Bergedil Carrot Bersos Ikan

1:51 AM



Ini versi Too Fast Too Furious kalau teringin sangat nak makan begedil. Why? Sebab tak renyeh macam buat begedil sebelum ni. Cara masih sama, cuma bahan  tak banyak dan tak rumit.

Bahan-bahannya :
(rempah)
4 biji bawang putih ditumbuk
2 sudu besar Sos Ikan (Sos Ikan agak masin jadi kurangkan jika tidak suka masin)
sedikit serbuk perisa (jika mahu - saya pakai Secukup Rasa)

5 biji kentang sederhana
(dipotong wedges, digoreng dan ditumbuk hingga hancur)
1 biji carrot (disagat)
1 mangkuk serbuk roti
1 hingga 2 sudu tepung jagung

1 biji telur
sedikit lada putih - secukup rasa

Minyak untuk mengoreng kentang dan kemudian begedil (dalam setengah cawan)

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan rempah, kentang dan carrot. 
  2. Gaulkan
  3. Campurkan pula serbuk roti dan 2 sudu tepung jagung
  4. Gaulkan dan bulat-bulatkan menjadi begedil
  5. Sebelum goreng celupkan dalam telur yang sudah dipukul bersama-sama serbuk lada putih
  6. Goreng hingga garing dan toskan.
  7. Sedia terhidang
Ok selamat mencuba!

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images