Biskut Gandum Penuh Berempah - Wholemeal Spiced Cookies

1:45 AM




Saya sebenarnya bukanlah terror sangat buat biscuit. Saya jarang membakar - tak kiralah kek atau muffin atau apa sahaja yang perlukan oven. Mungkin sebab dahulu buat biscuit tak menjadi, saya jadi tawar hati.

Tapi dengan adanya Syasya yang sangat minat memasak, saya tak boleh ikutkan sangat perasaan. Biskut yang menggunakan cookie cutter biasanya agak keras sikit dohnya, jadi saya pilih resipi yang menggunakan wholemeal atau tepung atta. 



Texture biscuit ni rapuh dan lemak-lemak manis - macam digestive biscuit. Saya suka tambah rempah (cengkih dan kayu manis) sebab selain membuatkan biskut harum dan enak, bila bakar satu rumah pun bau harum.



Bahan-bahan: 

60g Tepung Gandum Biasa
65g Tepung Atta
40g Unsalted Butter
20g Vegetable Shortening
50g Gula kastor 
Secubit garam 
1 biji Telur Gred A
1 sudu kecil rempah cengkih dan kayu manis yang telah di kisar halus dan di ayak

*kalau tiada Vegetable Shortening anda boleh jadikan butter menjadi 60g dan pakai 60g itu 

Kaedah: 

1. Pukul mentega, telur, gula dan garam sehingga ringan dan gebu. 

2. Ayak kedua-dua tepung dan campurkan kesemua bahan untuk mendapatkan adunan cookie. Bungkus doh dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam. 


3. Roll doh setebal 3mm dan dengan menggunakan pemotong biskut potong ikut bentuk. Tempat di atas baking sheet dan bakar selama 10-15 minit pada 170'c.


You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images