Puding Roti Sya dengan Strawberri Korea

12:14 PM



Seingat-ingat saya, bunda Marfo'a yang rajin membuat puding roti semasa saya kecil. Paling tidak dilupakan, adalah sos kastard yang enak dan berkrim itu.

Kebetulan berkunjung ke pasar pagi di Pandan Indah, Apek Cina jual buah sudah mahu pulang dan melelong Buah Strawberri Korea sekotak RM6.

Mulanya saya tidak tahu apa yang harus saya buat dengan borongan tersebut. Tapi dek kerana teringat Bunda...maka sudah tentu petang nanti "Puding Roti Sya dengan Strawberri Korea" membuatkan saya menjilat jari!

(Hidangan untuk 2 orang)
Bahan-bahan A
6 keping roti
200ml susu segar
Sedikit serbuk kulit kayu manis

Bahan-bahan B
3 sudu besar gula halus
1 sudu besar butter (yang dicairkan)
1 biji telur ayam
sedikit esen vanilla

untuk hiasan
Strawberri Korea & Sos Kastard

Cara-cara
Roti di koyak-koyak dan di rendam dalam susu dalam sejam.
Setelah susu meresap habis, susukan roti didalam bekas pembakar sederhana
Bancuh Bahan-bahan B hingga sebati. Tuangkan ke dalam ke dalam bekas pembakar berisi roti tersebut.
Bakar dalam suhu 180'C selama 20-30 minit.
Boleh dihidangkan panas atau sejuk

Cara menghidang
Hiris sedikit Strawberri Korea dan letakkan disebelah sekeping puding roti. Tuangkan sedikit Sos Kastard. Sedia untuk di makan.




You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images