
Dan saya paling suka menggunakan taucu yang masih kelihatan berbiji-biji daripada yang sudah agak hancur. Pada saya taucu begini lagi sedap tapi terpulang pada citarasa masing-masing :)
Bahan-bahan :
3 potong ikan kerapu (kerapu block)
sedikit serbuk kunyit
sedikit tepung jagung
3 ulas bawang putih- dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - dihiris
beberapa biji cili hijau
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan taucu
1 sudu kecil gula dan perisa secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menggoreng ikan dan menumis
Setelah sedikit garing, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang putih, bawang besar, halia dengan sedikit minyak sehingga berbau harum dan bawang sedikit layu.
Masukkan taucu, kacau sebentar.
Tambahkan air mengikut banyak mana kuah yg dikehendaki
Masukkan air asam jawa, gula dan perisa secukup rasa.
Tidak perlu garam kerana taucu sudah cukup masin.
Masukkan ikan beserta cili hijau...biarkan kuah mendidih
Setelah itu bolehlah diangkat
0 comments