Begedil Udang Hajah Marfo'a

10:22 AM


Ada orang kata begedil berasal dari Indonesia. Tapi rata-rata Brunei dan Thai juga mempunyai versi mereka tersendiri.

Resipi ini dari Bunda saya. Bunda bilang dari Kakaknya, Mak Yah saya yang memang pakar memasak. Dulu dia berniaga di kantin Sekolah Vokasional Kluang. Saya masih ingat betapa saya gemar ke sana setiap kali pulang dari sekolah (ketika itu Abah guru besar di sana dan kami menetap di kuaters).

Begedil ini juga menjadi hidangan "makan beradap" ketika adik saya berkahwin dulu.



Ini adalah antara "comfort food" yang saya gemar. Begedil sesuai di makan sebagai lauk, di cicah bersama sambal kicap atau sebagai hidangan sampingan soto.

Bahan-Bahan A (rempah tumbuk)

1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil ketumbar
8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil garam (lebih elok garam kasar)
sedikit serbuk perisa (jika mahu)



Bahan-bahan B
200 gram Udang Basah
6-8 biji kentang sederhana besar
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar daun sup
2 sudu besar daun bawang
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak (untuk di sapu pada tangan ketika menguli nanti)

Bahan-Bahan C
1 biji telur
sedikit lada putih(sulah) - secukup rasa

Minyak untuk mengoreng kentang dan kemudian begedil (dalam setengah cawan)

Cara-cara Memasak

  1. Bahan-Bahan A ditumbuk hingga lumat. Ketepikan.



  2. Kentang di kopek kulit dan di potong serong (berbentuk "wedges").



  3. Goreng deep-fry hingga garing.



  4. Apabila mengangkat jangan toskan minyaknya, angkat terus kedalam mangkuk tahan panas.
    Minyak dari gorengan kentang tadi akan membantu dalam proses mengadun begedil itu nanti.

  5. Tumbuk kentang yang masih panas didalam lesung batu. Tidak mengapa jika masih ada bekas rempah tumbuk. Jangan gunakan food processor atau blender kerana kentang akan menjadi terlalu halus dan tidak sesuai dibuat begedil. Ketepikan.

  6. Udang dikopek kulit hingga bersih dan ditumbuk lumat. Boleh juga menggunakan food processor.

  7. Bahan A(rempah tumbuk) dan Bahan B disatukan di dalam mangkuk dan di gaul hingga semua bahan sebati menjadi doh menggunakan sudip kayu.



  8. Ambil sedikit minyak masak dan sapu pada tangan anda. Ini untuk mengelak dari doh melekat. Ambil sedikit doh (dalam satu sudu sup) dan bulat-bulatkan menjadi bentuk bulat kemudian di leperkan (supaya begedil masak, jika bulat dan tebal takut tidak masak).



  9. Setelah siap semua begedil di bentuk, ambil satu biji telur, di kacau hingga sebati bersama sedikit lada sulah.



  10. Panaskan kembali minyak di dalam kuali yang digunakan untuk mengoreng kentang tadi.
  11. Celup dan salutkan begedil dengan bancuhan telur tersebut.


  12. Api jangan terlalu besar supaya begedil tidak hangus. Goreng dalam 5-6 biji sahaja sekali mengoreng. Angkat dan toskan.




You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images